Surah Al Lail, Ayat 11
Shopping. Salah satu aktiviti yang paling di gemari oleh jemaah haji Malaysia. Dugaan bershopping di sini memang agak besar. Bayangkan. Di sepanjang perjalanan antara Masjidil Haram dan hotel-hotel terdapat pelbagai dereten kedai menjual pelbagai jenis barangan. Ini tidak termasuk kewujudan kompleks membeli-belah yang moden yang amat hampir dengan Masjidil Haram!
Jemaah akan digamit (baik oleh hati sendiri atau penjual yang begitu mesra menyapa) dan terpanggil untuk singgah di kedai untuk shopping setiap kali balik atau ke pergi ke masjid. Memang pekedai dan penjual di sini begitu ‘meminati’ jemaah Malaysia kerana kemurahan hati jemaah Malaysia untuk membeli-belah di sana. Sehinggakan ramai yang boleh bertutur dengan fasih dalam Bahasa Melayu untuk memudahkan mereka berniaga dengan jemaah Malaysia dan Indonesia!
Dereten kedai |
Makcik-makcik dan kakak-kakak di bilik saya sering menegur saya.
"Kamu ni tegar betul.Tak de shopping ke?"
Saya hanya tersenyum simpul sebagai jawapan. Mereka sudah tahu jawapannya.
"Mak cik ni berbondong-bondong dah beli. Dah berkotak-kotak kami hantar balik rumah. Tapi mak cik tengok kamu ni satu pun takde. Tak teringinke?"
Kemudahan pos barang-barang ke Malaysia disediakan betul-betul di lobi hotel kami. Untuk mengelakkan 'kesesakan' di bilik, kebanyakan barang-barang yang di beli awal, sekiranya terlalu banyak, akan segera di pos di Malaysia.
"Malu pulak acik ngan kamu. Kamu maintain je tak tergoda dengan barang-barang yang di jual. Tak macam makcik ni, setiap kali mesti nak tawaf kidai"
Ya, betapa kuatnya orang Malaysia bershopping sehinggakan tercipta satu nama: Tawaf Kidai yang merujuk merujuk kepada aktiviti bershopping di sekitar Makkah.
Saya dan suami tidak bershopping hingga hampir 30 hari kami di sini. Kami hanya membeli barang-barang keperluan harian. Juga barang-barang yang perlu untuk haji. Tak ketinggalan makanan atau minuman kerana kami memang suka merasai pelbagai makanan di sini.
Dan juga kami keluar juga bershopping sebentar apabila saya risau pakaian saya tidak mencukupi untuk ke Mina. Kerana kami sudah di beri amaran untuk tidak membasuh pakaian di Mina. Dengan itu saya membeli jubah yang berkenaan di hati agar tidak kehabisan pakaian di Mina.
Selama kami ke kedai-kedai atau shopping kompleks, tujuan paling utama ialah untuk survey barang-barang yang perlu di bawa pulang sebagai cenderahati untuk saudara mara.
Daripada survey kami itulah kami beruntung kerana kami dapati barang-barang yang dijual di sini agak mahal semasa kemuncak musim haji dan harganya jatuh mendadak apabila jemaah sudah mulai berkurangan.
Dan hari inilah pertama kali kami benar-benar 'bershopping', setelah selesai umrah kami sebentar tadi. Ia adalah mengikut senarai nama yang telah saya sediakan awal-awal sebelumnya. Saya senaraikan semua nama mereka yang perlu di beri buah tangan, dan jenis buah tangan yang perlu di beri. Suami meminta saya menyediakannya agar niat kami tidak terpesong. Dengan senarai itu tidaklah kami terover budget dan membeli barang yang tidak sepatutnya.
Apa rahsia saya tahan tidak bershopping?
1)Saya dah nekad dari Malaysia lagi. Saya perlu menumpukan sepenuh hati kepada ibadat ini. Shopping hanya mengalih tumpuan saya. Jangan sampai shopping jadi no 1 !!
2)Kadang-kadang barang-barang yang dibeli tu kita tak pakai pun apabila pulang ke Malaysia. Contohnya jubah untuk kanak-kanak. Jubah yang di bawa pulang tu, adakah si kecil memakainya setiap hari? Atau pun sekali sahaja, hanya sekali itu sahaja? Belilah sekiranya kita benar-benar mahu memilikinya dan pasti akan menggunakannya.
3)Kualiti barangan. Saya hanya akan pastikan barangan yang saya beli benar-benar berkualiti. Lebih-lebih di tempat orang. Kita tidak tahu akan kualiti barangan yang di beli. Selidiklah betul-betul dahulu sebelum membeli.
4) Saya sendiri yang berdoa kepada Allah agar tahan nafsu saya untuk bershopping semasa melakukan ibadat ini.
5) Seperti yang telah dinyatakan diatas, awal-awal lagi kami telah senaraikan barang-barang yang kami mahu beli terutamanya buah tangan yang akan di bawa pulang untuk keluarga, saudara-mara dan sahabat handai. Kami senaraikan nama dan barang-barang yang di jangka akan di beli agar tidak tersasar dari niat.
Dan bagi suami pula, dia tiada rahsia. Beliau memang tidak suka shopping.
No comments:
Post a Comment