Lenguh kaki berjalan naik bukit turun bukit. Tangan agak kebas-kebas menarik bagasi mengikut rentak kaki yang tidak pasti. Malam yang sejuk tidak terasa dinginnya kerana hati agak panas memikirkan hotel yang tidak di jumpai. Kadang-kadang terasa agak kecut perut apabila anjing-anjing yang bebas berkeliaran selamba bermain dan mengonggong sesame sendiri di satu lorong. Untunglah anjing di Turki tidak sama dengan anjing di Malaysia. Jika anjing di Malaysia pasti diriku sudah bekejar-kejaran dengan sang anjing.
Entri ini bukan mengenai anjing tetapi ianya sebagai klu akan senario yang mungkin bakal di hadapi sekiranya anda tersilap memilih hotel untuk menginap hatta ke mana-mana jua anda pergi. Ia juga boleh di katakan merangkap review mengenai Family Istanbul Hotel, hotel yang kami tempah melalui Agoda sebagai tempat tinggal selama di Istanbul.
Walaupun ownernya peramah dan pekerja-pekerja hotel adalah bagus, namun saya tidak akan rekemen hotel ini kepada yang mahu melancong ke Istanbul kerana walaupun ianya terletak di kawasan Sultanahmet, ianya agak jauh berjalan kaki dari stesen Metro terdekat, sukar untuk di cari dan agak jauh ke dalam.
Biliknya sangat kecil dan perabotnya agak lama. Lantai yang di pijak ada mengeluarkan bunyi kriuk kriuk menandakan umurnya yang ratusan tahun. Sarapan tidak banyak pilihan. Bilik yang berhadapan dengan restoran adalah bising hingga jauh malam. Bagaimanapun, kami tidak terlalu kecewa kerana memang niat untuk menjadikan bilik hotel sebagai tempat menyimpan barang dan tidur sahaja sebab memang kami akan berada diluar sepanjang masa.
Menurut pengalaman saya sepanjang berada di Istanbul, ini tips penting memilih hotel untuk menginap di Istanbul:
1)Pilih hotel berdekatan dengan train station untuk memudahkan pergerakan daripada satu tempat ke tempat yang lain. Biar jauh sedikit daripada kawasan tumpuan pelancongan pun tidak mengapa asalkan dekat dengan train station.
2)Untuk yang suka bershopping, pilih area Taksim. Taksim juga ‘happening’ terutamanya di waktu malam. Ia tidak pernah sunyi. Harga hotel di sini kebiasaannya agak mahal.
3)Pilih Sultanahmet untuk yang mahu tinggal berdekatan tempat-tempat pelancongan sepeti Masjid Biru, Hagia Sophia, dan lain-lain. Sama seperti Taksim, harganya juga agak mahal.
4)Namun, jika anda tidak kisah, anda tidak semestinya perlu pilih hotel di kawasan pelancongan / kawasan yang happening. Anda boleh juga pilih untuk menginap di kawasan yang kurang terkenal tetapi apa yang penting ianya berdekatan dengan train station. Kebiasaannya hotel di sini lebih selesa dengan harga yang berbaloi. Harga makanan yang di jual di sekitar juga lebih murah. Yang paling syok, anda akan rasa lebih dekat dengan warga tempatan.
5) Sekiranya anda sudah menempah tempat penginapan yang agak jauh dari train, cuba kenalpasti adakah bas/minibus/minivan di sediakan sebagai pengangkutan awam untuk memudahkan pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain.
6) Study dan baca betul-betul review dari banyak sumber seperti di Agoda, TripAdvisor, Bookings.com etc.
6) Study dan baca betul-betul review dari banyak sumber seperti di Agoda, TripAdvisor, Bookings.com etc.
7)Kebanyakan bilik di Instabul keluasannya adalah kecil sahaja, jadi keluasan bilik tidak patut menjadi faktor utama untuk pilih hotel di sini.
8)Jika anda pentingkan kemudahan yang di sediakan contohnya seperti kettle dan seterika anda perlu rujuk kemudahan yang di sediakan kerana hotel-hotel di Istanbul kebanyakannya tidak menyediakan kemudahan seperti kettle, etc.
Anda pernah melancong ke Istanbul dan ada pendapat mengenai pilihan tempat menginap di Istanbul? Sila komen di bawah entri ini.
Harapnya entri ini dapat membantu mereka yang bercadang mahu melancong ke Istanbul.
Hotel di Istanbul di bahagian Fatih, Sultanahmet memang lantainya berbunyi sebab kebanyakan bangunan di situ dah usianya lama malah ada yg ratusan tahun. Lantai kayu. Biasalah, old town.
ReplyDeleteSelalunya kawasan yg jauh dr tram akan ada bas/minibus/minivan sbg pengangkutan awam.
Semoga perjalanan cik puan lepas ni dipermudahkan Allah
Terima kasih Puan Siti, feedback puan amat di hargai :-)
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteBoleh tak kalau akak share itinerary untuk trip akak ni :)
ni email saya, eppapupu@gmail.com
Terima kasih.
Wsalam dik...ada di entry last turki, cer tengok :-) tq!
DeleteKalau solo travel tak kisah kut untuk tidur kat hotel yg akak tidur tu. sy pun pernah stay kat area sultan ahmet, dia bagi bilik bawah tanah. tapi ok je sbb masa tu solo travel n mmg nk jimat.
ReplyDeleteTapi kalau dengan mak ayah, lebih baik cari yang selesa, betul point akak tu. tak kisah kat mana2 asalkan dengan tren, lebih tepat lagi tram. hehe. terjumpa blog akk ni. anyway jemput singgah blog sy. sy ada banyak kongsi mengenai turki juga. hehe. masih dalam proses menulis. https://www.mierayusof.com/
Thank you for your point dear :-)
DeleteAnyway rindu nak travel lagi..sigh