Commercial Break

Thursday, December 31, 2015

Tips memilih tempat penginapan atau hotel di Istanbul, Turki



Lenguh kaki berjalan naik bukit turun bukit. Tangan agak kebas-kebas menarik bagasi mengikut rentak kaki yang tidak pasti. Malam yang sejuk tidak terasa dinginnya kerana hati agak panas memikirkan hotel yang tidak di jumpai. Kadang-kadang terasa agak kecut perut apabila anjing-anjing yang bebas berkeliaran selamba bermain dan mengonggong sesame sendiri di satu lorong. Untunglah anjing di Turki tidak sama dengan anjing di Malaysia. Jika anjing di Malaysia pasti diriku sudah bekejar-kejaran dengan sang anjing.

Entri ini bukan mengenai anjing tetapi ianya sebagai klu akan senario yang mungkin bakal di hadapi sekiranya anda tersilap memilih hotel untuk menginap hatta ke mana-mana jua anda pergi. Ia juga boleh di katakan merangkap review mengenai Family Istanbul Hotel, hotel yang kami tempah melalui Agoda sebagai tempat tinggal selama di Istanbul.

Walaupun ownernya peramah dan pekerja-pekerja hotel adalah bagus, namun saya tidak akan rekemen hotel ini kepada yang mahu melancong ke Istanbul kerana walaupun ianya terletak di kawasan Sultanahmet, ianya agak jauh berjalan kaki dari stesen Metro terdekat, sukar untuk di cari dan agak jauh ke dalam.

Biliknya sangat kecil dan perabotnya agak lama. Lantai yang di pijak ada mengeluarkan bunyi kriuk kriuk menandakan umurnya yang ratusan tahun. Sarapan tidak banyak pilihan. Bilik yang berhadapan dengan restoran adalah bising hingga jauh malam. Bagaimanapun, kami tidak terlalu kecewa kerana memang niat untuk menjadikan bilik hotel sebagai tempat menyimpan barang dan tidur sahaja sebab memang kami akan berada diluar sepanjang masa.


Menurut pengalaman saya sepanjang berada di Istanbul, ini tips penting memilih hotel untuk menginap di Istanbul:

1)Pilih hotel berdekatan dengan train station untuk memudahkan pergerakan daripada satu tempat ke tempat yang lain. Biar jauh sedikit daripada kawasan tumpuan pelancongan pun tidak mengapa asalkan dekat dengan train station.


2)Untuk yang suka bershopping, pilih area Taksim. Taksim juga ‘happening’ terutamanya di waktu malam. Ia tidak pernah sunyi. Harga hotel di sini kebiasaannya agak mahal.


3)Pilih Sultanahmet untuk yang mahu tinggal berdekatan tempat-tempat pelancongan sepeti Masjid Biru, Hagia Sophia, dan lain-lain. Sama seperti Taksim, harganya juga agak mahal.

4)Namun, jika anda tidak kisah, anda tidak semestinya perlu pilih hotel di kawasan pelancongan / kawasan yang happening. Anda boleh juga pilih untuk menginap di kawasan yang kurang terkenal tetapi apa yang penting ianya berdekatan dengan train station. Kebiasaannya hotel di sini lebih selesa dengan harga yang berbaloi. Harga makanan yang di jual di sekitar juga lebih murah. Yang paling syok, anda akan rasa lebih dekat dengan warga tempatan.

5) Sekiranya anda sudah menempah tempat penginapan yang agak jauh dari train, cuba kenalpasti adakah bas/minibus/minivan di sediakan sebagai pengangkutan awam untuk memudahkan pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain.

6) Study dan baca betul-betul review dari banyak sumber seperti di Agoda, TripAdvisor, Bookings.com etc.

7)Kebanyakan bilik di Instabul keluasannya adalah kecil sahaja, jadi keluasan bilik tidak patut menjadi faktor utama untuk pilih hotel di sini.

8)Jika anda pentingkan kemudahan yang di sediakan contohnya seperti kettle dan seterika anda perlu rujuk kemudahan yang di sediakan kerana hotel-hotel di Istanbul kebanyakannya tidak menyediakan kemudahan seperti kettle, etc.

Anda pernah melancong ke Istanbul dan ada pendapat mengenai pilihan tempat menginap di Istanbul? Sila komen di bawah entri ini.

Harapnya entri ini dapat membantu mereka yang bercadang mahu melancong ke Istanbul.


Wednesday, December 23, 2015

Perjalanan ke Istanbul

Pukul 4.45 petang di Buyuk Otogar. Kami agak relaks-relaks dan berjalan perlahan menujuk ke kaunter bas Metro untuk tujuan tumpang letak bagasi. Tiket ke Istanbul yang telah di beli sehari sebelumnya ialah pada pukul 6.30 petang. Ada banyak masa lagi sebelum tiba waktu itu. 

Setibanya di kaunter, mengetahui kami akan menaiki bas ke Istanbul, penjaga kaunter tiba-tiba menawarkan kami menaiki bas pada pukul 5 petang yang akan bertolak lebih kurang 15 minit lagi. Rezeki terpijak. Pastilah kami tidak melepaskan peluang untuk ke Istanbul lebih awal.

Pukul 5 tepat bas bertolak meninggalkan Bursa Otogar, dan kami tidak sempat menyaksikan pemandangan lama-lama kerana tidak sampai beberapa minit kami sudah tertidur kepenatan.

Lebih kurang dalam satu jam lebih kemudian kami terjaga dan mendapati bas kami sudah berada di atas feri yang besar. Terkejut jugak. Masa mula tido ada kat atas daratan lagi, bila dah bangun sudah berasa di lautan. 


Kami turun bersiar-siar di dalam feri dan duduk-duduk sambil menikmati makanan ringan yang dijual di dalam feri. Rupa-rupanya, perjalanan menaiki feri menyeberangi selat boleh menjimatkan masa berbanding jalan darat menyeberangi jambatan.



Selepas bas turun dari feri, lebih kurang sejam kemudian baru kami tiba di Istanbul Otogar.

Saturday, December 19, 2015

Bursa



Kami ke Bursa City Museum. Tiket masuk hanya 2 TL .Muzium ini awesome dan informative tetapi tiada penerangan di dalam Bahasa English di berikan. Namua, ianya tidak menyekat kecintaan peminat muzium kerana barang pameran di muzium ini setiap satunya mempunyai makna yang cukup mendalam. 






Selepas itu kami bersiar-siar di sekitar Bursa. Menghirup udara Bursa sepuasnya sebelum meninggalkan Bursa sebentar lagi.






Setelah membawa bagasi keluar dari Hotel Efehan, kami ke salah satu kiosk di tepi jalan yang ada menjual tiket bas untuk ke Bursa Buyuk Otogar. (Tips penting- harus beli tiket bas di kiosk-kiosk atau kedai-kedai berkenaan sebelum menaiki sebarang bas di Bursa)

Ianya mudah sahaja kerana kiosk-kiosk seperti ini terletak berdekatan sahaja dengan perhentian bas.

Tuesday, December 8, 2015

Koza Han - Bazaar sutera yang terkenal di Turki




Koza Han (1491), bazaar sutera yang terkenal di Turki. Ianya tempat wajib lawat andainya sudah berada di Bursa. Sejak kurun ke 15, Koza Han merupakan pusat perdagangan antarabangsa dan sangat dikenali sebagai tempat jualan sutera yang sifatnya authentic, stylish, rare dan mungkin sukar untuk di jumpai di tempat lain. Keunikan Koza Han juga terselah dengan rekaan bangunannya yang unik dan berbeza.


Rasa keterujaan bershopping di sini agak terganggu sedikit kerana kebetulan hari tersebut jatuh pada hari Sabtu, dan Koza Han di penuhi oleh warga tempatan. Husband saya sudah pening-pening lalat kerana dia sememangnya ‘alergik’ dengan tempat shopping yang sesak. Hanya saya yang tidak mudah mengalah malah makin segar meneruskan perjuangan mendapatkan sehelai dua silk Turki yang bermutu tinggi di Bursa. Hasil kegigihan daku dan kesabaran encik suami akhirnya saya berjaya memborong beberapa helai silk berkualiti tinggi yang berharga di antara 5 – 10 TL. Sebenarnya, silk yang di jual di Koza Han, ada yang harganya amat mahal dengan kualiti yang amat bagus dan ada yang amat murah tetapi tetap berkualiti baik. 



Pening si dia akhirnya hilang terus sebaik sahaja kami keluar dari kawasan Koza Han menuju ke Bursa City Museum. 


Ini serba sedikit tips untuk bershopping dan membeli-belah di Koza Han.

1)Kalau boleh elakkan pergi semasa hari cuti warga Bursa kerana Koza Han akan menjadi amat sesak. Peniaga akan lebih bermurah hati dalam urusan tawar menawar sekiranya Koza Han tidak terlalu sesak.

2)Bukan hanya sutera yang di jual di Koza Han, malah pakaian pelbagai jenis dan material, perhiasan dan tekstil rumah, souvenir dan macam-macam barangan juga terdapat di sini.

3)Pengunjung boleh juga bersantai melepaskan lelah di pelbagai kafe dan restoran yang terdapat di sini.

4)Kebanyakan sutera yang di jual di Koza Han harganya lebih murah dari di Istanbul.

5)Selain daripada membeli belah, Koza Han adalah tempat yang sesuai untuk bergambar kerana rekaan bangunannya yang unik.


Monday, November 30, 2015

PENGALAMAN, TIPS DAN FAEDAH PENYUSUAN

           

Ketika pertama kali mengandungkan anak sulung lebih kurang 10 tahun yang lalu, saya sudah memasang niat yang seterusnya bertukar menjadi keinginan yang amat kuat. Walaupun pada detik itu bayi yang di kandung hanya baru berusia beberapa bulan di dalam kandungan, saya tidak teragak-agak atau menoleh kebelakang lagi. Setiap hari saya berkata kepada diri sendiri “SAYA MAHU MENYUSUKAN ANAK SAYA DENGAN SUSU BADAN SENDIRI.”

Pada ketika itu, pengetahuan tentang breastfeeding dan kesedaran mengenai penyusuan masih belum cukup meluas lagi. Namun ia tetap tidak mematahkan semangat untuk saya terus berusaha sedaya upaya mungkin dalam mengaut ilmu tentang penyusuan dari apa sahaja sumber.

Siapa kata breastfeeding adalah sesuatu yang mudah?

Tidak. Ia tidak pernah mudah. Ia adalah pilihan yang mencorakkan pelbagai jenis perasaan yang mendewasakan pengalaman seseorang yang bernama IBU.

Perasaan indah pada ketika detik pertama insan kecil yang masih bergerak lemah itu membuka mulut dan perlahan-lahan mengalir ke dalam perutnya antibodi tidak ternilai, kolostrum yang dapat melindunginya di detik-detik pertama kelahirannya. 

Rasa yang indah bertukar menjadi menakjubkan apabila jari jemari kecil menggenggam erat satu jari milik ibu seakan ucapan terima kasih yang belum mampu terluah. Masih jelas dalam ingatan akan hangatnya perasaan tatkala pertama kali kulit sendiri bersentuh dengan kulit bayi di dalam dakapan.

Perasaan tertekan tatkala tidur malam tidak pernah nyenyak sejak kelahiran.. malah diri sendiri bukan lagi menjadi kepentingan utama ketika setiap khasiat dan kesan ubatan dan makanan harus di timbang baik dan buruknya sebelum ia menjadi darah daging sendiri. 

Perasaan hampir putus asa tatkala puting terluka akibat teknik yang tidak betul dan buah dada yang bengkak di awal kelahiran. Perasaan yang penat kerana tidak mampu untuk bergerak tatkala si kecil meyusu berjam-jam lamanya.

Perasaan gabra dan kelam kabut mencari privasi tatkala anak menjerit kelaparan minta disusukan di tengah-tengah keramaian dan tempat awam.

Perasaan di hargai apabila si manja tidak mampu berpisah walaupun sesaat jika ibu berada bersama di rumah. Sanggup menunggu di depan tandas sehingga ibu selesai urusan. Sanggup menunggu di pinggir dapur sehingga ibu selesai memasak.

Dan yang paling tidak lupa..

Perasaan sayu yang seakan memalapkan sinar apabila terpaksa meninggalkannya di tangan orang lain di waktu hari pertama bekerja selepas habis cuti berpantang. Debar resah kami berdua seakan menjadi satu walau jarak kami tidak lagi dekat seperti sebelumnya. 

Namun ianya bukan alasan untuk berhenti malah menyuntik semangat agar diri sendiri harus kuat dan tidak berputus asa memerah susu sekurang-kurangnya 3 kali sehari agar memastikan bekalan untuk si manja sentiasa mencukupi. Walau sesibuk mana dengan dateline kerja hakiki atau mesyuarat di pejabat, ia seakan agenda wajib dilaksanakan dalam satu hari. Semuanya kerana azam untuk menyusukan bayi sendiri sekurang-kurangnya pada 6 bulan pertama kehidupan berharganya. Dan kerana azam yang kuat itulah ketiga-tiga mereka berjaya disusukan sepenuhnya dengan susu ibu selama 2 tahun.

Dalam erti kata lain, perasaan saya sebagai ibu yang berjuang menyusukan anak-anak sehingga 2 tahun dan pengalaman pahit manis breasfeeding ini, ianya adalah satu perasaan dan pengalaman yang tidak mampu dibandingkan dan di tukarkan dengan wang ringgit yang banyak sekalipun. 

Dan seperti mana sakit melahirkan yang serta merta dilupakan apabila bayi berada di dalam dakapan, begitu juga dengan pengalaman penyusuan. Betapa hebatnya perasaan-perasaan di atas, ianya tidak dapat di samakan dengan perasaan yang cukup bersyukur, puas hati dan bahagia apabila amat jelas terbukti bahawa mereka dan saya, kami sama-sama mendapat faedah yang banyak daripada proses penyusuan dan breastfeeding:

1) Mereka membesar dengan sihat. Mereka TIDAK PERNAH MENGIDAP PENYAKIT akibat jangkitan kuman dan alahan seperti cirit-birit, bronckitis dan radang paru-paru. Mereka juga tidak pernah mengalami sakit perut dan lelah, apatah lagi batuk, selsema atau demam yang terlalu teruk.




2) Mereka TIDAK PERNAH DIBERI ANTIBIOTIK walau sekalipun, dan setiap cara dan petua tradisional akan saya cuba ke atas mereka kecuali jika suhu demam mereka agak tinggi dan membimbangkan, itupun saya hanya beri mereka panadol kanak-kanak yang didapati daripada doktor.

3) Badan mereka CERGAS, tumbesaran mereka adalah NORMAL dan otak mereka CERDAS kerana susu ibu mengandungi zat yang mencukupi untuk perkembangan otak dan badan mereka. Saya tidak mengharapkan mereka menjadi genius, namun cukup sekadar perkembangan mereka sejajar dengan usia. Perkembangan yang pesat, ianya merupakan satu bonus.





4) Ketika mereka bayi, saya tidak perlu risau akan pencemaran, kerana susu ibu akan terus mengalir ke dalam perut mereka. Ia tidak perlu di panaskan dan akan sentiasa berada di dalam suhu yang sesuai.

5) Hubungan istimewa antara saya dan si manja, kerana bagi mereka saya adalah segala-galanya. Saya adalah SUMBER MAKANAN dan MINUMAN mereka.




6) Emosi mereka sentiasa lebih tenang apabila mereka menyusu.

7) Paling mudah, saya tidak perlu mencari tempat khas dan air bersih untuk membancuh susu kerana susu saya boleh diberikan pada BILA-BILA MASA sahaja. 

8) Penyusuan adalah cara semulajadi untuk mengelakkan mengandung terlalu awal selepas baru melahirkan. 

9) Penyusuan membuatkan saya lebih SIHAT kerana penyusuan boleh mengurangkan risiko barah buah dada & ovari, penyakit diabetik dan juga mengurangkan kemurungan dan stress. 

10) Sepanjang tempoh penyusuan, selera saya sangat baik malah saya makan lebih banyak daripada biasa, tetapi bentuk badan saya lebih KURUS dan SLIM berbanding ketika saya tidak menyusukan. ( Ohh, sangat saya rindu akan saat-saat itu !!!)


Saya bersyukur mempunyai suami yang memahami dan sentiasa menyokong saya sepanjang proses penyusuan untuk ketiga-tiga anak kami. 


Dia turut sama belajar teknik-teknik penyusuan semasa di hospital ketika saya belum sembuh sepenuhnya untuk 100% faham apa yang di pelajari. 

Dia yang tolong berjaga malam menukar lampin bayi kerana dia tahu tidur saya memang tidak pernah nyenyak dengan adanya bayi yang berjaga malam beberapa jam sekali untuk menyusu.

Dia membeli susu dewasa yang mahal untuk saya sebagai ganti tidak perlu membeli susu formula untuk anak kami. 

Dia memahami sekiranya saya terpaksa berhenti dari sedang berbuat sesuatu untuknya kerana terpaksa mendahulukan menyusukan bayi kami. 

Suami-suami di luar sana, sokonglah isteri kamu sepenuhnya kerana kamu adalah tulang belakang isteri kamu dalam proses penyusuan sepertimana isteri kamu adalah tulang belakang kamu dalam membina keluarga.

Isteri kamu pasti akan kuat dalam melaksanakan keazamannya untuk memberi yang terbaik untuk anak kamu sekiranya kamu sentiasa berada di sisinya ketika dia memerlukan. Isteri kamu pasti berjaya menghadapi segala rintangan dan menepis sebarang godaan dan kata-kata negatif orang sekiranya dia sentiasa kenyang dengan kata-kata positif semangat dari kamu.

Dan untuk ibu-ibu yang baru mengandungkan anak pertama, tanamkan dalam diri dan berazam bahawa kamu mahu menyusukan anakmu dengan susu sendiri. Sentiasa berdoa, berzikir dan berselawat serta sentiasa berkata-kata dengan diri bahawa aku pasti berjaya menyusukan anakku sengan susu sendiri, kerana inilah yang saya sentiasa lakukan sepanjang setiap siri kehamilan. Makanlah makanan yang seimbang sejak dari awal kehamilan lagi kerana ianya akan menyumbang kepada zat yang membentuk susu. 

Apa yang penting, sentiasa dapatkan ilmu penyusuan sejak dari awal lagi agar diri sendiri dapat menjangka apa yang akan di hadapi semasa proses penyusuan. Kini, maklumat penyusuan hanya di hujung jari kerana banyak maklumat penyusuan boleh di dapati daripada internet, antaranya ialah melalui web yang di sediakan oleh Ministry of Health Malaysia (MOH), iaitu www.infosihat.gov.my.

Akhirnya, setelah anda bersedia dengan segalanya, berfikirlah secara positif dan bertawakallah kepada tuhan. InsyaAllah apa sahaja yang anda usahakan, Tuhan akan beri yang terbaik buat anda.


Wednesday, November 25, 2015

Pengalaman manis di Uludag, Bursa


Pagi-pagi lagi kami sudah terpacak dan menjadi perasmi kafeteria Hotel Efehan lalu menikmati sarapan pada pukul 7.30 pagi. Target pada hari tersebut ialah mahu ke Uludag seawal yang mungkin.

Sejurus selesai sarapan kami segera keluar menempuh awal pagi yang dingin amat dan berjalan sedikit ke jalan raya melalui lorong di hadapan hotel. Dari situ kami mendapatkan teksi untuk menuju ke Teleferik (kereta kabel) dengan harga 10 TR. Jangkamasa dari Ulu Camii ke Teleferik Uludag hanya memakan masa 15 minit dengan menaiki kenderaan beroda. Sebenarnya boleh sahaja jimat wang dengan berjalan kaki, tetapi kami memilih untuk menaiki teksi demi mengejar cable car yang terawal ke Uludag. Tambahan pula, jalan menuju ke Teleferik dari Ulu Camii adalah menaiki bukit. 



Sangat bernasib baik kerana semasa tiba di Teleferik pada lebih kurang pukul 8.30 pagi, tiada langsung pelawat dan kami berjaya menaiki satu cable car berdua sahaja. Ehem ehem bila dah dapat berdua ‘conquer’ satu cable car begitu, apa lagi, pusing sana pusing sini, ambik gambar sana, ambik gambar sini, selfie sana dan selfie sini tanpa segan silu and dapat juga menikmati pemandangan dari dalam cable car 360’. Happy boleh tangkap gambar sesuka hati.



Menaiki kable car ke Uludag merupakan antara detik yang paling awesome di Turki, di semarakkan dengan pemandangan seluruh Bursa yang mempesonakan hatta siapa pun jua. 






Tengah-tengah jalan apabila semakin tinggi dalam cable car tu terasa-rasa macam nampak ada salji kat bawah tu tapi rasa ragu-ragu sebab tak pernah nampak salji ‘real’ di hadapan mata. 



Cable car berhenti di pertengahan Uludag. Jika mahu pergi ke top of Uludag untuk bermain ski, kena sambung naik dolmus or teksi. Masa kami sampai dolmus belum mula bekerja lagi, while kalau nak ambil teksi kena tambah lagi 10 TL. Disebabkan takde rasa nak main ski dan mengenangkan kekangan masa, maka kami pun mengambil keputusan berhenti di sini dan cukup sekadar bersiar-siar di sini sahaja.

Sungguh.. kami merupakan pelawat yang pertama sekali menjejakkan kaki di Uludag pada hari tersebut. Yang lain-lain hanyalah perkerja-pekerja di Uludag. 

Terlihat beberapa orang pekerja yang sedang menyapu benda bewarna putih di atas tanah. Feeling-felling confius saya pun bertanya, ‘What is this, is this snow?” Salah seorang pekerja itu mengiakan kata-kata saya. Saya tersangat excited tanpa peduli pekerja-pekerja yang sedang tersengih-sengih kambing melihat keterujaan saya. 


Kami berjalan lagi agak ke dalam, dan bila dah sampai jauh ke dalam barulah terserlah kawasan yang bersalji. Pemandangan hebat berserta udara segar dan nyaman. Sangat-sangat teruja sebab masa kami tiba memang tiada orang lain lansung. Seakan salji dan dunia ini hanya daku yang punya. 



Dalam pukul 10.30 pagi setelah puas ronda-ronda feeling-feeling main salji winter sonata di Bursa Turki, kami turun ke bawah dengan menaiki kable car lagi sekali. Pada waktu itu pelawat mulai ramai yang naik. 

Kami berjalan kaki pulang ke hotel. Perjalanan menuruni bukit begitu santai menyelusuri kawasan perumahan dan kedai-kedai. 

Kami singgah dahulu melawat Emir Sultan Cami, masjid yang telah di bina pada abad ke 14 sebelum pulang ke hotel dan berkemas-kemas untuk check out. Kami tumpang bagasi di lobi hotel sebelum besiar-siar di sekitar Bursa.

Thursday, November 19, 2015

Cara-cara, Resepi dan Tips membuat HOMEMADE PLAYDOUGH

Tergendala sebentar siaran mengenai Turki. 

Sudah lama daku peram cerita mengenai aktiviti  yang telah di lakukan beberapa minggu lepas bersama dengan my Chewing Gum dua orang ini.

Telah agak lama terasa-rasa nak buat homemade playdough untuk kanak-kanak riang ini di sebabkan mereka memang suka sangat-sangat main playdough, plastesin dan segala yang sewaktu dengannya. Cita-cita dan keinginan mahu menghasilkan playdough buatan sendiri terhasil setelah saya perasan setiap kali beli playdough, lama kelamaan ianya akan mengeras dan lama-lama akan jadi kecik. Yang lain entah ke mana. Tak kira harga playdough tersebut mahal atau murah.

Boleh bankrap kann mak bapak kan kalau tetiap minggu nak beli playdough...

Kalau duit tu beli pizza buat makan-makan entah dah tambah lemak beberapa kilogramkann..

Ataupun kalau kumpul-kumpul entah-entah duit tu boleh buat melancong ke tempat lain pulakkan hik hik.

Baiklah, berbalik pada cerita aktiviti membuat Homemade Playdough pada hari tersebut.

Start uli-uli tepung nak buat playdough, saja tunjuk kat Rania.

Niat di hati nak bagi dia rasa sikit-sikit tekstur tepung yang sedang di uli sebab setiap kali saya tengah buat cucur atau lempeng, dia pasti nak try buat sama. Jarang saya layankan sebelum ini. Saya hanya bagi sentuh dengan jari gitu-gitu je.

Matanya membulat bersinar-sinar bagaikan rembulan sebaik jari jemari kecilnya menyentuh tepung yang sedang di uli.

Kununnya nak bagi dia try sikit je…lastly dia take over terus. Siap ajak geng lagi sorang join dengan gembiranya.

Terpaksalah ibu sendiri di singkirkan. Hanya mampu bagi instruction daripada jauh sambil berdoa janganlah tepungku di apa-apa kan.

Jari-jari budak kecil

Memang puas hati dengan hasilnya, sebab tekturnya lebih lembut daripada playdough biasa. Baunya harum mewangi sebab saya letak baby oil. (Petang tu Irfan ke sekolah, semua orang tegur kenapa bau wangi ha ha ha).


Mereka pun memang happy sangat-sangat dengan playdough baru ni. Sebab hasilnya dapat banyak dengan pelbagai warna yang mereka mahu.



Baiklah, bagi yang berminat nak buat homemade playdough di rumah, bagi saya inilah resepi terbaik untuk menghasilkan playdough yang terbaik :

Bahan-bahan:

2 cawan Tepung
1/2 cawan Garam (blend halus)
2 sudu kecil Cream of Tartar
2 sudu besar Minyak Masak atau Baby Oil
Perasa vanila/pandan/ros etc
1 cawan Air mendidih
Pewarna 

Cara-caranya:

1) Campurkan kesemuanya sekali ke dalam mangkuk kecuali air dan pewarna.
2) Gaul dengan tangan dan pastikan sebati.
3) Masukkan air mendidih dan kacau dengan sudu.
4) Bila dah suam sedikit, uli dengan tangan
5) Bahagikan dough kepada beberapa bahagian
6) Campurkan dengan pewarna-pewarna berlainan. Uli sekali lagi setiap bahagian.
7) Simpan di dalam bekas tertutup. Tahan berbulan-bulan. Nak tahan lebih lama, boleh simpan di dalam peti ais.




Paling penting, anak-anak happy dan dapat rasai serta berkreativiti dan berimaginasi dengan cara dan hasil tangan mereka sendiri.



Thursday, November 12, 2015

Tarian Sufi PERCUMA

Terpesona hampir tidak bergerak apabila menyaksikan budak kecil berumur 7 tahun itu berpusing-pusing tanpa henti mengkut rentak irama sufi yang sedang di mainkan oleh pemain-pemain muzik sufi. Diri ini hampir tidak mendengar nafas sendiri. Kadang-kadang rasa bimbang menjengah, takut-takut budak yang tidak berhenti berpusing itu jatuh tumbang akibat pening lalat. 

Namun tiada apa yang terjadi. 

Dengan jayanya bukan sahaja budak tersebut sebagai anggota tari yang paling kecil, malah penari-penari tarian sufi yag lain sebanyak 8 orang semuanya yang terdiri daripada remaja-remaja dan barangkali yang paling dewasa lebih kurang 20-an umurnya, berpusing bergerak tanpa henti hampir setengah jam lamanya. 

Ia bukannya pusingan yang saja-saja sepertimana kita sengaja berpusing tanpa henti semasa bermain kecik-kecik dahulu. Ia adalah pusingan yang penuh seni,di gayakan mengikut alunan rentak muzik yang tertarik rasa hati apabila mendengarnya.


Sesungguhnya saya rasa, tarian sufi adalah antara budaya turki yang sangat-sangat mengagumkan. Sebelum ini tarian sufi tidaklah termasuk dalam list wajib lihat yang saya aim semasa di Turki. Maksudnya kalau ada rezeki, adalah tapi kalau tiada takdelah saya nak menangis menyesal. Tapi setelah lihat tarian ini di depan mata sendiri, saya ingin katakan….semua yang melancong ke Turki WAJIB datang tengok persembahan tarian sufi ini. Ia adalah antara benda yang paling UNIK di Turki. Sesungguhnya bukan sahaja terpesona, malah saya sangat terhibur dengan persembahan ini walaupun setengah jam cuma (setengah jam adalah masa yang cukup lama untuk berpusing-pusing begitu tanpa henti sebenarnya!)

Penonton. 90% adalah  penduduk tempatan. Di asingkan lelaki dan perempuan. Perlu berpakaian sopan.

Apa yang menarik, persembahan tarian sufi di Kabatas I Veli, Bursa ini adalah PERCUMA. Ianya bermula pada pukul 9.15 malam setiap hari. HARUS datang AWAL kerana ada shay (teh) panas-panas PERCUMA di hidangkan setiap hari sebelum persembahan.

Di perkarangan Kabatas I Veli. Boleh lepak-lepak minum shay PERCUMA panas-panas.

Segala kesulitan mencari Kabatas I Veli sebentar tadi sangat berbaloi-baloi. Agak sukar ingin mencari tempat ini kerana ianya agak tersorok daripada jalan utama dan berada di kawasan perumahan penduduk tempatan serta diluar kawasan pelancongan di Bursa. Tips cari tempat ini? Kita kena check google maps dan tanya ramai orang. Ianya tidak terlalu jauh daripada Koza Han walaupun ia tersorok. Jarak daripada Koza Han ialah lebih kurang 20 minit berjalan kaki (mendaki bukit!!!).

Pintu masuk Kabatas I Veli di jaga rapi oleh pemuda tegap Turki.

Sangat tertarik pada tarian sufi sehinggakan di Istanbul pun saya rasa teringin menonton tarian sufi sekali lagi.


Wednesday, November 11, 2015

Bursa (kawasan Yesil)

Sempat berehat seketika di katil yang cukup empuk, dalam pukul 3.30 petang kami teruskan berjalan-jalan di sekitar Bursa. Sesungguhnya, Bursa adalah sebuah bandar yang besar, sibuk dan happening.  Mana tidaknya, ianya adalah bandar ke 4 paling padat di Turki.

Bursa juga pernah seketika menjadi ibu kota (1335 – 1363), semasa awal-awal kerajaan Uthmaniyah menjajah sebahagian Turki daripada Byzantine sebelum pusat pemerintahan di pindahkan ke tempat lain. Oleh sebab itulah kesan-kesan awal kerajaan Uthmaniyah banyak terdapat di sini.


Kami ke kawasan Yesil dan lokasi pertama ialah Yesil Camii (Green Mosque)Tidak jauh daripada hotel kami menginap sekitar hanya 10 minit berjalan kaki berpandukan Google Maps dan bertanya orang ramai. Agak kurang signboard untuk menunjukkan perjalanan ke sini.

Juga di kenali sebagai Mosque of Mehmed 1, ianya adalah sebuah masjid yang besar terdiri daripada kawasan solat, madrasah, dapur dan tandas.

Masjidnya mempamerkan senibina yang mengkagumkan. Tak berkelip mata memandang sekiranya mengamati satu-persatu hasil kerja tangan yang halus dan teliti.








Berdekatan dengan Yesil Camii, kami ke Yesil Turbe (Green Tomb) pula.

Seriously, tidak pernah lihat maqam dan kawasan maqam yang secantik ini (!!!).  Kalau nak cerita lebih-lebih mengenai senibinanya yang unik, saya bukanlah pakarnya. Namun manusia biasa-biasa yang tidak pakar seperti saya ini pun rasa maqam Sultan Mehmed 1 dan ahli keluarganya ini sangat-sangat cantik!




Masih lagi di kawasan Yesil, kami berjalan terus menuju ke Yesil Imareti Asevi. Tempat ini adalah kawasan kerajaan bagi makanan percuma kepada orang-orang miskin. Ianya telah wujud sejak zaman kerajaan Uthmaniyah.


Selepas itu kami ke Turkish Islamic Art Museum, tapi sebab dah lewat and dah nak tutup kami just singgah and melawat kawasan dari luar sahaja.