Commercial Break

Tuesday, January 22, 2013

Vietnam Kudatang (Visit Vietnam 2012)

Alhamdulillah, berkat rezeki Allah yang Maha Kuasa, akhirnya beberapa bulan lepas saya berjaya melancong a.k.a menjejakkan kaki di Vietnam, atau secara dengan lebih tepat Ho Chi Minh City.

Tiket yang telah di tempah secara khas semasa promosi Air Asia iaitu lebih kurang RM250 pergi dan balik, adalah berkat dari hati yang membuak-buak untuk melihat sendiri bumi yang pernah mengalami zaman perang dengan USA itu. Tambahan pula, sejak dua tiga menjak ini, Vietnam sangat popular di kalangan pelancong Malaysia sendiri, termasuklah kain cottonnya yang di gilai ramai wanita-wanita Malaysia.

Perjalanan dari LCCT ke Ho Chi Minh City atau Saigon mengambil masa lebih kurang 1 jam 50 minit. Kami bertolak dari KL tepat pukul 4.00 pagi. Alhamdulillah, kami tiba pada waktu pagi yang cerah, secerah hati kami (waktu di Vietnam lewat satu jam dari waktu di Malaysia).

Waktu yang masih terlalu pagi, di Malaysia

Alhamdulillah, itu dia bumi hijau Vietnam


Kabus pagi yang tebal

Anggapan saya, mungkin itulah sungai Mekong, iaitu sungai yang ke 10 terpanjang di dunia



Selamat landing di lapangan terbang Saigon



Di situ, Vietnam Airlines




Lapangan terbang yang agak sunyi, mungkin waktu masih awal pagi



Beratur untuk pemeriksaan passport. Tanggapan awal terhadap orang Vietnam adalah bermula disini. Mukanya sangat keras, serius, tidak ramah dan ala-ala tentera. Mungkin sebab bertugas di pintu masuk barangkali.


Di luar pintu airport


Jangan ambil teksi sebarang, walaupun teksi airport. Teksi yang boleh di percayai di Vietnam ini hanyalah Vinasun atau Mai Linh sahaja. Jangan suka-suka naik teksi lain, alamat di tipu hidup-hidup,ok! Lagi satu yang istimewa ialah kenderaan di sini ialah left hand drive, macam di tanah suciku yang tercinta juga, iaitu Mekah dan Madinah. Zahrah adikku sudah berjaya memalukan dirinya dengan masuk ke tempat driver hehe.

Oleh kerana hotel penginapan kami ialah Tan Hai Long Hotel yang terletak sangat dekat iaitu beberapa langkah dari Ben Thant Market jadi ianya sangat mudah memberitahu pemandu teksi akan hala tuju kami. Perlu di ingatkan bahawa tak ramai penduduk Vietnam ni tahu berbahasa English. Jika hotel ada menyediakan perkhidmatan teksi, ia lagi bagus. Sebenarnya hotel kami ada di menyediakan perkhidmatan teksi untuk mengambil dan menghantar ke airport, tetapi oleh kerana some miscommunication, kami terpaksa naik teksi lain dahulu, dan kemudian claim dari hotel.

Nantikan cerita kami di Vietnam dalam entri seterusnya.

No comments:

Post a Comment