Entri-entri selepas ini, ialah mengenai pengalaman dan tips-tips melancong ke Turki.
Istanbul, aku datang.
Istanbul, aku datang.
Turki adalah antara negara yang saya rasa amat seronok semasa
melancong di sini. Banyak sebab yang tak dapat nak dihuraikan satu persatu
melalui mata pena. Namun yang pasti
bukan saya seorang sahaja yang merasakan demikian.
Pengalaman di lapangan terbang Ataturk, begitu panjang sekali
barisan pelawat-pelawat luar negara yang berbilang bangsa yang beratur mahu
melalui imegresen Turki. Namun, barisan manusia yang panjang tidak menghalang
kecekapan pegawai imegresen Turki menjalankan tugas, jadi masa menunggu tidak
terlalu lama dengan barisan yang sentiasa bergerak laju ke hadapan. Sampai
giliran kami, tunjuk passport, senyum dan lepas. Sebagai pemegang passport
Malaysia,kita dapat Visa on Arrival (VOA) di lapangan terbang Turki. Tidak
perlu apply visa awal.
Tips di
airport Istanbul, Turki.
1) Perkara
pertama yang kami lakukan selepas mengambil bagasi ialah mengeluarkan duit
Turkish Lira (TL) melalui deretan mesin ATM yang terdapat di Ataturk Airport. Kami
tidak bawa banyak duit lira dari Malaysia kerana kadar tukaran mata wang MYR –
Lira di money changer (pengurup wang berlesen) adalah lebih mahal berbanding dengan
mengeluarkannya terus daripada mesin ATM di Turki sendiri. Kita akan dapat
kadar sebenar melalui pengeluaran duit secara terus daripada mesin ATM dengan
hanya sedikit caj bank (RM 12-RM 15) untuk sekali pengeluaran, bergantung
kepada jenis bank. Jadi jika mahu guna cara ini, pastikan duit yang di
keluarkan cukup banyak mengikut kegunaan, supaya kita tidak di kenakan caj
berkali-kali.
Duit boleh
dikeluarkan daripada mana-mana ATM Machine yang ada logo PLUS / Cirrus /Mastercard.
Sebelum ke
luar negara, jangan lupa maklumkan kepada bank terbabit agar kad ATM di
aktifkan untuk fungsi pengeluaran di luar negara.
2)Berpandukan
sighboard di Airport, kami berjalan menuju ke stesen Metro Ataturk Havalimani yang
terdapat di dalam bangunan airport.
3) Di
kawasan laluan berhadapan Metro ada terdapat beberapa shopping cart & kiosk.
Ada juga sebuah Airport Market (bukan kiosk) yang terdapat di situ. Harga
barangan runcit seperti makanan, roti dan minuman yang di jual di sini adalah
berpatutan. Kami telah membeli roti dan air kotak di sini dengan tujuan untuk
mendapatkan duit syiling dan matawang yang lebih kecil, yang akan di gunakan
untuk membeli token Metro. Token ini diperlukan untuk menaiki mana-mana tramvay/Metro
di Istanbul.
Setelah semua urusan selesai, kami meneruskan perjalanan melalui Metro ke stesen Otogar untuk pembelian tiket bas long distance ke Cappadocia dahulu sebelum berjalan-jalan di sekitar Istanbul.
Salam..klu keluarkan di ATM Turki berapa exchange rate utk 1 lira?
ReplyDeleteSalam..nk tanya ttg exchange rate klu withdraw duit di ATM Istanbul.
ReplyDelete1 Turkish Lira bersamaan berapa RM?
Salam...its depends on the current rate (rate semasa) sewaktu duit di keluarkan dari ATM Istanbul. tapi kalau tukar di money enchange di malaysia definitely lagi mahal.
DeleteSalam, ada pertanyaan sikit. Saya baca di Turki, kebanyakkan ATM hanya menerima kad 4 digit pin. Masa you pergi sana dulu, ada sebarang masalah tak nak withdraw duit? Thanks
ReplyDeleteBerapa harga 100000 lira jika ditukarkan ke duit malaysia?
ReplyDelete