Commercial Break

Thursday, October 18, 2012

Day 40 (1 Disember 2011, part 2)-Tips cuaca sejuk di Madinah

Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya

Surah As Saf Ayat 3








Saya seringkali diingatkan akan keadaan cuaca sejuk di Madinah oleh ibu sejak di tanahair lagi. Oleh itu, Alhamdulillah saya amat bersedia menghadapi realiti cuaca sejuk itu, tambahan lagi saya memang tak tahan sejuk! Jadi bila saat menjejakkan kaki di Madinah, saya tidak terkejut dengan cuaca ini malah rasa kagum dengan nyamannya bumi Madinah.

Apa yang perlu untuk menghadapi cuaca sejuk Madinah?

1) Pakaian tebal atau baju sejuk. Ia adalah antara pakaian wajib yang saya bawa bersama ke tanah suci. Di Madinah memang banyak di jual, tetapi takut-takut di sebabkan permintaan yang tinggi ketika musim sejuk, maka baju sejuk akan di jual lebih mahal dari biasa. Takut bila dah bawa balik Malaysia tak pakai pulak..

2) Vaseline. Kenapa vaseline penting? Cuaca sejuk akan menyebabkan mulut kering dan tumit pecah-pecah. Vaseline yang di beli di Malaysia amat mujarab untuk mengelakkan keadaan ini dari berlaku. Sapu di sekitar mulut dan tumit walaupun mulut anda belum kering ataupun tumit anda belum pecah-pecah.

3)Kalau ada minyak panas lagi bagus. Ini saya lihat mak cik bilik saya mengamalkannya. Nampak berkesan.

4)Sejadah. Terutamanya jika anda lewat ke Masjid untuk solat. Kalau nasib tak baik, dan kena solat atas lantai, sekurang-kurangnya kesejukan boleh di kurangkan dengan mengalas sejadah.

5) Madu. Ya, makan madu sebab ia boleh panaskan badan.


6) Jangan minum air zamzam sejuk. Dalam masjid nabawi, air zamzam yang bukan di sejukkan pun rasa sejuk, sebab cuaca yang melampau sejuk.


7) Bagi yang mengalami masalah menahan air kencing memang akan bermasalah menangani cuaca sejuk ini. Ada jemaah yang menggunakan lampin dewasa walaupun sebenarnya mereka mampu untuk menahan daripada terbuang air kecil di dalam seluar/kain. Selain persediaan sekiranya berlaku kecemasan, lampin dewasa tersebut akan memanaskan kemaluan kita sekaligus mengurangkan perasaan ingin terkencing.

8)Sabun. Kalau boleh elakkan mandi dengan menggunakan sabun buku biasa, sebab ianya agak mengeringkan kulit. Cuba mandi dengan sabun cecair terutamanya yang mempunyai pelembab dalam kandungannya.

InsyaAllah, itu semua yang saya ingat dan dapat kongsi dengan semua. Harap-harap ianya membawa kebaikan..

No comments:

Post a Comment