Commercial Break

Tuesday, October 9, 2012

Day 39 (30 November 2011,part 2) - Masjid Qiblatain, masjid dua kiblat

"Doa adalah ibadah"

Hadis riwayat Tarmidzi


Kemudiannya kami di bawa melalui Masjid Qiblatain. Masjid ini adalah antara masjid yang terkenal di Madinah kerana sejarahnya.

Masjid Qiblatain bermaksud masjid dua kiblat. Dulu, semasa sebelum kiblat kita yang mengadap Masjidil Haram seperti waktu sekarang ini, umat Islam solat mengadap Masjidil Aqsa. Akibatnya umat Islam sering di ejek dan di persendakan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani. 

Wahyu telah turun semasa Rasulullah s.a.w sedang solat di dalam Masjid ini memerintahkan agar menjadikan Masjidil Haram sebagai kiblat yang baru. 

Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Alkitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahwa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan.”[

Surah Al Baqarah Ayat 144.

Rasullulah s.a.w yang pada masa itu sedang solat segera menghentikan sementara solatnya dan kemudian meneruskan dengan memindahkan arah kiblat mengadap Masjidil Haram.

Dan kini, masjid ini sering dikunjungi oleh jemaah haji dan umrah dari seluruh dunia.





No comments:

Post a Comment