Surah An Nuur Ayat 15
Hari ini, pukul 3 pagi kami sudah bersiap-siap untuk ke Tanaim untuk bermiqat Umrah. Saya, suami, Kak Ida, Abang Bujang, Kak Umi dan Abang Jalil iaitu dua lagi rakan sebilik kami telah berpakat untuk pergi ke sana sebelum subuh berjemaah di Masjidil Haram.
Mengenangkan pengalaman menaiki bas tempoh hari,kami cuba menyelidiki cara yang lebih selamat lagi untuk ke Tanaim.(boleh lihat entri ini mengenai pengalaman kami menaiki bas ke Tanaim http://ijaie.blogspot.com/2011/11/day-20-11-november-2011-bas-ke-tanaim.html ) Dan akhirnya, kali ini kami akan cuba ke Tanaim dengan menaiki van sapu. Harganya adalah sebanyak 10 riyal seorang, pergi dan balik. Di depan hotel kami, van ke Tanaim sangat mudah di dapati. Masing-masing sedia menunggu penumpang di depan pintu masuk hotel. Tidak perlu berjalan jauh. Mungkin pemandu-pemandu van ini telahpun arif dengan habit Jemaah Haji Malaysia yang suka melakukan umrah jika berkelapangan.
Menaiki van sapu adalah digalakkan berbanding dengan teksi sapu, kerana satu van sapu boleh dinaiki ramai, iaitu lebih kurang 12 orang. Jika kita hanya berdua bersama suami, pilihan terbaik adalah menaiki van yang sudah ada penumpang lain di dalamnya. Lebih selamat. Tambahan pula, pelbagai bangsa jemaah dan warganegara Haji ada di dalam dan bolehlah kesempatan ini digunakan untuk mengenali mereka.
Dan jika diluar waktu puncak, mungkin boleh tawar-menawar dan dapat lebih murah lagi menaiki van sapu ini. Kami pernah ditawarkan hanya 8 riyal sahaja seorang untuk pergi dan balik Tanaim. Namum kebiasaannya harga 10 riyal dikenakan. Jika menggunakan bas hanya 2 riyal satu hala dikenakan. Kurang pasti tambang yang dikenakan oleh kereta sapu kerana kami memang tidak terlintas untuk menaikinya atas sebab-sebab keselamatan tetapi jika menggunakan teksi berlesen tambangnya sekitar 10 riyal satu perjalanan pergi dan balik. Lebih selesa, dan berhawa dingin.
Pagi ini, van menghantar kami ke Masjid Saidatina Aisyah, Tanaim dan menunggu kami selesai solat dan bermiqat . Van yang sama menghantar kami semula ke Masjidil Haram. Apabila selamat tiba di Masjidil Haram barulah upah 10 riyal tersebut dibayar. Pemandu van juga amat mempercayai jemaah haji Malaysia dan tidak kisah jika upah hanya dibayar ketika tiba di Masjidil Haram. Jemaah negara lain tidak mendapat keistimewaan ini, mereka diminta membayar dahulu satu hala perjalanan ketika tiba di Tanaim.
Naik van ini mudah, cepat dan menjimatkan masa. Cuma kadang-kadang kita terpaksa menunggu pemandu van berlegar-legar memenuhkan van sebelum memulakan perjalanan. Kita jangan lah berkira dan kena lah faham yang mereka ini mencari rezeki dan lagi penuh van tersebut lagi bertambahlah rezeki mereka. Jika kita tidak mahu menunggu, bolehlah kita menaiki teksi berlesen ataupun mengupah satu van terus untuk rombongan kita.
Kami tiba semula di Masjidil Haram lebih kurang pukul 4.00 pagi. Sebelum solat Subuh kami sempat bertawaf umrah dan menyambung saie selepas subuh.
Kalau di perhatikan, kami suka bermiqat di Tanaim sebelum Subuh dan segera melaksanakan umrah selepasnya.
Kami berdua sangat suka melakukan umrah pada waktu ini kerana dapat menyelesaikan kerja-kerja umrah dalam waktu yang agak singkat berbanding waktu yang lain. Pergi bermiqat umrah di Tanaim dalam pukul 2.30 atau 3.00 pagi sebelum Subuh, dan segala-galanya, tawaf dan saie akan selesai menjelang pagi. Mengikut pemerhatian kami, waktu-waktu lain untuk ke Tanaim agak sesak terutamanya kalau pergi pada selepas subuh atau sekitar pukul 7.00 pagi kerana kenderaan ke Tanaim akan bertembung dengan warga Makkah yang ingin ke tempat kerja.
Ada juga rakan yang gemar melakukan umrah lebih kurang dalam pukul 12.00 malam atau 1.00 pagi. Pada masa ini sangat selesa kerana sangat kurang orang yang melakukan tawaf dan saie berbanding waktu-waktu lain jadi masa melakukan umrah juga singkat. Bagaimanapun, kami tidak memilih waktu ini kerana tidak bertepatan dengan jadual harian kami yang telah kami tetapkan terutamanya waktu tidur. Kami amat mementingkan waktu tidur dan rehat demi memastikan tenaga yang ada ini mencukupi untuk melakukan ibadah-ibadah yang dirancangkan. Jika jemaah lain mampu untuk bertahan, memang waktu sekitar tengah malam ini merupakan waktu yang amat sesuai dan selesa untuk melakukan umrah dengan khusyuk.
Walau apa pun waktu yang menjadi pilihan, sentiasa ingat bahawa setiap langkah kita adalah dikira sebagai ibadat dan ianya akan dikira, jadi jangan tergesa-gesa dan lakukannya dengan kusyuk dan tawaduk. Tidak perlu berkejar-kejar sehingga kita terlanggar, tersinggung ataupun menyakiti (jasad dan hati) jemaah lain walaupun mungkin kita tidak sengaja dan tidak berniat begitu.
Berbalik kepada umrah yang kami lakukan pada hari ini, selepas selesai Umrah, kami bercadang untuk makan sarapan pagi Bakso pula kali ni. Bakso ni terletak on the way perjalanan balik ke hotel kami. Cuma sebab ianya terletak kat atas bukit sikit, kami tak pernah singgah. Kali ni kami nekad nak cuba rasa.
Tapi kami tak makan kat Restoran Bakso Marwah tu..kami makan kat Restoran Priangan kat bawah ni..sebabnya lebih ramai jemaah Indonesia makan kat sini. Kami assume mungkin kat sini lagi sedap.
Memang betul sedap, sampai kan saya dan suami tak puas berkongsi satu mangkuk bakso. Kami beli satu mangkuk baskso dan satu pinggan sate. Ingatkan nak share sesama sendiri. Tetapi bakso yang di beli tidak cukup..berebut kami makan.
Dah kenyang apalagi..balik hotel..dan melelapkan mata sebelum ke Masjidil Haram semula untuk sembahyang Zohor.

Pemandangan biasa perjalanan menghala ke hotel kami...sayangnya kat memori ni!! |
Nampak tak terowong tu? Kami melalui terowong tersebut semasa berjalan kaki dari Mina ke Masjidil Haram...kat sebelah ni ada library. Library ni adalah bekas rumah tempat kelahiran Rasulullah S.A.W |
Terowong... |
Gambar ni kami ambil dari atas bukit. Nak makan bakso ni kena naik bukit..bukanla kena daki bukit, tapi menaiki tangga yang telah mereka bina di sini. |
yang kecik2 tu kedai-kedai sementara..macam-macam ada jual. |
Pemandangan dari atas bukit |
Akhirnya kami tiba di depan Restoran Bakso.. |
Tapi kami tak makan kat Restoran Bakso Marwah tu..kami makan kat Restoran Priangan kat bawah ni..sebabnya lebih ramai jemaah Indonesia makan kat sini. Kami assume mungkin kat sini lagi sedap.
Memang betul sedap, sampai kan saya dan suami tak puas berkongsi satu mangkuk bakso. Kami beli satu mangkuk baskso dan satu pinggan sate. Ingatkan nak share sesama sendiri. Tetapi bakso yang di beli tidak cukup..berebut kami makan.
Dah kenyang apalagi..balik hotel..dan melelapkan mata sebelum ke Masjidil Haram semula untuk sembahyang Zohor.
No comments:
Post a Comment