Commercial Break

Thursday, September 3, 2015

Berkunjung ke Sharm El Sheikh

Memasuki Sharm El Sheikh seakan-akan memasuki bumi lain di dalam Mesir.

Bukan sahaja suasananya malah persekitarannya amat berbeza.

Jika di Kaherah dan Alexandria kita dapat lihat sampah merata-rata, di sini keadaannya sangat bersih dan di jaga rapi.

Jika di Kaherah dan Alexandria sukar untuk berjumpa dengan seorang pun pelancong, di sini merata-rata pelancong berambut perang bermata biru. Malahan, terdapat direct flight dari UK & Europe ke airport Sharm El Sheikh. Sukar untuk berjumpa dengan penduduk tempatan di sini. Hanya pekerja-pekerja dan penjaga kedai sahaja dari kalangan penduduk tempatan, selebihnya ialah pelancong.  Jelaslah, Sharm El Sheikh menjadi tumpuan pelancong barat yang mahu ke Egypt.

Kami di sini, hanya berjalan-jalan di town dan di tepi pantai. Makan di KFC kerana restoran di tempat lain lebih mahal harganya setaraf dengan restoran mewah. Menikmati angin di tepi pantai Sharm El Sheikh dan akhirnya ke Carefour untuk membeli makanan petang sebelum meneruskan perjalanan ke Cairo.



Antara pemandangan di pintu masuk Sharm El Sheikh

Polis dan juga pondok polis mudah di dapati di sini, maklumlah kawasan tumpuan utama pelancong

Jalan-jalan di Sharm El Sheikh teratur dan bersih, tidak seperti di daerah lain di Egypt

Makan di KFC. Antara restoran ter'murah' di Sharm El Sheikh.

Kawasan di tepian pantai

Oppss, kat belakang tu pemandangan 'biasa-biasa' di tepi pantai Sharm El Sheikh.



Nak cari survenir? Banyak kat sini




Kalau nak murah sikit, beli makanan kat Carefour pun boleh. Murah sikitla..



No comments:

Post a Comment