Dalam perjalanan haji, saya menemui ramai jemaah Haji Indonesia yang rata-rata menunaikan Fardhu Haji dengan duit pinjaman daripada Bank. Sejak itu persoalan tentang hal ini sering berlegar-legar di fikiran.
Adakah harus seseorang itu menunaikan haji melalui pembiayaan atau pinjaman institusi kewangan?
Akhirnya dari sumber Tabung Haji, saya berjaya mendapatkan jawapan:
Harus bagi orang yang berhutang melalui skim pinjaman wang daripada institusi kewangan untuk menunaikan fardhu Haji atau Umrah sekiranya di yakini mampu membayar balik hutang tersebut dan tidak menjejaskan kehidupan normal seseorang. Walau bagaimanapun ianya tertakluk kepada syarat-syarat beikut:
a) Tidak ada unsur riba
b)Mempunyai pendapatan yang melebihi sara diri serta orang yang di dalam tanggungan untuk melunaskan hutang dan perbelanjaaan mengerjakan Haji.
c)Kemudahan yang diambil di atas dasar menyegerakan perintah Allah s.w.t
Harap jawapan ini dapat di jadikan petunjuk bagi mereka di luar sana yang berkira-kira mahu melakukan pinjaman untuk mengerjakan Haji. Namun begitu, menyimpan sedikit perbelanjaan setiap bulan dengan niat mengerjakan Haji satu hari nanti pasti hasilnya sangat manis :-). Selamat Berjaya!
Nota: Jika sudi mari baca tips tentang menyimpan wang untuk haji ini http://www.ijaie.blogspot.com/2012/02/day-23-15-november-2011-part-2-tips.html
Nota: Jika sudi mari baca tips tentang menyimpan wang untuk haji ini http://www.ijaie.blogspot.com/2012/02/day-23-15-november-2011-part-2-tips.html
No comments:
Post a Comment