Commercial Break

Monday, March 23, 2015

NEW ZEALAND SOUTH ISLAND - Arrowtown

Lebih kurang 20 minit sebelum tiba di Queenstown, kami singgah sebentar di Arrowtown. Arrowtown ni pekan yang cantik, comel, unik dan sangat terkenal sebagai tempat bermain ski di musim winter. Ianya adalah pekan kecil berjeraha yang pernah menjadi tumpuan perlombongan emas.

Untuk yang suka shopping barang-barang unik, di sini banyak terdapat butik-butik dan kedai-kedai yang menawarkan banyak pilihan.

Sesuai juga untuk yang saja-saja nak relaks-relaks dan enjoy suasana tenang dan damai.

Untuk yang mahu mempertitmbangkan Arrowtown sebagai destinasi pelancongan di New Zealand, boleh rujuk di sini ARROWTOWN.



Selepas puas berjalan-jalan di Arrowtown, kami meneruskan perjalanan ke Queenstown dan check-in di Pinewood Lodge untuk 2 malam dengan harga 70 NZD per pax. Hostel ini antara yang termurah di Queenstown dengan lokasi yang berdekatan bandar Queenstown 
(10 minit berjalan kaki).

Hostel ini ok sahaja, tetapi line WIFI nya agak teruk walaupun percuma. Yang penting ianya hampir dengan pusat bandar.

Kebanyakan hotel / hostel penginapan di Queenstown agak mahal, jadi buatlah sedikit survey dahulu sebelum memilih tempat penginapan.


No comments:

Post a Comment