Commercial Break

Monday, March 9, 2015

CHRISTCHURCH - Tempat-tempat yang menarik di Christchurch



Ianya sudah gelap ketika kami tiba di Hayley Park Motel, Christchurch. 

Mujurlah motel yang berharga NZD 45 per pax untuk satu malam ini, sangat bersih dan memuaskan hati. Kemudahannya lengkap dan ia berdekatan dengan tempat-tempat menarik dan utama di Christchurch seperti Cathedral Square, Botanic Gardens, Mona Vale, Museum, Arts Centre, CBS Canterbury Arena dan juga tempat membeli-belah utama di Christchurch. Ianya juga amat dekat dengan Masjid Al Noor, tak sampai 10 minit berjalan kaki. Ringkasannya, tidur di sini memang nyenyak yang amat. Sila klik di sini untuk maklumat penuh HAYLEY PARK MOTEL.

Keesokan paginya di Christchurch, 10’ celcius. Kesejukan. Rasanya seperti tidak mahu keluar dari selimut dan katil yang selesa dilengkapi bed warmer. Takut menggigil. (Masa tu baru tak berani nak kutuk kenapa mat salleh tak suka mandi). 

Diramalkan suhu yang paling tinggi pada hari tersebut hanya akan mencecah 16’ celcius. Summer? Di South Island saya tidak rasa seperti musim panas. Serius. Saya tidak dapat bayangkan sejuk yang bagaimanakah mereka ini hadapi tatkala winter? Hmm mungkin sebab itu summer pun mereka boleh tahan. Mereka sudah biasa.




Tempat pertama yang dikunjungi di Christchurch ialah Punting On the Avon. 

Kalau rasa nak relaks-relaks dan bersantai boleh sertai aktiviti di tempat ini dengan menaiki sampan melalui sungai Avon di kelilingi kawasan taman dan garden yang cantik di Christchurh iaitu Christchurch Botanic Gardens. 

Untuk aktiviti in pelancong boleh pilih aktiviti Punting sahaja, atau kombo dengan Tram/Gondola/Botanic Gardens Tour. Untuk maklumat lajut sila rujuk di sini PUNTING.





Selepas itu, dengan hanya 5 minit berjalan kaki daripada lokasi PUNTING ON THE AVON, jika ada masa boleh menyaksikan keindahan landskap taman di Chrisrchurch Botanic Gardens, boleh pilih dengan guided tour atau pergi sahaja tanpa tour guide macam saya. Masuk adalah PERCUMA.

Memang best, memang cantik, memang segar. Bunga gemuk-gemuk dengan pokok yang segar belaka.







Selepas itu, perjalanan di teruskan dengan menyaksikan keindahan Christchurch di puncak Port Hills yang berketinggian lebih kurang 500 meter dari aras laut. Seperti biasa, gondola yang amat popular di New Zealand di gunakan untuk pelancong naik ke atas bukit.

Ia adalah pengalaman menyaksikan 360' darjah pemandangan Christchurch merentasi bandar Christchurch, Canterbury Plains,  Southern Alps,  Lake Ellesmere, Lyttelton Harbour dan pantai-pantai di Pegasus Bay, tidak ketinggalan juga Kaikoura Peninsula.

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini - GONDOLA











Eh, ini je ke tempat-tempat yang menarik di Christchurch? Pasti ada yang bertanya begitu.


Tentulah tidak. Ada satu lagi tempat yang wajib dikujungi oleh pelawat di Christchurch. Tunggu next entri.

2 comments:

  1. salam ija..
    mohon share kat email saye mengenai activity dlm post ini ke email saye.
    transportation dari 1 tmpat ke tmpat yg laen.
    ashfeelgood@gmail.com

    ReplyDelete