Commercial Break

Wednesday, October 7, 2015

Makanan sedap dan enak di Cappadocia,Turki



Kami tiba semula di pekan Goreme menjelang tengahari setelah satu pagi menghabiskan masa di Goreme Open Air Museum dan mengambil keputusan untuk terus makan tengahari sebelum check-in di hotel yang terletak di Uchisar.

Nazar Borek.

Ini nama restoran yang kami cuba untuk lunch yang pertama di Cappadocia dan tidak menduga hari-hari seterusnya kami pasti akan masuk dan makan di restoran ini sekurang-kurangnya sekali.


Hari pertama kami makan Bucuk and Peyner (Spicy Sausage & Cheese) yang berharga TR 8 dan aiskrim yang memang win berharga TR5 (share 2 orang kerana portionnya amat besar). Allah. Memang nikmat dan amat lazat sekali aiskrim di sini terutamanya perasa Pistachio. (kita boleh request satu perasa sahaja atau campur-campur semua perasa).

If dah jejakkan kaki di Turki sememangnya wajib cuba aiskrim homemade Turki terutamanya perasa Pistachio dan wajib cuba aiskrim di restoran ini sebab ini adalah aiskrim TERSEDAP yang saya pernah nikmati di seluruh Turki .(Saya tahu, sebab saya akan makan aiskrim di setiap tempat yang dikunjungi di Turki selagi mampu makan ).



Restoran ini juga mendapat rating yang amat baik di Tripadvisor kerana bukan hanya aiskrim, malah makanan-makanannya pun semua enak-enak belaka. Setiap hari kami akan makan di sini at least sekali semasa di Cappadocia dan tak pernah rasa nak complain masakan di sini.

Antara food yang pernah kami rasa di sini ialah;

Kofte - 17 TR



Sac Tava -23 TR



Semua makanan ini kami berkongsi dua orang.

Seronoknya di restoran ini, kita boleh makan di luar hadapan restoran, sambil menikmati pemandangan di sekitar pekan Goreme.

Ada juga WIFI PERCUMA.


Tips beli aiskrim di Turki: Jangan terkejut if nak beli aiskrim di Turki, memang kena bertabah sebab trademark penjual aiskrim di sini, masa diorang nak serve aiskrim tu kepada kita, diorang akan acah-acah macam bagi or tak nak bagi. Sometimes terasa seolah-olah di buli oleh penjual aiskrim yang nakal.

Di Nazar Borek ini, walaupun seluruh pekerja restoran tu dah cam muka kami, setiap hari kami pasti di acah oleh mamat Turki penjaga aiskrim yang muka sweet-sweet ni.

Layankan aje keunikan mereka ini.






Tuesday, October 6, 2015

Gerome Open Air Museum



Menjejakkan kaki di Goreme Open Air Museum, terasa seolah-olah berada bukan di bumi nyata. Seakan-akan di dalam filem atau mungkin di planet angkasa. Realitinya di hadapan mata, terbentang landskap bumi asing yang menarik.

Luarannya, jelas kelihatan formasi batu-batuan seumpama ‘flinstones’ serta gua-gua yang membentuk gereja-gereja dan monastery-monastery bersebelahan antara satu sama lain.



Goreme Open Air Museum merupakan kompleks gereja yang dibina dan aktif di gunakan sekitar abad ke 10 hingga ke 12. Pada zaman awal kristian, penganut-penganutnya telah melarikan diri dari keadaan politik yang tidak menentu dan penganiyaan dan hasilnya mereka telah mengorek dan membentuk gua untuk di jadikan tempat beribadat, gudang, tempat tinggal dan pelbagai lagi. Gerome Open Air Museum adalah satu contoh tempat beribadat yang sangat besar bagi mereka pada zaman tersebut.

Tidak hairanlah ianya di senaraikan di bawah UNESCO WORLD HERITAGE sejak tahun 1985 lagi.




         
Jelasnya, ia cukup bermakna bagi penganut agama kristian, di lihat dari ukiran-ukiran di dalam gua. Banyak ukiran yang menggambarkan pelbagai cerita dan rahsia yang mungkin hanya di fahami oleh sebahagian penganut kristian.






Terdapat juga, batu-batu yang di bentuk menjadi tempat makan, dapur dan sebagainya.





Paling tidak lupa, tulang-tulang manusia seawal abad ke 10, di biarkan terjaga rapi di sini tanpa di tanam, masih di kekalkan sehingga kini.


Ada sebuah church yang bernama Black Church, yang hanya boleh di masuki dengan tambahan bayaran TR 10. Mungkin church ini lebih istimewa dari yang lain, di lihat dari cara ianya di kawal.




Di luar kawasan ini terdapat kedai-kedai yang menjual souvenir. Harga di sini sederhana, tidak mahal dan tidak murah.



Sesungguhnya, pengalaman hari pertama di Cappadocia sangat mengujakan dan mendebarkan. Membuatkan saya tidak sabar untuk menikmati hari-hari seterusnya di Cappadocia.

Monday, October 5, 2015

Manisnya Cinta di Cappadocia (Kapadokya)



Tak lengkap pelancongan ke Turki tanpa Cappadocia.

Bukan setakat filem-filem Turki, malah cerita-cerita Mat Salleh pun banyak yang di filemkan di sini. George Lucas pun teringin untuk memfilemkan salah satu siri Start Trek di sini, tapi kerajaan Turki tidak benarkan atas sebab-sebab tertentu.

Keajaiban dan pesona bentuk muka bumi Cappadocia sememangnya menjadi tarikan penerbit televisyen dan filem serata dunia termasuklah Malaysia dalam “Manisnya cinta di Cappadocia”.

First time jejakkan kaki di Cappadocia perasaannya seperti berada di planet asing.

Ok, nanti dahulu mengenai puji-pujian dan kekaguman yang tak habis tentang Cappadocia sebab banyak hari kami akan spend di Cappadocia. 

Kami tiba di Goreme, salah satu pekan di Cappadocia pada pukul 8.30 pagi. Bas berhenti di stesen bas yang comel. Sebelum turun bas, dah siap-siap inform driver bahawa kami nak turun di Goreme sebab bas berhenti di beberapa tempat lagi di Cappadocia.


First thing yang kami buat sebelum ke mana-mana ialah siap-siap beli tiket bas long distance ke Pamukkale, iaitu destinasi yang seterusnya. Nak kena secure tiket dahulu, sebab Spring adalah antara tempoh yang paling ramai pelancong di Turki.

Harga tiket Cappadocia-Pamukkale ialah TR 50 melalui syarikat Metro Turizm juga. Kaunter Metro Turizm di sini kecil sahaja tidak sebesar di Istanbul. Seperti biasa, kami tumpang letak bagasi kat kaunter tiket Metro Turizm sebab kami akan berjalan di sekitar Goreme dahulu sebelum check in hotel yang berada di Uchisar ( 3km daripada Pekan Goreme).


Selepas tu kami ke tandas yang jaraknya dekat sahaja dari stesen bas, lebih kurang 50 meter. (Eh, tandas pun nak cerita? hahaha) Mestila… sebab nak beritahu, hampir kesemua tandas awam di Turki adalah berbayar, TIDAK PERCUMA. Tiket masuk ke tandas kebanyakannya adalah berharga TR 1. Rasanya entah berapa percent kami spend bajet untuk tandas semata-mata.


Kemudian, kami berjalan-jalan cari restoran or kedai makan untuk breakfast. Mungkin masih awal pagi, orang tak ramai dan kedai pun belum banyak bukak lagi. Ada sebuah restoran baru je buka masa tu, KAPPODAKYA KEBAB CENTRE.

Di sini kami try satu set Spicy Kebab & Coffee yang berharga 11 TL.

Kalau dah sampai Turki, wajib try Turkish Coffee ni sebab rasa dia lain dari yang lain. Memang umpphhhh. Dan saya rasa, Turkish Coffe di sini amat enak sekali.




Di sini ada wifi PERCUMA.

Selepas tu kami pun berjalan kaki menuju ke Goreme Open Air Museum.

Masa melalui jalan ke Goreme Open Air Museum ni hati dah mula terpukau. Tak habis-habis ‘waaa wow woowww”. Subhanallah, memang unik dan lain.Tak terasa berjalan sejauh lebih kurang 1.5km untuk tiba ke tempat yang mahu di tujui.








Saya akan sambung cerita mengenai Goreme Open Air Museum ini di entri selepas ini.