Pejabat Pos Saigon (Saigon Central Post Office) dan Notre Dame Cathedral adalah dua buah senibina yang terdapat di pusat bandar Ho Chi Minh, terletak berhadapan di antara satu sama lain.
Kedua-dua bangunan ini adalah tempat yang mesti di lawati kerana senibinanya yang sangat unik dan menarik dan menjadi tarikan utama pelancong. Ia adalah tinggalan semasa pemerintahan Perancis di Vietnam.
Saigon Central Post Office yang bercirikan senibina Gothic dibina
apabila Vietnam menjadi sebahagian daripada Indochina Perancis pada awal abad
ke-20.
Saigon Central Post Office (Pejabat Pos Saigon) |
Di dalam pejabat pos |
Manakala Notre Dame Cathedral adalah salah satu gereja Katolik tertua dan terbesar di Vietnam, bangunan ini sangat tinggi dan uniknya ia dibina dari batu bata di import khas dari Perancis.
Notre Dame Cathedral |
Di dalam gereja, pertama kali masuk gereja. |
Selain gereja dan pejabat pos,ada beberapa lagi bangunan tinggalan
perancis seperti bangunan City Hall, dan Opera House.
Kesemua bangunan ini sangat di jaga rapi dan mesti di lawati untuk lebih menghayati sejarah Vietnam.
Baru balik Vietnam minggu lepas..terkenang bila baca entry ni... hihi.. memang kagum dgn tinggalan sejarah ni
ReplyDeleteHaahkan...diorang preserve cantik tempat ni.
DeleteKadang2 kalau nak igt balik pun baca semula entri pasal Vietnam :-)