Lebih kurang pada pukul 8.15 pagi, kami beratur memasuki Ferry yang amat besar ini.
Tidak perlu berebut, tidak perlu gundah. Tempat duduk melebihi penumpang. Menarik, ia adalah free-seating, dan penumpang boleh memilih untuk duduk di mana sahaja yang berkenan di hati.
Tepat pada pukul 8.30 pagi, feri bergerak meninggalkan Wellington. Kami dijangka akan tiba di Picton pada pukul 11.30 pagi. Seterusnya di Picton kami akan bergerak ke Christchurch dengan menaiki Scenic Train.
Tiket Combo Interislander Ferry plus Scenic Train ini berharga NZD 119 per pax.
Klik di sini untuk perkhidmatan Interislander .
Feri ini amat besar, 7 tingkat kesemuanya. Ianya mempunyai pelbagai kemudahan seperti restoran, panggung wayang, televisyen, playground, malah ada juga Baby’s Room, khas untuk bayi tidur.
Pilihan feri adalah terbaik sekiranya kita mahu menikmati keindahan lautan yang memisahkan North Island dan South Island.
Namun, agak kurang bernasib baik kerana hampir sepanjang perjalanan hujan tidak berhenti, jadi kebanyakannya kami hanya menikmati kemudahan yang di sediakan di dalam feri dan melihat lautan daripada dalam.
Lebih kurang setengah jam hampir tiba di Picton, hujan mulai renyai-renyai, jadi dapat juga berdiri di luar dek dan mengambil gambar-gambar pemandangan laut yang indah.
Best best...!!
ReplyDeleteseriosly info ni sy sedang cari.. thanksss
ReplyDelete