Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya
Surah Yusuf Ayat 3
Hari ini, selepas selesai umrah kami yang ke enam, kami pergi ke Supermarket BinDawood lagi.
Surah Yusuf Ayat 3
Hari ini, selepas selesai umrah kami yang ke enam, kami pergi ke Supermarket BinDawood lagi.
Ada 2 cawangan BinDawood berhampiran Masjidil Haram ini. Kedua-duanya terletak di deretan kawasan komersil Abraj Al Bait dan Alsafwa Tower. Ia adalah supermarket ala-ala Giant, Carrefour dan Tesco di Malaysia. BinDawood ni cawangannya ada di merata tempat di Mekah. Semasa berjalan dari Jamrah ke Mekah ada ternampak satu cawangan berhampiran Mina. Diberitakan ada sebuah cawangan yang besar di Aziziyah. Pekerja BinDawood mencadangkan kami pergi kesana untuk membeli-belah. Lebih murah katanya. Ada juga kami berjumpa cawangan BinDawood ini di Madinah dan Jeddah.
Harga kat sini berpatutan. Tak mahal sangat. Beli kat sini boleh di percayai sebab harganya tetap maintain berbanding deretan kedai mini di luar sana harganya berubah-ubah mengikut kadar ramai orang dan permintaan yang tinggi. Kalau ramai orang, terutamanya semasa kemuncak musim haji, mahallah segala barang. Bila orang mulai berkurang, harga pun ikut berkurangan.
BinDawood..logo yang cantik dan gah. Masa mula-mula nampak signboard, saya teringatkan Usama BinLaden :-) |
Mulanya kami nak survey cokelat. Tetiba nampak ni...
Dan..pelbagai pilihan cokelat. Yang pastinya kami survey cokelat arab. Kalau nak cokelat Malaysia better beli kat Malaysia je...
Menggamit selera.. |
Kegemaran saya! Halwa.. kalau kat Malaysia ni harganya mahal dua kali ganda. Kat sini perisa cokelat pun ada.. |
Tema..jenama ni sedap ni |
Pelbagai manisan jua di jual... |
Yummy!! Juices |
Row yang tengah-tengah tu adalah jus dalam botol. Rasanya sama enak dan pekat dengan jus jus yang di jual di tepi jalan, tetapi harga jus ni lagi murah. Kami agak rugi sebab baru jumpa jus ni sesudah beberapa lama di Makkah. Kalau tak... beli jus ni je..menjimatkan.
No comments:
Post a Comment