Di Sinai, kami singgah di Kubu Israel yang berjaya di tawan oleh kerajaan Mesir semasa Perang Arab-Israel pada tahun 1973 (Yom Kippur War 1973) yang di akhiri dengan Mesir berjaya mendapatkan Sinai semula selepas di tawan Israel sejak tahun 1967.
Menariknya kubu ini, ia sebenarnya di bina di bawah tanah yang
menyebabkan tiada seorang pun tentera Mesir yang dapat mengesannya pada ketika
itu dan menyebabkan setiap kali jet pejuang Mesir melalui kawasan ini pasti akan
di tembak. Kedudukannya yang di selubungi oleh timbunan pasir menyebabkan kubu
ini sukar untuk di tawan tentera Mesir.
Sehinggalah katanya seorang Sheikh Al Azhar iaitu Sheikh Dr
Abdul Halim Mahmud bermimpi tentang strategi melawan tentera Israel iaitu
supaya tentera Mesir menyimbah air ke pasir di tempat peperangan. Pada ketika itu beliau adalah penasihat agama kepada
Presiden Anwar Saddat.
Setelah air disimbah, maka pastilah pasir termendap dan
ternampaklah kubu-kubu tentera Israel di bawah padang pasir. Strategi inilah
yang membawa kemenangan akhirnya berpihak kepada Mesir.
Pada masa kini,kubu ini sentiasa di jaga dan di kawal ketat oleh askar-askar Mesir.
Di sini, banyak alatan dan kenderaan perang yang di tinggalkan secara tergesa-gesa oleh Israel semasa hampir kalah dan setelah kalah di dalam peperangan.
Kesemua alatan perang ini masih elok sehinggala sekarang.
Alatan yang di gunakan untuk menembak musuh |
Teropong untuk mengendap musuh |
Terusan Suez sangat jelas kelihatan dari sini. |
Banyak lagi yang di pamerkan di sini termasuklah bilik mesyuarat yang di gunakan oleh pihak Israel, pakaian perang, tempat tidur askar, alatan seharian dan pelbagai lagi.
No comments:
Post a Comment