Queenstown adalah di antara bandar di South Island New Zealand yang amat di gemari oleh pelancong serata dunia. Ia bukan sahaja indah, malah ia antara bandar yang terlengkap di South Island.
Macam-macam ada di sini. Nak relaks? ia ada pemandangan indah Lake Wakatipu dan pergunungan Remarkables. Nak aktif atau sesuatu yang mencabar? Ia ada mendaki gunung, Ice Skating, Bungy Jumping, Skydiving, Jetboat, Paragliding, berbasikal dan banyak lagi. Nak shopping? Kedai-kedai di Queenstown antara yang meawarkan banyak pilihan dan murah selain Auckland. Nak mengenali New Zealand dengan lebih dekat? Orang-orang kat sini mudah di dekati dan peramah. Kehidupan di sini lebih happening berbanding di tempat-tempat lain di South Island. Pendek kata, Queenstown umpama kampung di dalam bandar.
Antara keindahan yang mesti di kecapi dan tempat yang boleh di lawati di Queenstown:
1)Gugusan Remarkables dan Lake Wakatipu
Queenstown terletak di Tebing Lake Wakatipu dan di kelilingi Remarkables, jadi ia memang sangat-sangat indah secara semulajadi.
2) Skyline Gondola
Sekiranya berminat nak naik Skyline Gondola ni, kita bukan sahaja boleh menikmati keindahan Queenstown daripada top view, malah ada macam-macam aktiviti kat atas ni seperti Luge, bungy jumping, berbasikal dan pelbagai lagi.
Nampak tu? Ada yang bawa basikal naik ke atas |
3) Queenstown trail mengelilingi Queenstown Garden
4) Queenstown Harbour
5) Pekan Queenstown itu sendiri!
Selain daripada shopping di sini happening dan banyak choice, berjalan di sekitar sini juga memberikan pengalaman yang unik dan berbeza melihat aktiviti yang sangat berbeza masyarakat di sini berbanding kita. Antara aktiviti menarik ialah di Waterfront Lake Wakatipu.
Beli souvenir juga di sini kerana ianya banyak pilihan dan lebih murah berbanding Christchurch dan Dunedin.
Harus rasa dan cuba cookies da hot chocolate yang paling sedap di New Zeland iaitu Cookie Time. Kalau nak beli dengan harga lebih mura, datang pada happy hour.Cookies di sini ada macam-macam variety yang susah nak jumpa di tempat lain. Masa borak-borak dengan pelayan di sini, dia kata tidak lama lagi Cookie Time ni akan di buka di Malaysia. Tak sabar nak tunggu.