Surah Al Imran Ayat 137
Hotel Qasr Al Shoorouq. Itulah nama hotel yang kami diami selama hampir lebih kurang sebulan di kota Mekah. Hotel ini jaraknya hanya lebih kurang 600+ meter dari Masjidil Haram. Ia adalah salah sebuah hotel (jika tidak silap ada hotel kecil yang hanya sekitar 500+ meter) yang paling dekat dengan Masjidil Haram berbanding hotel-hotel lain untuk jemaah haji Malaysia yang pergi secara muassasah.
Sebelum ini semasa di Malaysia.
Apabila ditanya oleh rakan-rakan atau saudara mara,
"Pergi haji melalui Pakej atau Muassasah?"
"Muassasah," saya menjawab.
Maka ada dua reaksi yang akan di terima. Satu jenis reaksi daripada sesetengah pihak akan bertanya dengan kagumnya,
"Muassasah? Wah..sangat beruntung...Macam mana muda-muda boleh dapat pergi melalui muassasah ya, merayu ke?"
Mestila jawapannya tidak. Kami bukan datang dengan rayuan. Kalau sesiapa yang telah mengikuti diari haji ini daripada awalnya pasti tahu yang tahun ini memang giliran kami. Sebelum ini pun kami telah beberapa kali dipanggil untuk menunaikan haji awal walaupun bukan tahun giliran untuk kami pergi. Jawapannya senang sahaja, awal-awal lagi telah mendaftar dan cukup duit simpanan minima dalam Tabung Haji, maka insya Allah surat jemputan daripada Tabung Haji akan diterima.
Kami berdua sangat beruntung kerana mempunyai kedua ibu bapa yang menggalakkan kami mendaftar haji sedari awal lagi. Sangat bertuahnya kami, dan ia adalah rezeki yang Tuhan beri.
Dan ini pula reaksi dari sesetengah pihak yang lain.
"Muassasah? Kenapa tak pergi dengan pakej?" itu soalannya.
Erk...dalam hati sudah terkesima. Berkira-kira. Menimbang-nimbang. Betulkah keputusan kami untuk pergi melalui muassasah ini? Dalam minda sudah terbayang yang bukan-bukan. Apakah teruk sangat keadaannya pergi melalui muassasah? Di kepala sudah terbayang keadaan hotel yang buruk dan usang. Katil dengan tilam yang nipis dan bantal yang kepam. Dan juga berkemungkinan rakan sebilik yang kurang sesuai. Berlainan pemikiran dan perangai. Bukan seorang atau dua. Mungkin juga 10 orang. Itulah mainan syaitan. Menggoda dan menguji.
"Boleh ke ni pergi melalui muassasah? Jangan dan sampai sana nanti ngok ngek mengeluh," suami pernah mengusik. Dia tahu perangai saya. Sekiranya bermusafir ke mana-mana saya sangat pentingkan keadaan hotel/tempat tinggal yang di diami. Keutamaannya ialah mesti bersih.
"Ok je pergi melalui muassasah. Memang lah serba-serbi ringkas. Tetapi kita bukannya nak duduk hotel rehat-rehat atau melancong. Kita nak pergi beribadat kat Masjidil Haram. Sama je," itu pendapat mak mentua saya. Beliau dan bapa mentua saya telah pergi melalui muassasah.
Dengan lafaz Bismillah dan Tawakal kepada Allah, kami nekad. Biar susah dalam mengejar pahala. Pasti akan di balas oleh Allah dengan kepuasan. Tiba-tiba saya jadi yakin.
Pertama kali menjejakkan kaki di tanah ini. Alhamdulillah. Di samping bersyukur kerana Allah permudahkan dengan ditakdirkan kami di tempatkan di hotel yang berdekatan Masjidil Haram, bangunan hotel Qasr Al Shoorouq yang berdiri di hadapan mata tidaklah seperti yang saya gambarkan selama ini. Ia adalah antara hotel yang besar.
Lobi hotel juga agak besar. Di samping ada deretan sofa, ditempatkan juga ruang untuk maklumat ziarah, kaunter i Talk, kedai runcit dan juga kantin ringkas untuk membeli makanan tambahan. Manakala di Tingkat 1 hotel kami mengandungi bilik yang menempatkan kaunter pengeluaran wang dan urusan Tabung Haji, klinik, ruangan kecil untuk bersolat dan ceramah dan juga pejabat pengurusan dan mutawif. Sangat mudah. Bilik juga agak selesa, walaupun berkongsi 8 orang tetapi ruangannya agak besar.
Mesti ramai yang tertanya-tanya, bagaimana pula dengan perkhidmatan dan servis di tempat penginapan? Adakah orang datang membersihkan bilik? Adakah tuala, cadar, selimut, etc akan ditukar saban waktu? Jawapannya adalah tidak. Selama sebulan lebih di Mekah, kami membersihkan bilik dan katil kami sendiri. Bagi kami perkara ini tidak membebankan. Dan bagi yang mampu, boleh sahaja mendapatkan perkhidmatan pembersihan bilik daripada perkerja-pekerja hotel dengan bayaran ‘tips’ yang dipersetujui bersama dan perkhidmatan dobi daripada kedai-kedai dobi disekitar.
Adakah semua mereka yang pergi secara muassasah adalah mereka yang terdiri daripada golongan yang kurang berkemampuan? Sudah tentu jawapannya TIDAK. Pelbagai lapisan masyarakat menyertai pekhidmatan Muassasah yang disedikan oleh Tabung Haji. Dalam bilik saya sendiri 2 orang daripada jemaah Haji adalah doktor. Seorang doktor di Klinik Pergigian manakala seorang lagi mempunyai Klinik sendiri! Mereka dalam kategori orang-orang yang berada. Tetapi sangat merendah diri. Manakala di khemah muassasah di Mina suami telah terjumpa dengan salah seorang pengurusan tertinggi di sebuah GLC. Beliau juga di kategorikan sebagai sangat berkemampuan sekiranya ingin pergi melalui pakej.
Apa kelebihan pergi secara muassasah dan apa pula kelebihan pergi secara pakej? Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan. Antaranya ialah:
1) Makanan - Kebanyakan pakej menyediakan hidangan lengkap sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam secara buffet. Manakala muassasah tidak menyediakan sarapan pagi (kecuali di Arafah dan Mina). Tetapi jangan sesekali risau tentang makanan tengahari dan malam. Bagi kami makanan yang di sediakan sangat enak. Buah-buahannya juga sangat segar dan manis. Percaya atau tidak, di sini kami makan lebih banyak di bandingkan semasa berada di Malaysia tetapi berat kedua-dua kami turun beberapa kilogram kerana aktiviti fizikal (i.e. berjalan) yang agak banyak dilakukan. Ada juga kami dengar menerusi jemaah haji secara pakej, walaupun makanan yang di sediakan adalah secara buffet, tetapi seringkali mereka yang lambat pulang ke hotel apabila tiba waktu makan tidak mendapat makanan secara cukup kerana telah kebanyakan menu telah habis.
Ketiadaan sarapan pagi oleh muassasah tidak merupakan masalah bagi kami, kerana dengan itu kami mengambil kesempatan merasai makanan-makanan lain di sekitar Mekah. Ia adalah aktiviti pagi yang amat di sukai.
Salah satu ruang di lobi hotel. Bagi mereka yang mahu mudah dan segera mendapatkan makanan extra atau sarapan pagi seperti di Malaysia, boleh dapatkannya di sini
2) Jarak - Jarak hotel yang paling dekat bagi muassasah pada tahun 2011 ialah lebih kurang 500+ meter manakala yang paling jauh ialah 1 kilometer. Kini saya tidak pasti dengan jarak tersebut kerana pembinaan yang sangat giat di Mekah pada masa sekarang menyebabkan banyak hotel-hotel diruntuhkan. Manakala bagi pakej pula, hotel yang paling dekat terletak betul-betul berhadapan Masjidil haram di Safwa Tower tetapi ada juga hotel yang jauh, lebih jauh jaraknya daripada hotel yang kami diami.
3) Rakan sebilik - Mereka yang pergi secara pakej bebas menentukan rakan sebilik mereka dan jumlah dengan kadar bayaran tertentu. Contohnya suami sebilik bersama isteri. Tetapi bagi muassasah rakan sebilik dan berapa jumlah sebilik di tentukan oleh Tabung Haji.
4) Keluasan bilik- Tak semestinya muassasah menyediakan bilik yang sempt. Walaupun kedengaran 8 orang dalam satu bilik bunyinya macam ramai, tetapi ada kawan jemaah haji yang pergi melalui pakej, apabila datang melawat ke hotel kami, memberitahu bahawa bilik kami jauh lebih besar daripada biliknya.
6) Arafah/Mina - Makanan yang disediakan di Mina/Arafah adalah sama sahaja walaupun pergi secara pakej/muassasah. Kepadatan satu-satu khemah adalah terpulang kepada pakej. Ada pakej yang menyediakan khemah yang agak selesa dengan mengurangkan jumlah jemaah dalam satu khemah dan ada yang menyediakan bantal, selimut dan sebagainya untuk keselesaan jemaah. Tetapi ada juga pakej yang tidak berbeza seperti muassasah. Namun begitu di ingatkan, tandas yang di gunakan tetap sama tidak kira anda pergi secara muassasah atau pakej. Anda tetap perlu beratur dan tiada pengecualian dalam hal ini.
Tepuk dada tanyalah selera. Kadang-kadang kemabruran haji bergantung juga kepada pilihan yang di buat. Pakej dan muassasah masing-masing ada kebaikannya. Mungkin jemaah yang ditakdirkan sangat susah dan di beri ujian dalam tempat penginapan tetapi Allah balas semula dalam kemanisan beribadah di tanah suci.Bagi mereka yang berada di persimpangan untuk membuat pilihan antara dua, tips di atas mungkin dapat membantu.
hmm..ini keunikkannya. Motosikal yang di parking di salah satu ruang lobi hotel.
5) Ziarah - Kebanyakan pakej menyediakan lawatan ke tempat-tempat bersejarah dan juga beberapa kali rombongan berMiqat untuk Umrah (seperti ke Tanaim, Jaaranah, etc). Manakala bagi muassasah, perjalanan berMiqat adalah atas usaha sendiri dan lawatan Ziarah ada di sediakan dengan bayaran tambahan.
Pihak pakej menyediakan perkhidmatan untuk ke bermiqat umrah ke Tanaeem ini, tetapi tidak bagi mereka yang pergi melalui muassasah, semuanya atas usaha sendiri.
Pihak pakej menyediakan perkhidmatan untuk ke bermiqat umrah ke Tanaeem ini, tetapi tidak bagi mereka yang pergi melalui muassasah, semuanya atas usaha sendiri.
6) Arafah/Mina - Makanan yang disediakan di Mina/Arafah adalah sama sahaja walaupun pergi secara pakej/muassasah. Kepadatan satu-satu khemah adalah terpulang kepada pakej. Ada pakej yang menyediakan khemah yang agak selesa dengan mengurangkan jumlah jemaah dalam satu khemah dan ada yang menyediakan bantal, selimut dan sebagainya untuk keselesaan jemaah. Tetapi ada juga pakej yang tidak berbeza seperti muassasah. Namun begitu di ingatkan, tandas yang di gunakan tetap sama tidak kira anda pergi secara muassasah atau pakej. Anda tetap perlu beratur dan tiada pengecualian dalam hal ini.
Tepuk dada tanyalah selera. Kadang-kadang kemabruran haji bergantung juga kepada pilihan yang di buat. Pakej dan muassasah masing-masing ada kebaikannya. Mungkin jemaah yang ditakdirkan sangat susah dan di beri ujian dalam tempat penginapan tetapi Allah balas semula dalam kemanisan beribadah di tanah suci.Bagi mereka yang berada di persimpangan untuk membuat pilihan antara dua, tips di atas mungkin dapat membantu.
hmm..ini keunikkannya. Motosikal yang di parking di salah satu ruang lobi hotel.
Salam, pakej biasanya tidak melalui q yang panjang untuk menunailan hj jd x semia org pergi melalui pakej merendahkan muasasah. Sedikit komen dr sy
ReplyDeleteAssalam, saya juga sering di tanya soalan yang sama, bermula di tanah air sehingga la di dalam masjidil haram.Pergi dengan pakej atau muasasah? Saya jawab dengan tabung haji ;) selepas itu ditanya pula duduk hotel mana? saya ni pulak tak ingat nama hotel, tak puas hati dengan jawapan saya.saya senyum aje. saya sentiasa berdoa agar di permudahkan. Alhamdullilah. Terima kasih ijaie kerana buat blog ini, ianya mengimbau kenangan mengerjakan haji 1432H.
ReplyDeleteWassalam.
zai