Commercial Break

Thursday, May 23, 2013

Semakan keputusan rayuan Haji


Masa pantas berlalu dan semakin menghampiri musim haji seterusnya. 

Yang memang sudah tiba giliran pada tahun ini Alhamdulillah, gunalah peluang ini dengan sebaik-sebaiknya untuk dekat kepadaNya, bukannya hanya semasa haji, tetapi jua sebelum dan selepas haji.

Namun ada jua yang belum ada rezeki, tetapi Allah telah bukakan hati. Resah gelisah, gundah gelana tiba-tiba rasa mahu menjejakkan kaki ke tanah suci seakan saat ini juga, untuk menunaikan Fardhu Haji. Oleh kerana itu surat rayuan di karang dan di hantar dengan seribu pengharapan agar ianya di terima. 

Sembahyang Hajat dan berdoalah kepadaNya agar impian terlaksana. Dia Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik.

Semakin masa menghampiri, ramai juga yang bertanya saya mengenai semakan untuk rayuan haji.

Ini maklumat daripada Tabung Haji.

Keputusan rayuan haji akan di keluarkan secara berperingkat sehingga selewat-lewatnya penghujung Ramadhan. Anda di sarankan menghubungi Tabung Haji Contact Centre di talian 03-62071919 untuk membuat semakan rayuan haji dari semasa ke semasa. 

Jangan putus asa. Teruslah berdoa kepadaNya. Usaha, Doa dan Tawakkal adalah ciri-ciri orang yang berjaya.

No comments:

Post a Comment