Travelog Kota Kinabalu di teruskan lagi hari ini. Harapnya pembaca tak bosan dalam melayari kisah perjalanan di Kota Kinabalu ini :-)
Tak sah rasanya kalau ke Kota Kinabalu tanpa menjejakkan kaki di gunung Kinabalu ini walaupun hatta berdiri di kakinya sahaja.
Gunung ini dikatakan antara gunung yang tertinggi terdapat di Malaysia ( 4,095 meter / 13,455 kaki ) . Ia terletak di Kinabalu National Park lebih kurang 2-3 jam perjalanan dari Kota Kinabalu, Sabah. Di sini terdapat pelbagai spesies tumbuhan, rama-rama, burung dan sebagainya sehingga diberi status sebagai salah satu warisan dunia oleh UNESCO.
Pagi itu kami bertolak ke kaki Gunung Kinabalu ini, tanpa secalit bosan pun dalam perjalanan kerana melalui kawasan indah panoramanya.
Walaupun pagi itu Gunung Kinabalu tidak jelas kelihatan kerana cuaca yang agak mendung dan awan berkabus, tapi keindahan sekitarnya cukup mengasyikkan.
Sape boleh lawan catatan masa ini? |
Ini check point pertama bagi mereka yang mahu mendaki gunung ini. Kalau yang tak mendaki, boleh melepasi satu check point ini sahaja, untuk melihat panorama kaki gunung dengan lebih dekat lagi. |
Bagi yang berminat untuk mendaki dan mencuba mendaki Gunung Kinabalu , nie adalah peta atau track untuk anda ikuti |
Di sini boleh nikmati kawasan sekitar.. |
Kalau yang nak daki gunung, ini laluan pertama yang anda akan lalui. |
Jadi, setakat ini entri mengenai Kota Kinabalu pada hari ini...jangan jemu nantikan apa lagi yang menarik di Kota Kinabalu di enri yang akan datang...
Untuk anda yang mahu membaca travelog lawatan ke Kota Kinabalu, sila klik disini.
nak Tanya kalau g kundasang family naik alza ok ke
ReplyDeleteOk...boleh tapi jangan lebih 5 orang kalau nak lebih selesa..
Delete