Commercial Break

Friday, July 20, 2012

Day 36 (27 November 2011, Part 1)- Imam-imam Masjidil Haram

'Tunjukilah kami jalan yang lurus.'
Surah Al Fatihah Ayat 6

Antara tarikan dan pesona Masjidil Haram, Mekah ialah imamnya. Bukan sahaja alunan bacaan mereka menggetarkan jiwa dan melontarkan jemaah dalam lembah kekusyukan, malah suara merdu mereka juga sudah cukup membuatkan pendengar merindui dan mencintai mereka.
Imam Masjidil Haram sememangnya mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Umat Islam. Sangat tinggi kedudukan mereka kerana diberi penghormatan untuk mengetuai jutaan Umat Muhammad S.A.W.

Sejak dari mulai perjalanan Haji lagi saya sudah mulai tertarik dengan peribadi Imam Masjidil Haram dan ingin mengetahui tentang mereka. Usaha daripada beberapa pencarian melalui internet, maka inilah hasilnya.


Antara Imam-imam di Masjidil Haram adalah seperti berikut:

1) Sheikh Dr. Abdul Rahman Al Sudais

Sheikh Dr. Abdul Rahman Al Sudais di lantik sebagai Imam Masjidil Haram pada tahun 1404 H semasa beliau berumur 22 tahun.

Di lahirkan di Riyadh, beliau telah menghafaz Quran seawal usia 12 tahun, di masjid kota Riyadh. Dibesarkan di Najd, beliau belajar di Sekolah Rendah Al Muthana Bin Harith, dan selepas itu di Riyadh Scientific Institution yang mana beliau telah tamat belajar dengan gred yang cemerlang pada tahun 1979. Pada tahu 1983 beliau telah memperolehi degree daripada Universiti Riyadh dan seterusnya memperolehi master pada tahun 1987 di Universiti Imam Muhammad Bin Saud dan beliau akhirnya memperolehi PHd di Universiti Ummul Qura sambil bekerja sebagai pembantu proffesor di Universiti tersebut.

Bacaan Syeikh Abdul Rahman Al Sudais memang sangat unik..cuba dengarkan (share dari youtube)








2) Syeikh Dr. Su’ud bin Ibrahim as-Syuraim

Syaikh Dr. Su’ud bin Ibrahim as-Syuraim lahir pada tahun 1386 Hijriah, di Saqra’ Riyadh.

Beliau belajar di Jami’ah al-Imam Muhammad bin Su’ud al-Islamiyah. Beliau telah lulus pada tahun 1409 Hijriah, kemudian melanjutkan pelajarannya dalam bidang kehakiman di Ma’had Ali, hingga beliau berjaya mendapatkan gelaran Hakim pada tahun 1413 Hijriah.

Beliau mula berkhidmat sebagai Imam di Masjidil Haram adalah tahun 1414 Hijriah. Selain dari itu beliau adalah hakim, pengajar di Masjidil Haram, dan pensyarah di Universiti Ummul Qura’ Makkah.

Beliau terkenal dengan syair dan kalimat-kalimat yang menyentuh perasaan, di bawah adalah bacaan beliau.





3) Sheikh Maher bin Hamad Al-Mueaqly
Sheikh Maher bin Hamad Al-Mueaqly ataupun nama sebenarnya Maher Ibn Hamd Ibn Mueaql Al Mueaqly Al Baloui telah dilahirkan al-Madinah al-Munawwarah pada 18 Syawal, 1388 Hijriah.


Beliau membesar di Madinah, dan memperolehi ijazah dalam matematik. Beliau kemudian menyertai Balat Al Shohada dan akhirnya berpindah ke Mekah untuk menjadi penasihat pelajar di Abd Al Majid School.

Pada tahun 1425, beliau memperolehi master pengajian Syariah Umm Al Qura University. Beliau akhirnya di lantik sebagai pensyarah di Fakulti Shariah dan Sains Islam, dan kemudian sebagai imam di Masjid Abd Arrahmane Assaadi, Makkah. pada tahun 1416 Hijriah sehingga 1427 Hijriah, Maher Al Mueaqly menjadi imam di Masjid Nabawi.

Beliau dilantik sebagai Imam Masjidil Haram pada tahun 1428 Hijriah.

Album Maher Al Mueaqly iaitu bacaan beliau telah dijual di kebanyakan negara Islam.



4)Sheikh Dr. Salih Abdul Aziz Bin Abdullah Bin Humaid
Sheikh Dr. Salih Abdul Aziz Bin Abdullah Bin Humaid dilahirkan pada tahun 1369 Hijriah di Buraidah.

Beliau memperolehi gelaran doktor pada bidang Fiqih pada tahun 1402 Hijriah.

Beliau bertugas sebagai Ketua Majlis Syura, dan anggota Haiah Kibarul Ulama. Beliau dilantik sebagai Imam Masjidil Haram pada 1 Muharram 1404 Hijriah.

Beliau menjadi imam sekali dalam sebulan, iaitu untuk solat Subuh sahaja, kerana sebahagian besar waktunya dihabiskan di Riyadh untuk urusan tanggung jawab terhadap Majlis Syura. Beliau juga datang sebulan sekali untuk khutbah Jumaat.


5)Syeikh Dr. Khalid al-Ghamdi


Sheikh Khaled Al-Ghamdi dilahirkan Di Mekah Al Mukarramah, lulusan ijazah dan master dalam Quran dan Sains, Universiti Ummul Qura.

Beliau mula dilantik sebagai Imam Masjidil Haram pada 25 ZulHijjah 1428 H setelah 5 tahun menjadi imam di Masjid Al-Amerra, Sheikha Al-Khalidiyya.



6)Sheikh Saalih Muhammad Aal Talib



Sheikh Saleh bin Muhammed bin Ibrahim aal Talib adalah hakim mahkamah tinggi di Makkah dan menjadi Imam pada 1423 H. Beliau di lahirkan di Riyadh pada tahun 1393. Beliau adalah dari puak Bani Tamim yang di percayai merupakan suku kaum yang telah wujud bertahun lamanya dan dikaitkan dengan pelbagai sejarah dan di percayai akan menjadi suku kaum yang paling berani terhadap Dajjal dan paling berani di medan perang. (Mohammed Bani Tamim), wallahualam.

Beliau sangat cakap dalam pekerjaan beliau sebagai hakim dan tegas memberikan keputusan.


7)Sheikh Abdullah Awad Al Juhany

Nama asalnya ialah Sheikh Abdullah 'Awwad Fahd Ma’yoof Abdullah Muhammad Kadyuwan Al-Humaimy Adh-Dhabyaani Al-Juhany. Beliau di lahirkan di Madinah Al Munawwarah pada tahun 1396 H.

Beliau telah menghafal Quran sejak kecil lagi dan menyambung belajar di Kolej Qur’an Al-Kareem. Setelah memperoleh ijazah beliau melanjutkan pelajaran di jurusan perguruan di Madinah. Selepas itu beliau memperolehi Master daripada Universiti Ummul Qurra.

Selain daripada menjadi Imam di Masjidil Haram, beliau juga pernah menjadi imam di Masjid Nabawi, Masjid Quba dan Masjid Qiblatain.


8) Sheikh Dr. Usaama bin Abdullah al Khayyat





Sheikh Dr. Usaama bin Abdullah al Khayyat di lahirkan pada tahun 1375 H di Makkah al-Mukarramah.
Beliau adalah pengajar di Masjidil Haram, Anggota Majlis Syura, dan Fakulti Syari’ah Jami’ah Ummul Qura’.
Beliau dilantik sebagai imam Masjidil Haram pada tahun 1418 H.
Beliau dikenal dengan gaya bahasa penyampaian yang kuat, yang mampu menggetarkan hati.



9)Sheikh Faisal Al Ghazzawi

Sheikh Faisal Al Ghazzawi di lahirkan pada tahun 1388 H di Makkah al-Mukarramah. Beliau adalah lulusan daripada Universiti Ummul Qura dan selepas itu bertugas di Universiti tersebut. Beliau dilantik sebagai Imam Masjidil Haram pada bulan Dzulkaedah 1428 H




No comments:

Post a Comment