Commercial Break

Thursday, March 14, 2013

Aduan Perumahan

Baru sahaja masuk rumah baru? Macam-macam masalah yang timbul? Itu rosak, dan ini rosak. Tidak tahu ke mana mahu salurkan aduan kerana keluhan tidak dipedulikan oleh pemaju?
Sebagai pengguna, kita berhak bersuara dan melakukan sesuatu agar hak kita di tegakkan.
Kalau anda pernah dengar mengenai Jabatan Perumahan Negara (JPN), jabatan ini bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118] dan Peraturan-Peraturan berkaitan bagi memastikan pemajuan perumahan dilaksanakan seperti yang dirancang dan menepati tempoh yang ditetapkan. Aduan perumahan merupakan aduan yang berkaitan dengan salah laku pemaju serta ketidakpatuhan terhadap Akta serta Peraturan-peraturan tersebut. 
Setiap pembeli rumah boleh membuat aduan kepada Bahagian Penguatkuasaan, JPN melalui:

1. Portal e-Home (Perkhidmatan - Aduan & Pertanyaan), 
2. Kaunter aduan (Tel: 03-20924488), faks (03-20925409), 
3. Surat ataupun e-mail (enforcement@kpkt.gov.my). 

Jenis-jenis aduan yang boleh dikemukakan kepada JPN adalah seperti berikut:

1. Kecacatan Mutu Kerja
2. Bayaran perkhidmatan
3. Gantirugi – Tuntutan Pampasan
4. Masalah Sijil Layak Menduduki
5. Kelewatan Penyerahan Rumah
6. Faedah Bayaran Lewat
7. Penyelenggaraaan Bangunan
8. Cagaran / hakmilik
9. Masalah Infrastruktur
10. Melanggar Akta / Peraturan
Mari semua, mari kita tegakkan hak kita sebagai pengguna.

Sila rujuk Portal e-home untuk maklumat lanjut. ehome.kpkt.gov.my

No comments:

Post a Comment