Surah Ibrahim Ayat 24
Gambar selingan dari Haji Information. Multazam |
Ramainya orang didepan masjidil haram |
Cuaca di Mekah semakin sejuk. Subuh tadi ia mencecah sehingga 21 darjah celcius. Ia seakan-akan berada di Cameron Highland.
Kami telah di beritahu sebelum ini. Semasa di Malaysia lagi. Oleh ustaz di kursus-kursus haji. Malah oleh saudara mara, ibu, emak dan mereka yang berpengalaman ke sini sebelum ini, bahawa kami akan merasai cuaca sejuk Mekah dan Madinah. Cuaca sejuk amat sinonim dengan tanah suci apabila menghampiri akhir tahun. Mereka yang pernah ke sini sangat mengingati cuaca di sini. Sangat hafal akan uniknya cuaca di tanah suci. Pasti ada yang rindu dengan keunikan cuaca di sini. Dan ingin merasainya walau sebentar cuma.
Menghampiri November, Disember bermakna bermulalah musim sejuk di sini.
Semasa mula-mula tiba di sini, cuaca masih lagi panas. Ia seumpama panas di Malaysia. Malah kadang-kadang lebih panas dan terik dari Malaysia. Bezanya di sini cuaca panasnya kering. Tidak lembap seperti di Malaysia.
Ada seorang kawan yang pernah mengerjakan umrah memberitahu. Semasa dia mengerjakan umrah pada tahun sebelum itu, cuaca amat panas. Pertengahan tahun. Panas yang amat terik, iaitu 40 darjah celcius. Bayangkan. Angin yang menampar pipi terasa amat panas sehingga merah pipinya yang cerah.
Bersyukur kami mendengar cerita itu. Cuaca Mekah yang kami lalui tidak terlalu panas. Cuacanya seperti di Malaysia. Cuma kami kena atasi hawa yang kering. Alhamdulillah, selama di sini cuaca yang kering tidak pernah menyusahkan kami. Semasa di Malaysia lagi ibu sering mengingatkan saya tentang cuaca kering di Tanah Haram. Amat bermurah hati juga memberi tip-tip yang perlu untuk mengatasi keadaan ini.Antaranya ibu sering mengingatkan agar saya selalu memakai vaselin di sekitar mulut sebelum terjadinya kekeringan lagi.
Mana nak dapat vaselin? Wah itu soalan yang sangat mudah untuk di jawab. Ianya mudah didapati di farmasi seperti Guardian, Watson dan sebagainya. Saya dah siap-siap sedia beli vaselin sejak di Malaysia lagi, kerana vaselin di tanah suci tak sama dengan vaselin yang tedapat di Malaysia. Vaseline di Malaysia kualinya lebih baik. Saya pun tidak pasti mengapa tetapi makcik-makcik dibilik saya yang membeli vaselin di Mekah yang mengadu sebegitu. Mereka mengatakan vaselin Malaysia kualitinya lebih baik.
Untuk produk El Hajj boleh dapatkan di sini http://www.produkhajidanumrah.blogspot.com/ dan Facebook Produk Haji dan Umrah.
Rangkaian produk elhajj |
Dan yang paling penting cream untuk crack heel. Banyak terdapat di farmasi, contohnya Elgy Cream. Kulit kaki merekah adalah antara masalah utama di sini. Bila merekah, pasti akan rasa sakit. Terutama untuk berjalan. Itu yang sering mak cik-makcik di bilik saya keluhkan.
Wah..rasa macam duta produk pula :-)
Yang sangat menariknya, cuaca yang kering menyebabkan biskut yang tinggal tanpa ditutup berhari-hari pun tetap rangup.
Dan peluh tidak bau hamis, tetapi bau kering. Erk..macam mana bau peluh yang kering? ha..kenala pergi haji atau umrah dulu...baru tahu. Mereka yang pernah pergi, pasti terbayang-bayang lagi bau bagaimana yang saya maksudkan.
Paling menarik, baju yang di sidai akan kering walaupun sebentar cuma. Di bilik saya, toiletnya besar. Kami yang kreatif, membuat ampaian di dalam tandas dengan menggunakan tali rafia. Kami menyidai pakaian di dalam tandas, dan tak sampai sehari, pakaian yang di sidai akan kering. Sangat uniknya, tandas tiada bau kepam walau di penuhi pakaian basah.
Namun begitu, di tingkat atas sekali di roof top hotel kami, ada di sediakan tempat menyidai untuk jemaah. Ramai jemaah yang menggunakan perkhidmatan ini.
Tips yang paling penting kena banyak minum air. Minumlah air zam zam. Mungkin kita risau minum air banyak akan selalu nak ke tandas? Caranya jangan minum sekali banyak. Minum sikit-sikit. Selang 5 atau 10 minit minum seteguk dua. Pada saya, cara itu menjadi untuk mengelakkan terlalu kerap ke tandas.
Dan sekarang, pada waktu ini. Pada tarikh ini. Hari ke 28 kami di tanah suci, cuaca tidak lagi panas. Ia mulai sejuk. Semakin hari semakin sejuk. Di Masjidil haram, suhu sentiada di'update' oleh sign board besar di masjidil haram, bersebelahan Babul Fatah.
Mungkin cuaca sejuk tidak terasa sangat apabila kaki menjejak ke dalam masjidil haram, tetapi tidak jika berada di dataran tawaf atau di roof top bumbung masjidil haram yang mana tiada bumbung melindungi dari terkena hawa sejuk. Pagi tadi suami bersembahyang di dataran tawaf. Cuacanya sangat sejuk sehingga mencengkam tulang. Lantai yang di cium terasa dingin yang amat. Oleh sebab itu beliau mula membawa sejadah ke masjidil haram.
Apa yang mengkagumkan di sini ialah, matahari bersinar terik, tetapi sejuk. Jika kita berjalan di jalan yang lapang tanpa bumbung, matahari yang terik menyebabkan kita rasa panas. Jika kita berada di bawah tempat teduh dan di lindungi daripada matahari, cuaca terasa sangat sejuk sehingga menggigil.
Alhamdulillah saya dapat merasai hawa sejuk di Mekah, dan menyukainya.
No comments:
Post a Comment