Commercial Break

Tuesday, January 8, 2013

Sepagi di Klana Resort

Alhamdulillah, hari kedua kami di Seremban. Pagi yang cerah menyambut kami. Tidak hujan dan ia adalah petanda baik si kecik bertiga boleh bermain di swimming pool dengan gembiranya seluruh pagi di sini. Mungkin agak letih dengan perjalanan semalam, jadi kedua-dua budak lelaki tidur dengan amat nyenyaknya tanpa menghiraukan suasana bilik tidur yang berbeza dengan rutin!. Cuma Rania yang terjaga sekali bersama-sama kami.

Pagi selepas Subuh kami bersarapan dahulu di restoran yang ada di hotel, kerana pakej kami adalah termasuk sarapan. Yang menariknya di sini, restoran hotel ini ada tanda halal JAKIM di pintu masuk! 

Selepas sarapan tanpa berlengah lagi, kami balik ke bilik ungtuk menukar baju dan selepas tu segera bedebushhh!!!! Sudah berada di dalam air!! Ya, swimming pool di sini sangat child-frindly, imagine Rania yang baru berusia 2 tahun juga boleh berdiri dan berjalan-jalan di dalam swimming pool kanak-kanak dengan sangat gembiranya :-). Siap boleh main kejar-kejar dengan abang-abangnya di swimming pool. 


Pintu masuk restoran untuk bersarapan 



Juadah buffet sarapan di sini ada pelbagai







Jalan menghala ke swimming pool


                      Ini pemandangan di swimming pool.        Sumber gambar dari website Klana Resort.

                          Pemandangan di swimming pool.           Sumber gambar dari website Klana Resort.



No comments:

Post a Comment