Commercial Break

Tuesday, September 29, 2015

Pengalaman bersama Turkish Airlines



Ini pertama kali saya menaiki Turkish Airlines dan penerbangan dari Cairo ke Istanbul bukanlah perjalanan yang panjang, iaitu hanya memakan masa selama 2 jam sahaja. Jadi, mungkin pengalaman ini tidak sama dengan mereka yang pernah menaiki Turkish Airlines untuk long distance flight. Namun, saya tetap ingin berkongsi secebis pengalaman menaiki Turkish Airlines, antaranya ialah:


HARGA

Semasa kami booking flight ini melalui Skyscanner, ianya bukanlah penerbangan yang termurah pada ketika itu. Ada lagi yang lebih murah. Namun ia tetap di dalam kategori harga berbaloi bagi flight Cairo-Istanbul iaitu RM 1,137 per pax.

Tujuan kami pilih Turkish Airlines ialah kerana ianya adalah PENERBANGAN TERUS tanpa transit. Banyak lagi penerbangan dari Cairo ke Istanbul seperti Aegean Arlines, Royal Jordanian Airlines dan sebagainya tetapi kesemuanya perlu transit yang mengambil masa yang agak lama iaitu di antara 4- 10 jam. Mungkin juga memakan masa lebih daripada itu. Hanya ada dua sahaja direct flight dari Cairo ke Istanbul iaitu Egypt Air dan Turkish Airlines.


MAKANAN

Walaupun hanya dua jam di dalam flight, kami tetap dihidangkan dengan makanan Turki yang mengenyangkan. Kiranya first time rasa makanan Turki asli adalah di atas flight ini sebelum jejak kaki di Turki. 

Menu di beri sebelum makanan di hidangkan. Untuk minuman, kita boleh pilih daripada senarai di dalam menu.

Yummy!! Orang Turki memang banyak hidangan chese dan sayur seperti ini. Cheese ada pelbagai jenis cheese, sayur biasanya tidak di goreng, mungkin steam/rebus/mentah. Tapi sedap..saya suka.


SERVIS

Pramugara dan pramugari yang berbangsa turki dengan layanan yang baik dan proffesional. Kanak-kanak diberi story book percuma. 

Apa yang unik, ada pramugari berpakaian chef yang menghidang makanan. Lain dari yang lain.

Selain daripada hal-hal di atas, kabin Turkish Airlines sederhana luas. Surprisingly, walaupun kekerapan penerbangan Cairo-Istanbul adalah banyak, tetapi kapal terbang yang kami naiki sarat dengan penumpang. 

Suasana semasa penumpang-penumpang baru memasuki kabin.



Mungkin kerana ianya penerbangan short distance, maka in-flight entertainment tidak available. Namun, pengumuman mengenai status penerbangan tetap di berikan dari masa ke semasa dan apabila perlu.



Overall, so far rasa puas hati, teringin nak cuba untuk long distance flight sekiranya ada promosi yang berpatutan. 

Genap dua jam dalam penerbangan dengan landing yang smooth tanpa gegar yang kuat, kami akhirnya tiba di Istanbul.


No comments:

Post a Comment