Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, berpalinglah dia dengan angkuhnya, seoleh-oleh ada penyumbat pada kedua telinganya; maka gembirakanlah dia dengan balasan azab yang tidak terperi sakitnya.
Surah Al Luqman Ayat 31
Pagi ini, kami mengikuti ziarah ke beberapa tempat bersejarah di sekitar Madinah. Aktiviti ini dianjurkan oleh pihak Tabung Haji dan diberikan secara percuma kepada semua Jemaah Muassasah yang tidak uzur. Terima kasih Tabung Haji!
Surah Al Luqman Ayat 31
Pagi ini, kami mengikuti ziarah ke beberapa tempat bersejarah di sekitar Madinah. Aktiviti ini dianjurkan oleh pihak Tabung Haji dan diberikan secara percuma kepada semua Jemaah Muassasah yang tidak uzur. Terima kasih Tabung Haji!
Perang Uhud yang bersejarah di ambil sempena nama Jabal Uhud. Di bukit inilah gugurnya para Syuhada setelah kaum Musyrikin menyerang membalas dendam akan kekalahan mereka di perang Badal. Di antara yang gugur Syahid di sini ialah bapa saudara tersayang Rasulullah s.a.w, iaitu Saidina Hamzah Abdul Mutalib. Rasulullah s.a.w amat sedih dan marah kerana mayat Saidina Hamzah di tinggalkan dalam keadaan yang amat menyayat hati, iaitu perutnya ditebuk dan hatinya di kunyah oleh Hindun, isteri Abu Sufyan. Rasulullah s.a.w sendiri cedera di mana baginda mengalami luka pada bibir, muka, lutut dan pipi ketika terjatuh dalam perangkap yang di gali oleh pihak musuh. Bacalah kisah Perang Uhud dan ambilllah iktibar darinya kerana kisah ini memberi pengajaran kepada Umat Islam agar patuh dan taat akan perintah Allah dan Rasul.
Kedamaian pagi di Madinah menyambut kami..Lengang jalan di Madinah di waktu pagi..
Akhirnya kami tiba di pinggiran Jabal Uhud...
Penjaja-penjaja kecil di sekitar Jabal Uhud |
Masjid ni saya tak ingat namanya. Jika tidak silap Masjid Uhud? |
Jemaah Haji Malaysia. Setiap bas diberikan pengenalan tersendiri. Dalam gambar ini, Jemaah dikenali sebagai Jemaah Riben Biru :-) |
Mutawif adalah pelajar Universiti Madinah, memberikan penerangan ringkas dan langkah keselamatan sebelum menaiki bukit memanah. |
Jemaah yang tekun mendengar kisah Uhud oleh mutawif. Baju sejuk jangan lupa di bawa, cuaca sangat sejuk terutamanya di atas buki memanah ini.
No comments:
Post a Comment