Masa amat mencemburui kami, sedar tak sedar sudah tiba masa untuk check-out hotel. Yes, back to reality from cuti-cuti, but before tu ada satu lagi tempat yang akan kami tujui di Port Dicson sebelum pulang ke rumah yang terchenta iaitu Muzium Tentera Darat. Kalau sebelum ni kami mengunjungi Muzium Rejimen Askar Diraja, kali ini muzium tentera pula. Kira cuti-cuti Malaysia kali ini kami menyuntik semangat patriotik di dalam diri anak-anak dan menyuburkan kembali semangat cintakan tanahair dan menghayati sejarah dalam diri kami sendiri.
Apakah itu Muzium Tentera Darat?
Muzium Tentera Darat ataupun Army Muzium yang terletak di Batu 4 berdekatan dengan Pusat Latihan Asas Tentera Darat amat mudah di kunjungi kerana ianya terletak di jalan susur keluar lebuhraya Seremban-PD ke pekan Port Dickson. Hmm..mudah sangat kalau nak pergi. Ianya merupakan muzium tentera yang terbesar di Malaysia dan dikatakan setanding dengan muzium-muzium tentera dari luar negara berdasarkan kelengkapan infrastruktur dan bahan pengisian di dalam muzium ini. Masuk adalah percuma.
Sebelum check-out dari Klana Resort, sesuka hati kanak-kanak riang bermain bersama-sama Snowman dan berlari ke sana dan ke sini.
Selepas satu jam perjalanan, akhirnya kami sampai di Muzium Tentera Darat. 3 bebudak sangat gembira apabila melihat kapal terbang yang besar menyambut kedatangan kami.
|
Deretan meriam |
|
Segala jenis senjata di cubanya. Untuk budak-budak pengalaman ini memang seronok. |
|
Dalam kereta kebal. |
|
Ini kereta kebal yang kecil sedikit |
|
Keretapi sebenar yang sekarang di jadikan pameran |
|
Cak!! |
|
Irfan yang sama tinggi dengan tayar |
|
Kelam kabut mahu mencuba segala |
Setelah puas mencuba segala yang di luar, kami ke dalam bangunan pula. Dalam ini pun banyak lagi bahan pengisian yang tak pernah kita tahu selama ini.
|
Pengesan periuk api |
|
Sijil dulu-dulu |
|
Cawan yang di gunakan oleh tentera |
Yang seronoknya di sini, pameran dan pengisian di bahagi mengikut zaman, jadi kita dapat lihat perkembangan tentera dari zaman awal Kesultanan Melaka sehingga ke masa kini.
|
Motosikal yang digunakan suatu ketika dahulu |
|
Mesin taip. Mengimbau nostalgia lama dahulu |
|
Kipas dulu-dulu |
|
Motosikal |
Yang paling menyeronokkan ialah apabila kami masuk ke terowong Parti Komunis Malaya(PKM).Lebih kurang 15 minit melalui jalan terowong yang panjang. Keadaan dalam ni tak secerah di dalam gambar. Ianya gelap. So agak rasa seram-seram sikit. Pelbagai sejarah mengenai PKM di paparkan di sini, termasuk senjata dan ubat-ubatan yang di gunakan oleh PKM.
|
Memanjat kapal terbang |
|
Bermain air pancut |
|
Seronok |
Jangan risau jika kita berada lama-lama di sini, kerana pelbagai kemudahan asas banyak terdapat di sini contohnya surau, kafe, tandas awam dan sebangainya.
Akhirnya sebelum pulang, kami ke Teluk Kemang sekali lagi.
tak penah pulak gi muzium ni tiap kali ke PD..not bad..my kids tentu suka
ReplyDelete