Commercial Break

Monday, March 4, 2013

War Remnants Museum ( Muzium Perang, Vietnam)

War Remnants Museum ataupun Muzium Perang Vietnam ini adalah antara tempat yang sangat menyentuh hati saya. 

Muzium yang dibuka pada 4 September 1975 ini sangat menarik kerana ia membuat penyelidikan, mengumpul, menyimpan dan mempamer segala-gala bukti dan tinggalan sejarah serta jenayah yang dilakukan semasa perang Vietnam dan kesan buruk akibat peperangan tersebut. Misi utamanya ialah katakan 'tidak' kepada peperangan. Jadikan dunia tempat yang aman untuk semua manusia sejagat.





Daripada luar, ia kelihatan seolah-olah sama dengan Muzium Tentera Darat di Port Dickson yang pernah saya kunjungi, kerana ia mempamerkan segala kenderaan dan peralatan perang. 







Tetapi apa yang terdapat di dalamnya sangat memberi kesan kepada hampir semua pengunjung, kerana bukti kekejaman perang amat jelas di pamerkan. Tidak hairanlah muzium ini menerima lebih kurang 500,000 kunjungan setahun daripada pelancong tidak kira luar negara atau dalam negara.

Ia sangat memberi kesan kerana setelah menghabiskan masa lebih kurang sejam lebih di dalam muzium yang lengkap ini, saya dan adik sudah tidak mampu tersenyum lagi melihat penderitaan perang yang di alami oleh mereka yang terbabit. Kami rasa longlai, dan tiba-tiba menjadi tidak bersemangat. Seakan-akan tubuh kami di penuhi dengan aura negatif pada masa itu. Oleh kerana itu, saya juga tidak sampai hati untuk mengambil gambar yang di pamerkan. Ngeri, sedih! Ia memang sangat dasyat. Kalau berani, cuba google War Remnants Museum images. Kat situ boleh di lihat pelbagai gambar yang terdapat di dalam Muzium. Dan juga lagi, kesan bahan racun perosak yang di gunakan oleh tentera US ke atas sesetengah tempat di Vietnam semasa perang Vietnam, ianya tidak terjangkau oleh fikiran kemanusiaan, di mana kesannya masih lagi dapat dilihat sehingga ke tiga generasi, kerana ianya mengubah DNA mereka yang terlibat. Sekali lagi, sila google Agent Orange Effect-Vietnam War-images untuk melihat gambar kesan tersebut.

Perang tak kira bangsa atau agama, ianya memusnahkan, menerbitkan simpati kepada yang menjadi mangsa.

Dan satu lagi menarik, bersebelahannya terdapat penjara kecil yang pernah menempatkan banduan semasa perang Vietnam, yang kini telah di buka untuk orang awam.






Suasana sebenar di dalam penjara yang gelap dan menyeramkan serta sempit, membuatkan bulu roma tegak berdiri!

Sesungguhnya, pengalaman luar biasa ini memberi keinsafan, bersyukur dan memohon agar Allah jauhkan kami dari segala bencana seperti ini.

No comments:

Post a Comment