Sedar tak sedar dah hampir setahun lebih kami menunaikan Fardhu Haji tetapi perasaannya baru seperti semalam. Memang sukar untuk mengejar istiqamah tetapi itu semua perlu di lakukan untuk menjadi insan terbaik dunia dan akhirat, dan di sisi Tuhan Yang Esa. Syukur adanya blog haji ini, ianya sentiasa mengingatkan, sentiasa menyegarkan ingatan. Menggigit kerinduan untuk ke tanah suci lagi.
Cepatnya masa berlalu dan sekarang Tabung Haji sudah mula mengedar dan menghantar surat panggilan haji kepada bakal haji 1434 Hijriah secara sedikit demi sedikit. Pasti pelbagai perasaan muncul apabila surat tawaran di terima. Berdebar, gembira, takut dan sebagainya tetapi buatlah yang terbaik. Terbaik dan termampu untuk segala-galanya.
Apabila menerima surat kelak, bakal Haji 1434 Hijriah hendak menjawab dengan
segera agar tidak terlupa.Begitu juga bagi mereka yang
tidak bersedia untu menunaikan Haji pada 1434. Surat itu perlu di jawab. Jika tidak jawab dan buat sambil lewa, alamatnya mereka ini tidak akan ditawarkan pada tahun berikutnya. Hmm tentu tak mahu itu terjadi bukan?
Untuk mereka yang berkata ya, pastikan jumlah wang di cukupkan dalam Akaun Tabung Haji masing-masing iaitu RM9,980.00 bagi mereka yang pertama kali menunaikan Haji dan RM15,555.00 bagi
meraka kali kedua dan seterusnya.
Buat semua yang terpilih, jangan di tangguh pemergian pada tahun ini. Perjalanan haji adalah perjalanan yang sangat manis. Di dalamnya terhimpun 1001 kisah yang tidak mungkin akan di lupakan selama-lamanya. Sehingga sekarang ini, saya sering berasa sebak di sejadah kerana sangat rindu dengan pengalaman dan kenangan yang satu ini. Lagipun, sekiranya kita menolak pada tahun ini, hanya Allah yang Maha Mengetahui, adakah kita berkemampuan untuk menunaikan Haji lagi kerana banyak sebab terutamanya Kesihatan dan Kewangan.
Akhir sekali, bacala segala buku agar ilmu mengenai haji dapat di perolehi secukupnya dan hadirilah Kursus Asas Haji.
No comments:
Post a Comment