Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepenuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya).
Atas permintaan ramai, saya cuba berkongsi mengenai tips berguna ke Raudhah terutamanya untuk musim kemuncak haji. Tips ini istimewa untuk wanita, sebab pengalaman yang saya lalui adalah pengalaman seorang wanita :-). Mungkin ada yang boleh di gunakan untuk jemaah lelaki juga. Walaubagaimana pun sekiranya ada yang nak tambah tips lain untuk kegunaan ramai di luar sana, jangan segan-segan kongsi dan masukkan dalam blog ini ya :-)
Antara tips ke Raudhah adalah seperti berikut:
1) Pertama sekali doa, doa dan doa. Solat dan doa agar perjalanan ke Raudhah di mudahkan oleh Allah. Tips-tips yang canggih bagaimana pun, keberkesanannya tidak akan terbukti tanpa kekuasaan dan rahmat Allah.
2) Ingat, musim kemuncak haji, penantian di Raudhah kadangkala boleh memakan masa berjam lamanya. Bersedia dengan AL Quran dan buku doa. InsyaAllah penantian tidak akan rasa sia-sia. Masa tidak akan terbuang dengan keluh kesah dan sebagainya.
3) Ada tiga waktu tertentu yang diperuntukkan untuk jemaah wanita. Iaitu selepas Subuh, selepas Zohor dan selepas Isyak. Menurut pengalaman saya, waktu siang lebih memerlukan masa yang lama untuk menunggu giliran masuk ke Raudhah selain waktunya yang agak singkat berbanding waktu malam. Jika mahu ke Raudhah pada waktu malam, saya akan balik hotel dahulu, makan malam, mandi dan rehat-rehat. Dalam pukul 10.30 malam baru ke Masjid Nabawi semula. Dan InsyaAllah, tak sampai setengah jam saya dapat masuk ke Raudhah. Rasanya jemaah kurang pada waktu malam kerana selepas solat Isya' mereka segera pulang ke hotel masing-masing dan berat untuk kembali semula.
4)Tolak menolak dan rempuhan pastinya akan berlaku kerana kepadatan terutamanya di pintu masuk Raudhah. Jangan cepat panik. Kebiasaannya pegawai wanita akan menyuruh kita bersolat setibanya di dalam Raudhah. Jangan gelabah. Bertenang dahulu. Pertama, pastikan ia adalah karpet hijau iaitu kawasan Raudhah yang sebenar. Kedua, sekiranya anda terus solat, pasti hati tidak tenang kerana tolakan berlaku di pintu masuk Raudhah. Kalau boleh ke depan dan ke depan lagi. Dan kalau boleh cari tiang dan sembahyang di belakang tiang. InsyaAllah ini adalah tempat yang paling selamat untuk solat.
5) Lagi bagus sekiranya anda berpakat dengan seorang rakan yang boleh menjaga dan menghalang anda daripada di pijak atau di rempuh ketika solat. Bila sahabat anda solat,anda pula menjaganya.
InsyaAllah,ada kesempatan pergi la ke Raudhah, tempat di mana berhimpunnya doa. Sungguh rindu rasanya!!
By the way, nak share youtube oleh seorang hamba Allah akan keadaan semasa masuk ke Raudhah. Walaupun ini adalah video oleh jemaah lelaki, tetapi mungkin boleh memberi serba sedikit gambaran tentang keadaan di Raudhah. Apa yang pasti, jemaah wanita di Raudhah adalah lebih sibuk keadaannya daripada ini.
No comments:
Post a Comment