Commercial Break

Wednesday, May 22, 2013

Haji...dulu dan sekarang

Bertahun-tahun lamanya, Ibadat Haji tetap sama cuma suasana yang berbeza. Mari kita lihat perbezaannya.

Wuquf di Arafah : Zaman dahulu orang Wuquf Di Arafah dengan mendirikan khemah sendiri di merata-merata, termasuk di celah-celah bukit.

Sekarang sudah ada khemah yang memang teratur didirikan untuk para jemaah, lengkap dengan pendingin hawa.



Melontar Jamrah dahulu...walaupun tempat melontar hanya tertumpu pada suatu lokasi sahaja, tetapi ia tidaklah berebut-rebut kerana orang tidaklah terlalu ramai seperti sekarang. Melontar pada masa itu juga tidak berkemudahan dan berbumbung seperti masa sekarang.


Besar, moden dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tandas, eskalator dan sebagainya, namun pada masa-masa tertentu ia juga di penuhi dengan jutaan manusia.


Qurban atau Qurbani (salalu mendengar orang-orang Arab menyebut perkataan ini), dahulu keadaannya begini. Mereka akan pergi mencari sendiri haiwan untuk di Qurbankan.   


Masa sekarang kita hanya perlu membayar melalui wakil-wakil tertentu contohnya wakil Tabung Haji.



Bercukur pada masa dahulu keadaannya adalah di tepi-tepi jalan seperti ini. Pada masa sekarang ada kedai-kedai di sediakan di tepi pintu keluar masuk Masjidil Haram





 Pada masa dahulu di tepi Kaabah, kawasan sekitarnya masih berbukit bukau, dan banyak sekali rumah-rumah dan bangunan-bangunan lain.


Sekarang ini Masjidil Haram telah di perbesarkan, dan rumah-rumah serta bangunan di sekitarnya telah menjadi nostalgia. Ia semuanya di lakukan untuk keselesaan para jemaah.





Kaabah dahulu..hanya satu perkataan, rindu!!


Kaabah sekarang..juga satu perkataan..rindu!!


No comments:

Post a Comment