Commercial Break

Monday, May 27, 2013

Perkhidmatan Uniteller atau Kaunter Tabung Haji

Mungkin ada yang dah tahu, tetapi hakikatnya masih ramai yang di luar sana belum tahu maklumat penting ini. 

Selain daripada ke kaunter yang terdapat di cawangan Tabung Haji sendiri, para pendeposit Tabung Haji juga boleh mengunjungi kaunter Bank Islam atau Bank Rakyat untuk melakukan urusan berkaitan  Tabung Haji.   Tabung Haji telah lama mengadakan usahasama dengan kedua-dua bank ini untuk menambahkan perkhidmatan dan memudahkan pengguna.

Antara perkhidmatan yang di tawarkan di kedua-dua bank ini termasuklah:

1)Pembukaan akaun Tabung Haji
2)Simpanan Tunai
3)Simpanan Cek (tempoh penjelasan cek yang lebih pantas)
4)Pengeluaran tunai
5)Pindahan Wang antara Akaun TH
6)Pendaftaran Haji
7)Pengaktifan Kad Bank
8)Kemaskini Buku Simpanan TH

Yang paling menarik ialah tiada sebarang caj akan di kenakan kepada pendeposit dalam segala urusan yang berkaitan di atas.

Jadi kepada pendeposit TH yang tempat tinggalnya jauh dari Tabung Haji, tetapi berdekatan dengan Bank Islam dan Bank Rakyat, urusan berkaitan Haji boleh di laksanakan di bank-bank berkenaan dan lebih memudahkan anda.


No comments:

Post a Comment