Commercial Break

Monday, January 25, 2016

Keistimewaan Topkapi Palace



Topkapi yang istimewa.

Bukan kerana kenyataan yang ianya merupakan istana tertua (1478) yang terjaga rapi sehingga kini. Dan kini ia di senaraikan sebagai Unesco World Heritage Site sejak 1985.

Bukan juga semata-matanya  kerana kesan dan tinggalan gaya hidup mewah sultan-sultan dari salah satu empayar terbesar dalam sejarah dunia. Seperti kewujudan berlian 86 karat yang terbesar dan paling berharga di dunia di salah satu biliknya.

Bukan juga kerana fakta pernah dahulu ada 1,000 orang pekerja dapur yang memasak di dapurnya untuk menyediakan makanan untuk puluhan ribu penghuni dan pekerja.

Bukan juga kerana kewujudan beribu artifak dan manuskrip lama yang menggambarkan tahap perkembangan ilmu di zamannya.

Bukan juga kerana kawasannya yang sangat luas merangkumi tempat kediaman sultan, masjid, hospital, tempat mencetak wang, dan banyak lagi.

Bukan juga semata-mata kerana didalamnya ditempatkan pedang Nabi Muhammad (saw), tapak kaki Nabi Muhammad (saw), janggut Nabi Muhammad (saw), tongkat Nabi Musa (as), serban Nabi Yahya (as), sarung tangan Nabi Ibrahim (as), malah juga tinggalan para sahabat (ra) termasuk pedang Khalid al-Walid (ra) , pakaian Fatimah az-Zahrah (rah) dan banyak lagi.

Sesungguhnya kata-kata tidak cukup menggambarkan pengalaman di dalam Topkapi sehinggakan kami menghabiskan masa di sini daripada pukul 9.30 pagi- 3.30 (6 jam lamanya!!). (mungkin juga kami bernasib baik kerana ketika kami menjejakkan kaki di Topkapi, ianya dihiasi pemandangan indah berlatarbelakangkan bunga-bunga tulips di tamannya. Jadi kami bukan setakat sibuk di bilik-bilik pameran, malah sibuk mengambil gambar di taman yang luas). Dan seterusnya  kami asyik menyelusuri sejarah kegemilangan empayar Uthmaniyah sehingga tidak sedar sudah lewat untuk makan tengah hari. Tidak satupun bilik di Topkapi tidak kami lawati.






MAKLUMAT DAN TIPS MASUK TOPKAPI PALACE:-

1) Topkapi di buka daripada pukul 9 pagi – 4.45 petang (winter) atau 6.45 petang (summer)

2) Topkapi di tutup pada setiap hari Selasa.

3) Topkapi juga di tutup pada hari cuti umum.

4) Tiket masuk ialah TL 30 seorang. Boleh dapatkan Muzium Card sekiranya bercadang mahu memasuki banyak Muzium di Istanbul.

5) Tiket berasingan di perlukan untuk Harem Section iaitu berharga 15 TL seorang. Harem Section ialah ‘private area’ sultan, maharani, permaisuri, gundik-gundik dan putera puteri. (lebih kurang 400 buah bilik!)

6) Bawa makanan dan minuman mencukupi. Boleh makan dan minum di kawasan Topkapi yang luas. Tidaklah kelaparan kerana menghabiskan masa berjam lamanya di dalam Topkapi.

7) Dilarang mengambil gambar di dalam bilik-bilik di Topkapi Palace. Ada pekerja khas yag memantau.

8) Kebiasaanya barisan masuk yang panjang ke kawasan-kawasan pameran hadapan. Boleh masuk bilik pameran belakang dulu tetapi mungkin menjejaskan aliran pemahaman garis masa (timeline) sejarah.





Tidak keterlaluan jika saya katakan, tidak lengkap lawatan ke Istanbul tanpa kunjungan ke Topkapi.

1 comment:

  1. Bestnya melawat ke topkapi. Lama juga yee masa dihabiskan..huhu

    ReplyDelete