Commercial Break

Monday, March 9, 2015

CHRISTCHURCH -Kesan gempa bumi di Christchurch

Angin bertiup kencang ketika kami pertama kali menjejakkan kaki di tengah bandar Christchurch dan sekitar Cathedral Square. Barangkali, ianya sama kencang dengan hati kami yang berdebar mahu menyaksikan sendiri kesan-kesan dan tinggalan gemba bumi kuat yang melanda Christchurch pada February 2011. Ada sedikit teruja. 

Gempa yang bermagnitud 6.3 itu memberi kesan gegar sehingga hampir sepanjang South Island dan merangkumi sebahagian North Island.

Usaha pembinaan semula bandar yang musnah akibat gempa tersebut masih berjalan dan dapat dilihat sehingga kini dan ianya memakan belanja sehingga NZ$15 billion. Kos ini adalah kos pemulihan akibat bencana alam yang kedua tertinggi di New Zealand dan kos yang ketiga tertinggi di dunia akibat gempa.

Dan khabarnya, gegaran aftershock masih terasa sehingga sekarang.



Antara kawasan yang amat teruk di landa gempa ialah Cathedral Square di mana terletaknya gereja Anglican yang tertua, Christchurch Cathedral.

Selain daripada gereja ini, banyak bangunan-bangunan bersejarah di sekitar turut musnah di landa gempa.






Nampak beza bangunan yang baru di bina selepas gemba di bandingkan dengan bangunan yang wujud sebelum gempa bumi.


Kami mengambil kesempatan juga mengujungi outlet-outlet membeli-belah di sekitar. Tidak happening seperti di Auckland.

Sejak kejadian gempa, kebanyakan pemuda pemudi Christchurch telah meninggalkan hampung halaman mereka dan berhijrah ke tempat-tempat lain ke New Zealand untuk bekerja demi mencari sesuap rezeki.

Nampak di sini telah menjadi lengang dan sepi.

No comments:

Post a Comment