Rumah idaman telah tersergam di hadapan mata, namun ia belum lagi boleh di duduki kerana banyak perkara penting yang perlu di lakukan selepas memperolehi kunci rumah. Berikut beberapa tips yang mungkin boleh di jadikan panduan untuk pindah ke rumah idaman, dengan kos yang lebih rendah dan murah:
Tips 1: Dapatkan krew pembersihan
Sebelum tiba hari berpindah, pastikan rumah telah di cuci sebersih-bersihnya. Maklumlah rumah baru memang banyak 'serangga' dan banyak juga kekotoran yang menghuni rumah sebelum anda.
Cara paling murah adalah anda sekeluarga sendiri yang membersihkan rumah. Ia pastinya adalah percuma dan atas kerelaan hati sendiri. Sekiranya anda mampu sedikit, mungkin boleh memberi upah kepada pekerja-pekerja pembinaan rumah itu sendiri, yang selalunya terdiri daripada golongan warga asing yang pasti sanggup menerima kerja tersebut dengan harga yang murah. Untuk yang mahal sedikit, dapatkan perkhidmatan pembersihan oleh syarikat yang berdaftar. Ada yang murah ada yang mahal, bergantung pada kualiti yang anda mahu.
Tips 2: Dapatkan seseorang yang mahir
Sekiranya krew pembersihan anda seorang yang mahir dalam kerja-kerja lain contohnya pakar dalam pemasangan elektrik atau paip..ia adalah faedah yang sangat besar. Anda boleh meminta beliau melakukan 2 kerja dalam satu, pastinya beliau sanggup memberikan harga yang murah untuk anda!
Tips 3: Dapatkan pakar ubahsuai
Pastikan rumah diubahsuai sebelum anda berpindah masuk ke rumah. Jangan apabila sudah berpindah, anda berniat untuk menukar citarasa, pasti budget asal akan lari. Lagipun sekiranya ubahsuai di laksanakan selepas anda masuk ke rumah, anda pasti pening kepala kerana keadaan rumah yang seperti kapal pecah.
Tips 4 : Sesuaikan
keadaan kewangan
Walau apa pun perancangan anda terutama dalam pengubahsuain rumah, pastikan ianya mengikut kemampuan. Jangan terlalu mengikut nafsu, pastinya lesu :-). Rancanglah kewangan anda dengan sempurna, ia pastinya menjadi.
Walau apa pun perancangan anda terutama dalam pengubahsuain rumah, pastikan ianya mengikut kemampuan. Jangan terlalu mengikut nafsu, pastinya lesu :-). Rancanglah kewangan anda dengan sempurna, ia pastinya menjadi.
No comments:
Post a Comment