Commercial Break

Friday, April 25, 2014

Signal Hill dan Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah

Tidak dapat di nafikan, Negeri di Bawah Bayu ini banyak keistimewaannya. Keindahan panaromanya sangat mengasyikkan.

Bagi anda yang mahu menikmati keindahan matahari terbenam, ada dua tempat di Kota Kinabalu yang mesti anda lawati.

Pertamanya ialah Signal Hill Observatory Platform, yang merupakan antara lokasi yang teringgi dan strategik untuk menyaksikan keindahan Kota Kinabalu. Ia terletak berdekatan Padang Merdeka, hanya beberapa minit sahaja jaraknya jika anda menaiki kenderaan untuk kesini.

Kami sampai di sini ketika senja hampir melabuhkan tirainya. Subhanallah, indahnya ciptaan Allah tiada siapa yang mampu menolaknya.


Pemandangan awal daripada Signal Hill Observatory Platform.

Rania juga pasti kagum, barangkali.

Dan hari semakin menjelang malam

Dan akhirnya ini, MasyaAllah..


Signal Hill di buka daripada pukul 8 pagi sehingga 12 malam. Masuk adalah percuma.


Tempat kedua yang anda harus kunjungi jika mahu menikmati matahari terbenam ialah di sini, Pantai Tanjung Aru.

Pantai Tanjung Aru terletak kira-kira hanya setengah kilometer dari Terminal 2, Air Asia.



Kawasan pantai yang bersih, indah dan romantis dengan melihat matahari terbenam. Kemudahan awam seperti tandas awam juga disediakan untuk persalinan


Selain itu, kawasan ini sesuai kepada pemancing-pemancing kerana pantainya yang agak dalam dan bergelora.

Setelah sampai di sini, mata seakan terpukau, hati jadi bergelora akan cinta dan terpesona dengan kekuasaan Maha Pencipta.

No comments:

Post a Comment