Basilica Cistern yang sentiasa basah, penuh misteri, unik dan mengkagumkan.
7,000 hamba telah berkerja keras untuk menyiapkan tangki air gergasi bawah tanah ini. Basahnya Basilica Cistern seakan banjiran dari air mata mereka. Penuh dengan cerita derita umpama deritanya hamba yang menyiapkan tembok besar terulung China.
Tiang-tiang marmar yang gah menyambut ketika kami perlahan-lahan menuruni lima puluh dua anak tangga batu dari pintu masuk ke bawah, lokasi terletaknya Basilica Cistern.
Jelas kelihatan ikan-ikan berenang-renang di sebalik tiang-tiang. Dahulunya ikan -ikan ini di tempatkan di sini untuk menandakan tahap kebersihan air. Sekiranya air ini kotor atau di racun, pastilah ikan-ikan ini akan mati kesemuanya.
Aura misteri Basilica Cistern yang dahulunya pernah menampung 100,000 tan air, jelas di rasai hari ini terutama sekali apabila kaki melangkah ke bahagian belakang Basilica Cistern. Dahulunya, tempat ini merupakan water reservoir untuk keseluruhan kawasan Constantinople semasa zaman kerajaan Byzantin lagi. Oleh itu, memang terdapat ciri-ciri architecture Roman pada tiang-tiang yang digunakan untuk menyokong water reservoir ini.
Di penghujung belakang sekali, terdapat satu misteri yang tidak pernah dapat di perjelaskan sehingga kini.
Satu kepala Medusa yang terbalik menyokong salah satu tiang, jelas menimbulkan pelbagai persoalan mengapa ianya terbalik. Tidak jauh daripada kelapa Medusa terbalik, terdapat lagi satu kepala Medusa, namun ianya dalam keadaan terbalik di sisi.
Medusa yang dahulunya wanita tercantik yang rambutnya bertukar menjadi ular atas sumpahan Anthena, menurut kepercayaan mitos Yunani.
Katanya, mereka yang meletakkan kepala ini secara terbalik dan bersisi percaya bahawa kedudukan seperti ini akan menangkis dan mengimbangkan kuasa-kuasa jahat lantas mengekalkan keamanan.
Namun, ianya tetap tinggal teori semata-mata dan kedudukan kepala Medusa ini tetap menjadi teka teki sehingga kini.
Bayaran masuk ke Basilica Cistern ialah 10 TL. Museum card tidak boleh digunakan sebab Basilica Cistern tidak termasuk dalam senarai museum yang termasuk dalam pakej museum card. Ianya amat dekat dengan entrance Ayasofya sekitar 200 meter dan hanya perlu menyeberangi jalan raya dan laluan tram.
No comments:
Post a Comment