Bersambung lagi cerita mengenai percutian kami di Seremban.
Malamnya kami makan di Restoran Sate R&K, kira-kira 2 km dari Klana Resort. Kami sampai agak awal jadi orang belum ramai lagi. Menurut cerita, sate di sini amat terkenal di kalangan penduduk tempatan.
Kami order sate, kiew tiaw goreng dan nasi goreng cina. Memang tak dapat dinafikan, sate yang di sediakan di sini lazat dan tak rugi mencubanya walaupun harga bagi sate agak mahal iaitu 90 sen secucuk. Enak sekali walaupun di makan tanpa kuah. Tak kurang enak juga kiew tiaw dan nasi goreng cina. . Kiaw tiaw dan nasi goreng cina pula agak berpatutan.
No comments:
Post a Comment