Tips mudah ini di kongsi oleh Ustaz Don Daniyal buat para isteri dan ibu yang pastinya mahukan rumahtangga yang sempurna dan bahagia. Mari kita sama-sama amalkan.
Walaupun anda sibuk bekerja, dan mempunyai pembantu rumah, pastikan nasi yang dimakan oleh suami dan anak-anak dimasak dengan tangan anda sendiri kerana "Air Tangan" isteri itu ada barakahnya, InsyaAllah. Dan alangkah bahagianya sekiranya air tangan yang barakah itu menjadi darah daging yang tersayang.. :-)
Pastikan ketika membasuh beras, tangan hendaklah sentiasa berpusing arah lawan jam (arah tawaf) dan ketika bilasan air beras yg akhir, selawat 7x dan niat di dalam hati mohon kepada ALLAH SWT supaya lembut hati suami dan anak-anak rukun damai serta dengar kata..
InsyaALLAH akan bertambahlah kasih sayang suami terhadap isteri dan anak-anak.