Commercial Break

Monday, October 15, 2012

Day 39 (30 November 2011, Part 5)- Kebun Kurma

Dan Dia lah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus; dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.

Surah Al An'am Ayat 99


Dan akhir sekali kami di bawa ke kebun kurma. 






Dalam kebun ni ada disediakan kedai jual kurma. Macam-macam jenis kurma ada. Kurma berinti coklat pun ada. Tetapi kami berdua tak beli kat sini. Rasa macam harganya agak mahal. Tetapi yang pasti pelbagai pilihan ada di jual di sini.

Dan akhirnya berakhirlah lawatan kami pada hari ini, kami kemudian pulang ke Masjid Nabawi untuk mengejar waktu solat Zohor.

Pemandangan Madinah sewaktu pulang ke Masjid Nabawi..





Madinah sememangnya bandar yang amat tenang, aman dan damai.

No comments:

Post a Comment