Commercial Break

Wednesday, April 23, 2014

Kota Kinabalu : Pasar Filipina

Tak sah rasanya kalau ke Kota Kinabalu tanpa menjejakkan kaki di Pasar Filipina.

Pasar Filipina  ini terletak di Bandar KK, betu-betul di tepi laut. Ia di  kira sebahagian dari KK Waterfront kerana terletak sepanjang jalan menuju ke Jeti Jesselton, Kota Kinabalu.

Senang je nak cari Pasar Filipina ni sebab ianya berhadapan betul-betul dengan hotel Le Meridien dan berdekatan dengan Hotel Promenade KK. Di sebelah Pasar Filipina ini adalah Pasar Ikan Masin, Pasar Kraftangan dan juga Pasar Besar KK.


Kalau nak tengok orang Filipina, boleh datang ke Pasar FIlipina ni kerana semua peniaga atau kebanyakkan peniaga mereka adalah orang Filipina. Kebanyakan mereka ni kecil-kecil, comel-comel dan mempunyai kulit yang putih kuning.



Antara yang sangat terkenal di Pasar Filipina ini ialah Mutiara. Siapa yang dah sampai mahu tak mahu pasti akan beli mutiara di sini. Mutiara di sini terdapat dalam pebagai harga daripada yang murah sehinggalah yang mencecah ke beribu ringgit. Di pasaran terdapat banyak mutiara yang palsu sebenarnya, jadi di sini saya berkogsi sedikit info dan tips bagaimana mahu membezakan mutiara tulen dan palsu, serta panduan dan tips membeli mutiara.

Antara tips untuk membeli mutiara:


1) Mutiara boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu mutiara air masin (laut dalam) dan mutiara air tawar. Mutiara air masin selalunya harga dia sangat mahal dan boleh mencecah sehingga ke RM90 lebih sebiji. Kebanyakan bentuk mutiara jenis ini adalah bulat. Manakala bagi mutiara air tawar  pula ada macam macam bentuk (bulat atau lonjung sedikit). Harganya tak semahal mutiara air masin.



2) Mutiara original tidak mempunyai rupa bentuk yang sempurna. Di permukaannya biasanya terdapat kedut, atau sedikit kecacatan dan bentuk tidak bulat. Ini terjadi kerana mutiara tersebut terbentuk melalui proses semulajadi pada cengkerang ti))(ram/ hidupan air. Mankala mutiara palsu pula mempunyai rupa bentuk dan permukaan yang hampir sangat sempurna kerana ia diperbuat daripada mesin/ ciptaan manusia sendiri.



3) Jika dibakar menggunakan lighter mutiara tulin tidak akan melecet atau tidak ada kesan daripada pembakaran tersebut. manakala mutiara palsu akan melecet apabila dibakar.

4). Apabila mutiara tulin digeselkan dengan gigi, gigi akan terasa seperti berpasir dan ngilu.. tetapi mutiara palsu pula adalah sebaliknya..

5) Mutiara tulin adalah lebih berat berbanding dengan mutiara palsu yang sama saiz.







Yang pastinya, Pasar Filipina ini adalah tempat yang paling sesuai untuk di kunjungi sekiranya anda ingin membeli cenderahati untuk di bawa pulang kerana selain mutiara, ada pebagai barangan cenderahati seperti keychain, fridge magnet. gelang dan pelbagai barangan lagi dengan harga yang berpatutan.




Dah penat membeli belah, mungkin anda boleh cuba minum air kelapa di sini pula. Kami hanya minum sahaja, tak berapa berkenan nak makan di sini kerana lihat makanannya kebanyakannya terdedah. Anyway kat sini memang banyak jual makanan laut.



Tip yang paling penting apabila berkunjung ke semua pasar ini, jangan lupa untuk tawar dan tawar dan tawar dan menawar semasa membeli. Pastikan anda membuat bandingan harga dari gerai ke gerai untuk mengelakkan dari ditipu.

Untuk maklumat, Pasar Kraftangan Filipana dibuka setiap hari dari jam 7.30 am hingga 7.30 pm.

No comments:

Post a Comment