Commercial Break

Friday, March 15, 2013

Petua dan tips mengubati anak demam

My little cutie demam.

Jadi, biasanya kalau anak anda yang berumur 2 tahun demam..apa yang akan anda lakukan? 

Pergi klinik, bawa your little one pergi jumpa doktor, doktor check lepas tu bagi ubat demam, selsema dan batuk (kalau ada batuk dan selsema). Dan kadang-kadang ada juga tambahan, antibiotik.

Oleh kerana saya dan suami mempunyai serba sedikit knowledge dan kesedaran mengenai antibiotik, Alhamdulillah maka kesemua anak kami tidak pernah walau sesekali diberi antibiotik. Saya akan cuba segala petua orang dulu-dulu ke atas anak, dan kalau demam tak kebah, jalan terakhir barulah ubat demam akan di beri terutamanya sekiranya demam si kecik terlalu panas. Tetapi sebelum memberinya ubat doktor, saya akan cuba mengubatinya cara orang dulu-dulu.

Apa antara cara yang perlu di lakukan?

Pertama sekali tuam badan anak dengan tuala basah, seluruh badan. Dekat bahagian kepala tu lama sikit. 



Dan kemudian boleh juga di cuba cara lain. 

Caranya, ambil sedikit asam jawa, campur dengan air suam agak-agak seperti di gambar di bawah.




Tepek air asam jawa tadi di seluruh badan anak, terutamanya di bahagian kepala. Baca Bismillah. Baca selawat banyak-banyak. Biarkan kering.


Akhir sekali, rebus bali dengan sedikit air. Boleh di campur gula sedikit. Bagi anak kita minum air bali ni..


Alhamdulillah, berkat petua-petua di atas, the boy and girls in the house jarang-jarang sekali makan ubat doktor. Dan never antibiotik.

Dan juga...inilah hasilnya budak kecik yang dah sihat..

Tara!!


Thursday, March 14, 2013

Aduan Perumahan

Baru sahaja masuk rumah baru? Macam-macam masalah yang timbul? Itu rosak, dan ini rosak. Tidak tahu ke mana mahu salurkan aduan kerana keluhan tidak dipedulikan oleh pemaju?
Sebagai pengguna, kita berhak bersuara dan melakukan sesuatu agar hak kita di tegakkan.
Kalau anda pernah dengar mengenai Jabatan Perumahan Negara (JPN), jabatan ini bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118] dan Peraturan-Peraturan berkaitan bagi memastikan pemajuan perumahan dilaksanakan seperti yang dirancang dan menepati tempoh yang ditetapkan. Aduan perumahan merupakan aduan yang berkaitan dengan salah laku pemaju serta ketidakpatuhan terhadap Akta serta Peraturan-peraturan tersebut. 
Setiap pembeli rumah boleh membuat aduan kepada Bahagian Penguatkuasaan, JPN melalui:

1. Portal e-Home (Perkhidmatan - Aduan & Pertanyaan), 
2. Kaunter aduan (Tel: 03-20924488), faks (03-20925409), 
3. Surat ataupun e-mail (enforcement@kpkt.gov.my). 

Jenis-jenis aduan yang boleh dikemukakan kepada JPN adalah seperti berikut:

1. Kecacatan Mutu Kerja
2. Bayaran perkhidmatan
3. Gantirugi – Tuntutan Pampasan
4. Masalah Sijil Layak Menduduki
5. Kelewatan Penyerahan Rumah
6. Faedah Bayaran Lewat
7. Penyelenggaraaan Bangunan
8. Cagaran / hakmilik
9. Masalah Infrastruktur
10. Melanggar Akta / Peraturan
Mari semua, mari kita tegakkan hak kita sebagai pengguna.

Sila rujuk Portal e-home untuk maklumat lanjut. ehome.kpkt.gov.my

Wednesday, March 13, 2013

Petua masuk rumah baru

Ada sesiapa nak masuk rumah baru?

Teruja, seronok, dan tak sabar. Mungkin itu antara perasaan yang di alami oleh mereka yang mahu mendiami rumah baru.

Dalam keterujaan, jangan lupa bersyukur kepada Allah atas rezekiNya dan jangan sesekali lupa untuk melakukan perkara-perkara berikut:


1) Azan - Laungkan azan sebaik sahaja melangkahkan kaki ke rumah baru. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda bahawa sekiranya sesebuah bangunan itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus yang suka tinggal di rumah atau bangunan yang tidak berpenghuni.



2) Baca Surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

3) Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (Hadis riwayat Al-Baihaqi)

4) Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas Nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi 1 kali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

InsyaAllah, kita akan rasa lebih aman, gembira dan bahagia di rumah baru :-)

Tuesday, March 12, 2013

Tips melancong ke Vietnam

Selain daripada gambaran dan tips-tips tentang lawatan ke Vietnam yang telah saya kongsikan sebelum ini, berikut ada beberapa lagi tips tambahan untuk panduan semasa lawatan ke Saigon/Ho Chi Minh.

1. Walaupun mereka di sini menerima Ringgit Malaysia, pastikan jua anda ada beberapa keping Dong dan USD. Teksi tak menerima duit selain Dong. Begitu juga kalau nak masuk muzium atau tempat-tempat bersejarah. Hanya Dong yang akan di gunakan.

2.Pilih hotel berhampiran Ben Thanh Market kerana ia kawasan tumpuan, di sini mudah kalau kita nak ke mana-mana dengan teksi. Selain dari itu, restoran makanan halal mudah di dapati disini.

3. Pakai kasut yang selesa ketika anda ke Mekong ataupun Chu Chi Tunnel. Say no to high heels!

4. Kepada penggemar kopi..kopi Vietnam adalah antara kopi yang wajib di cuba di dunia. Terbaik!!

5. Untuk ke tempat-tempat bersejarah, boleh dapatkan maklumat dari hotel kerana ada sesetengah hotel menyediakan pakej ke tempat-tempat ini mengikut harga-harga yang telah di tetapkan.

Ikuti Diari Hari Demi hari penulis semasa di Vietnam:-
http://ijaie.blogspot.com/2012/11/vietnam-kudatang.html


Monday, March 11, 2013

Makanan halal di Vietnam

Walaupun rata-rata penduduk di sini bukan Muslim, tetapi masih ada beberapa restoran Muslim yang boleh di dapati di sini. Sebagai persediaan di Malaysia sebelum ke sini, kami telah pun membawa bekalan seperti roti, maggi, sambal, sardin, tuna dan sebagainya. Walaupun begitu, kami tetap tak melepaskan kesempatan untuk merasai makanan halal di beberapa restoran yang dijumpai.


Restoran ni walaupun kecil sahaja tetapi memang menjadi tumpuan. Ia sederet dengan hotel kami.

Restoran ni pun sederet, tetapi harganya agak mahal dibandingkan dengan Restoran Basiroh

Set-up di dalam Restoran Kampung Melayu


Antara makanan-makanan yang kami rasai di Restoran Kampung Melayu ni, Alhamdulillah tidak mengecewakan.

 


Ni pak cik yang menjual air kelapa yang sedap berdekatan dengan Ben Thanh market. Apabila ada kelapangan dan melalui tempat ini kami pasti merasai air kelapanya.





Dan MasyaAllah, durian yang sangat sedap. Lemak manis merdu, semuanya dalam satu.



Sebenarnya, di Than Hai Long Hotel ada di sediakan free breakfast untuk kami, tapi kami tak sampai hati nak makan walaupun makanan halal ada khas di sediakan untuk pelanggan muslim, kerana membayangkan makanan yang di masak adalah menggunakan kuali yang sama, entah di samak atau tidak.


 Internet free kat hotel..betul-betul di dalam kafe Than Hai Long.


Kesimpulannya, walaupun Vietnam bukan negara Muslim tetapi masih terdapat beberapa kedai makanan halal yang dibuka oleh orang Muslim yang terdapat di Ho Chi Minh khususnya.

Friday, March 8, 2013

Chu Chi Tunnel ( Terowong Chu Chi)

Chu Chi Tunnel ( Terowong Chu Chi). Kawasan yang terletak lebih kurang 55km daripada bandaraya Saigon ini merupakan kawasan sejarah tinggalan komunis. Terowong ini dibina oleh komunis semasa perang Vietnam dan ia memang amat menabjubkan.

Apa pengalaman menarik yang boleh di dapati di sini?

Antaranya ialah pelancong dapat menyaksikan cara hidup orang Vietnam semasa berperang. Memang unik kerana penderitaan perang memaksa mereka menggali lubang sedalam 10m dan hidup didalamnya selama bertahun-tahun. Di dalam terowong ini jugalah mereka melakukan segala aktiviti seperti belajar, memasak, dan menyimpan alat-alat senjata.  Mungkin dengan segala aktiviti yang di lakukan di sini, sudah terbayang di mata yang belum pernah melihat, bahawa terowong ini sangat besar ala-ala terowong-terowong di Malaysia, tetapi tidak sama sekali! Terowong ini hanya boleh memuatkan saiz badan manusia, besar daripada itu pasti tidak boleh masuk. Ia kelihatan lebih kecil daripada atas tanah, seolah-olah lubang arnab. 

Selain daripada itu, pelancong juga dapat melihat bagaimana jerat-jerat yang dibuat oleh tentera Vietnam dalam menghadapi peperangan. Apa yang menariknya jerat-jerat yang di buat ialah dikitar semula daripada bahan-bahan terbuang termasuklah bekas peluru dan bom yang digugurkan oleh Amerika Syarikat.  Pelancong juga berpeluang untuk menembak di padang sasar dengan menggunakan senapang patah. Memang terasa seperti pengalaman berperang!

Video daripada youtube di bawah, ia menceritakan pengalaman lengkap Chu Chi Tunnel dan sejarahnya.


I  

Thursday, March 7, 2013

VINASUN TAXI

Ini teksi yang yang boleh di percayai di Ho Chi Minh. InsyaAllah harganya tidak menipu.









Tuesday, March 5, 2013

Ho Chi Minh : Pejabat Pos Saigon (Saigon Central Post Office) & Notre Dame Cathedral

Pejabat Pos Saigon (Saigon Central Post Office) dan Notre Dame Cathedral adalah dua buah senibina yang terdapat di pusat bandar Ho Chi Minh, terletak berhadapan di antara satu sama lain. 

Kedua-dua bangunan ini adalah tempat yang mesti di lawati kerana senibinanya yang sangat unik dan menarik dan menjadi tarikan utama pelancong. Ia adalah tinggalan semasa pemerintahan Perancis di Vietnam.

Saigon Central Post Office yang bercirikan senibina Gothic dibina apabila Vietnam menjadi sebahagian daripada Indochina Perancis pada awal abad ke-20. 

Saigon Central Post Office (Pejabat Pos Saigon)
Di dalam pejabat pos

Manakala Notre Dame Cathedral adalah salah satu gereja Katolik tertua dan terbesar di Vietnam, bangunan ini sangat tinggi dan uniknya ia dibina dari batu bata di import khas dari Perancis.


Notre Dame Cathedral

Di dalam gereja, pertama kali masuk gereja.

Selain gereja dan pejabat pos,ada beberapa lagi bangunan tinggalan perancis seperti bangunan City Hall,  dan Opera House. 

Kesemua bangunan ini sangat di jaga rapi dan mesti di lawati untuk lebih menghayati sejarah Vietnam.


Monday, March 4, 2013

War Remnants Museum ( Muzium Perang, Vietnam)

War Remnants Museum ataupun Muzium Perang Vietnam ini adalah antara tempat yang sangat menyentuh hati saya. 

Muzium yang dibuka pada 4 September 1975 ini sangat menarik kerana ia membuat penyelidikan, mengumpul, menyimpan dan mempamer segala-gala bukti dan tinggalan sejarah serta jenayah yang dilakukan semasa perang Vietnam dan kesan buruk akibat peperangan tersebut. Misi utamanya ialah katakan 'tidak' kepada peperangan. Jadikan dunia tempat yang aman untuk semua manusia sejagat.





Daripada luar, ia kelihatan seolah-olah sama dengan Muzium Tentera Darat di Port Dickson yang pernah saya kunjungi, kerana ia mempamerkan segala kenderaan dan peralatan perang. 







Tetapi apa yang terdapat di dalamnya sangat memberi kesan kepada hampir semua pengunjung, kerana bukti kekejaman perang amat jelas di pamerkan. Tidak hairanlah muzium ini menerima lebih kurang 500,000 kunjungan setahun daripada pelancong tidak kira luar negara atau dalam negara.

Ia sangat memberi kesan kerana setelah menghabiskan masa lebih kurang sejam lebih di dalam muzium yang lengkap ini, saya dan adik sudah tidak mampu tersenyum lagi melihat penderitaan perang yang di alami oleh mereka yang terbabit. Kami rasa longlai, dan tiba-tiba menjadi tidak bersemangat. Seakan-akan tubuh kami di penuhi dengan aura negatif pada masa itu. Oleh kerana itu, saya juga tidak sampai hati untuk mengambil gambar yang di pamerkan. Ngeri, sedih! Ia memang sangat dasyat. Kalau berani, cuba google War Remnants Museum images. Kat situ boleh di lihat pelbagai gambar yang terdapat di dalam Muzium. Dan juga lagi, kesan bahan racun perosak yang di gunakan oleh tentera US ke atas sesetengah tempat di Vietnam semasa perang Vietnam, ianya tidak terjangkau oleh fikiran kemanusiaan, di mana kesannya masih lagi dapat dilihat sehingga ke tiga generasi, kerana ianya mengubah DNA mereka yang terlibat. Sekali lagi, sila google Agent Orange Effect-Vietnam War-images untuk melihat gambar kesan tersebut.

Perang tak kira bangsa atau agama, ianya memusnahkan, menerbitkan simpati kepada yang menjadi mangsa.

Dan satu lagi menarik, bersebelahannya terdapat penjara kecil yang pernah menempatkan banduan semasa perang Vietnam, yang kini telah di buka untuk orang awam.






Suasana sebenar di dalam penjara yang gelap dan menyeramkan serta sempit, membuatkan bulu roma tegak berdiri!

Sesungguhnya, pengalaman luar biasa ini memberi keinsafan, bersyukur dan memohon agar Allah jauhkan kami dari segala bencana seperti ini.

Friday, March 1, 2013

Muzium Ho Chi Minh

Bandar Ho Chi Minh yang dikenali ramai sebenarnya adalah dinamakan sempena nama bekas perdana menteri Vietnam iaitu Ho Chi Minh. Beliau adalah pemimpin utama yang menggerakkan Vietnam ke arah kemerdekaan semasa perang. 

Jadi, Muzium Ho Chi Minh yang terletak di Ham Nghi Avenue berdekatan 'Saigon River' ini adalah tempat yang menarik sekiranya pengunjung ingin mengetahui tentang hal-hal berkaitan dengan Ho Chin Minh kerana di sini bukan sahaja terdapat segala koleksi peribadinya seperti sandal, radio, uniform dan sebagainya tetapi juga hal-hal berkaitan perang dan usaha-usaha yang dilakukannya untuk memerdekakan Vietnam. 







Laluan untuk kedalam bangunan Muzium ini banyak dipamerkan gambar-gambar zaman dahulu..memang sangat menarik. Boleh bandingkan perbezaan dulu dan sekarang.

Kat sini gambar-gambar semasa bangunan ni belum di baik pulih

Pemuzik  profesional Vietnam suatu ketika dulu.





Kawasan sekitar sungai Saigon. Siap ada kapal lagi.


Replika seorang individu yang turut sama dengan Ho Ci Minh dalam perjuangan. Lupa plak sape nama dia ni


Yang menariknya, orang-orang Vietnam juga terdiri daripada pelbagai suku kaum dan setiap suku kaum tu ada pelbagai budaya yang unik dari segi pakaian dan sebagainya.




Gambar-gambar Ho Chi Minh. Uniform yang pernah di pakainya pun ada.


Lagi koleksi Ho CHi Minh


Mesin taip dan pena yang pernah di gunakannya


Sandal beliau


Gambar wanita-wanita yang turut sama turun ke medan peperangan


Askar wanita



Salah satu tempat yang menarik di Ho Chin Minh, namun begitu ada lagi satu muzium yang saya rasa lebih menarik daripada ni di sini. Akan saya berkongsi di entri selepas ini.