Commercial Break

Thursday, January 31, 2013

Kursus Asas Haji Tahun 2013

Para bakal haji dan hajjah sudah boleh mendapatkan maklumat tentang kursus asas haji tahun 2013 yang akan di adakan di seluruh Malaysia di website http://www.tabunghaji.gov.my di sini. Ia memaparkan maklumat lengkap mengenai kursus asas haji seluruh negara. 

Maklumat tersebut boleh juga di dapati dengan  menghubungi THCC ditalian 03 - 6207 1919. Pada amnya Kursus Haji Bersiri bermula pada bulan Rabiulawal tahun semasa. Kalau boleh jangan ketinggalan untuk menyertai kursus ini kerana ia sangat berguna untuk menambah/membaiki ilmu mengenai haji.

Kepada yang ingin mendalami ilmu mengenai haji, perasaan dan segala pengalaman semasa melakukannya, saya ada berkongsi mengenai pengalaman sendiri mengerjakan haji. Ia travelog hari demi hari. Ia bermula dari hari yang di ceritakan di link ini  http://www.ijaie.blogspot.com/2011/10/before-our-journey-to-hajj.html dan seterusnya di ikuti dengan hari-hari yang berikutnya, satu demi satu. Semoga pengalaman ini dapat di jadikan panduan oleh ramai para haji/hajjah di luar sana. InsyaAllah.


Wednesday, January 23, 2013

Vietnam - Tan Hai Long Hotel & Spa

Sambung entri pasal hari pertama tiba di Vietnam, Ho Chi Minh City.

Alhamdulillah setelah melalui lebih kurang 20 minit perjalanan kami akhirnya tiba di Tan Hai Long Hotel & Spa, yang telah di tempah awal lagi melalui internet. Bilik yang kami pilih berharga RM 160 untuk satu malam. Kami telah tempah dua bilik yang bersambung. (adjoined room)







Memang hotel ini sangat dekat dengan Ben Thant Market, dan yang bagusnya pekerja-pekerja di hotel sangat ramah dan mesra.  

Kaunter hotel

Lobi hotel

Hotel ni juga adalah penerima award Top Ten 03 Start Hotel di Ho Chi Minh City.

Alhamdulillah, bersih, kemas, besar dan selesa. Saya berkongsi bilik dengan ibu, manakala all da bujangs in one room.


Kami berehat sebentar sebelum ke destinasi yang seterusnya di Ho Chi Minh City ini.

Tuesday, January 22, 2013

Vietnam Kudatang (Visit Vietnam 2012)

Alhamdulillah, berkat rezeki Allah yang Maha Kuasa, akhirnya beberapa bulan lepas saya berjaya melancong a.k.a menjejakkan kaki di Vietnam, atau secara dengan lebih tepat Ho Chi Minh City.

Tiket yang telah di tempah secara khas semasa promosi Air Asia iaitu lebih kurang RM250 pergi dan balik, adalah berkat dari hati yang membuak-buak untuk melihat sendiri bumi yang pernah mengalami zaman perang dengan USA itu. Tambahan pula, sejak dua tiga menjak ini, Vietnam sangat popular di kalangan pelancong Malaysia sendiri, termasuklah kain cottonnya yang di gilai ramai wanita-wanita Malaysia.

Perjalanan dari LCCT ke Ho Chi Minh City atau Saigon mengambil masa lebih kurang 1 jam 50 minit. Kami bertolak dari KL tepat pukul 4.00 pagi. Alhamdulillah, kami tiba pada waktu pagi yang cerah, secerah hati kami (waktu di Vietnam lewat satu jam dari waktu di Malaysia).

Waktu yang masih terlalu pagi, di Malaysia

Alhamdulillah, itu dia bumi hijau Vietnam


Kabus pagi yang tebal

Anggapan saya, mungkin itulah sungai Mekong, iaitu sungai yang ke 10 terpanjang di dunia



Selamat landing di lapangan terbang Saigon



Di situ, Vietnam Airlines




Lapangan terbang yang agak sunyi, mungkin waktu masih awal pagi



Beratur untuk pemeriksaan passport. Tanggapan awal terhadap orang Vietnam adalah bermula disini. Mukanya sangat keras, serius, tidak ramah dan ala-ala tentera. Mungkin sebab bertugas di pintu masuk barangkali.


Di luar pintu airport


Jangan ambil teksi sebarang, walaupun teksi airport. Teksi yang boleh di percayai di Vietnam ini hanyalah Vinasun atau Mai Linh sahaja. Jangan suka-suka naik teksi lain, alamat di tipu hidup-hidup,ok! Lagi satu yang istimewa ialah kenderaan di sini ialah left hand drive, macam di tanah suciku yang tercinta juga, iaitu Mekah dan Madinah. Zahrah adikku sudah berjaya memalukan dirinya dengan masuk ke tempat driver hehe.

Oleh kerana hotel penginapan kami ialah Tan Hai Long Hotel yang terletak sangat dekat iaitu beberapa langkah dari Ben Thant Market jadi ianya sangat mudah memberitahu pemandu teksi akan hala tuju kami. Perlu di ingatkan bahawa tak ramai penduduk Vietnam ni tahu berbahasa English. Jika hotel ada menyediakan perkhidmatan teksi, ia lagi bagus. Sebenarnya hotel kami ada di menyediakan perkhidmatan teksi untuk mengambil dan menghantar ke airport, tetapi oleh kerana some miscommunication, kami terpaksa naik teksi lain dahulu, dan kemudian claim dari hotel.

Nantikan cerita kami di Vietnam dalam entri seterusnya.

Monday, January 21, 2013

DOA HARI ARAFAH

DOA ARAFAH

YA ALLAH YA TUHANKU, AMPUNKANLAH DOSA-DOSAKU, DOSA KEDUA IBU BAPAKU, DOSA KELUARGAKU, SELAMATKAN KAMI DUNIA DAN AKHIRAT. SELAMATKAN KAMI DALAM SEGALA URUSAN. SELAMATKAN KAMI DARI SEGALA SIKSAAN. PELIHARALAH KAMI DARI SEMUA ARAH. KAMI MEMINTA PERLINDUNGAN DARI APA YANG PERNAH DIMINTA PERLINDUNGAN OLEH RASULULLAH SAW. YA ALLAH,  TENTERAMKANLAH KAMI DARI RASA TAKUT. 

YA ALLAH, BERILAH AKU KESIHATAN YANG SEMPURNA. BERILAH KESIHATAN TUBUH BADAN YANG SEMPURNA. BERILAH AKU KESIHATAN PENDENGARAN DAN PENGLIHATAN YANG SEMPURNA. BERILAH AKU KEKUATAN SEHINGGA KE TUA. PANJANGKANLAH UMUR KU DENGAN KESIHATAN DAN KEBAIKAN.


YA ALLAH, JADIKANLAH ANAK-ANAKKU ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH, JADIKANLAH MEREKA ANAK YANG MENENANGKAN HATI. PANJANGKANLAH UMUR MEREKA DENGAN KEBAIKAN DAN KESIHATAN. JADIKAN MEREKA MANUSIA YANG CEMERLANG DAN HEBAT. MANUSIA YANG BERGUNA KEPADA AGAMA, BANGSA, MASYARAKAT DAN NEGARA. 


YA, ALLAH PELIHARALAH HUBUNGAN KAMI SUAMI ISTERI SEHINGGA KE SYURGA FIRDAUS. JADIKAN KAMI SALING CINTA MENYINTAI ANTARA SATU SAMA LAIN SEHINGGA KE AKHIRNYA. JADIKAN AKU ISTERI YANG SOLEHAH DAN DIA SUAMI YANG SOLEH.



YA ALLAH, KAMI POHONKAN APA YANG TELAH DIPOHONKAN OLEH RASULULLAH SAW, DAN, KAMI POHONKAN SYURGA TANPA HISAB, DAN BERILAH KEKUATAN TAUFIQ DAN HIDAYAH KEPADA KAMI. KAMI BERLINDUNG KEPADAMU DARI SEGALA KEJAHATAN YANG TELAH KAMI LAKUKAN. TUNJUKKANLAH KAMI JALAN YANG BENAR.

YA ALLAH, KAMI BERLINDUNG KEPADAMU DARI KEGELISAHAN DAN DUKACITA. LINDUNGILAH KAMI DARI SEGALA SIFAT YANG BURUK. BERILAH KAMI KEBAHAGIAN DUNIA DAN AKHIRAT.

YA ALLAH, JADIKAN HARI-HARI KAMI BERMULA DENGAN KEBAIKAN, PERTENGAHANNYA KEBERUNTUNGAN DAN AKHIRNYA MEMPEROLEHI KEJAYAAN. LINDUNGILAH KAMI DARI SEGALA JENIS KEJAHATAN YANG DATANG DARI SEGALA ARAH. LINDUNGILAH KAMI DARI SEGALA PENGANIYAAN.


YA ALLAH YA TUHAN KAMI, KAMI POHONKAN KEPADA ENGKAU IMAN YANG SEMPURNA, ILMU YANG MEMBERI MANFAAT, REZEKI YANG HALAL, RUMAHTANGGA YANG BAHAGIA, USIA YANG BERKAT, DOA YANG MUSTAJAB, HAJAT YANG TERTUNAI, KESIHATAN YANG BERTERUSAN, HUTANG YANG TERBAYAR, KESELAMATAN DI DUNIA INI DAN DI AKHIRAT NANTI. 

YA ALLAH, PERBAIKILAH SEGALA URUSAN KAMI. JADIKANLAH HASILNYA ADALAH YANG TERBAIK DAN CEMERLANG. BERIKANLAH YANG TERBAIK YA ALLAH..PERBAIKILAH JUA UNTUK KAMI AGAMA KAMI, TEMPAT KEDIAMAN, DAN BERKATILAH SEGALA REZEKI.  KAMI. 


YA ALLAH JADIKANLAH KAMI INI HAMBAMU YANG HANYA MENGABDIKAN DIRI KEPADAMU DENGAN SEBAIK-SEBAIKNYA, BERILAH KEKUATAN TAUFIQ DAN HIDAYAH KEPADA KAMI SUPAYA DAPAT KAMI LAKUKAN APA-APA YANG DIPERINTAHKAN OLEH ENGKAU DAN MENINGGALKAN SEGALA APA YANG DILARANG OLEH ENGKAU. JADIKANLAH KAMI SENTIASA MENCINTAIMU.


YA ALLAH, BERILAH KESEMPATAN KEPADA KAMI MEMINUM AIR KOLAM NABI KAMI AL KAUTHAR, SELAMATKAN KAMI SEMASA MENYEBERANGI TITIAN SIRITAL MUSTAQIM DAN MASUKKANLAH KAMI KE SYURGAMU BERSAMA-SAMA ORANG-ORANG YANG MULIA DI SISIMU YA ALLAH.


YA ALLAH YA TUHAN KAMI, PERKENANKANLAH PERMOHONAN KAMI INI, MUSTAJABKANLAH DOA KAMI INI YA ALLAH, DENGAN BERKAT NABI KAMI MUHAMMAD SAW. DAN DENGAN BERKAT AMALAN KAMI YANG PALING IKHLAS KEPADA MU YA ALLAH.


YA ALLAH, TOLONGLAH KAMI , JANGAN BIAR DIRI KAMI TAK TERHIRAUKAN, MENANGKAN KAMI JANGAN BIAR DIRI KAMI DI KALAHKAN.

YA ALLAH, BERILAH SEGALA RAHMATMU YA ALLAH..BERILAH SEGALA RAHMAT MU, TINGGIKAN NAMAKU, TERIMALAH TAUBATKU, HAPUSKAN DOSAKU, SUCIKAN HATIKU, PELIHARALAH KEAIABANKU..

WAHAI TUHAN, KABULKAN DOAKU, KUATKANLAH HUJAHKU, TUNJUKILAH HATIKU. LURUSKAN PERKATAAN KU 

YA ALLAH
TERIMALAH HAJI KAMI INI YA ALLAH
TERIMALAH HAJI KAMI INI YA ALLAH
TERIMALAH HAJI KAMI INI YA ALLAH
BERILAH KAMI HAJI YANG MABRUR..
SEMOGA ANAK CUCU KAMI JUA AKAN DAPAT MENJEJAKKAN KAKI DI SINI NANTI. BEGITU JUGA SAUDARA-MARA KAMI. SAHABAT-SAHABAT KAMI YA ALLAH.

BERILAH KAMI HAJI YANG MABRUR..DAN SYURGA YANG TERTINGGI.

AMIN YA RABBAL ALAMIN.

Nota: Doa ini di baca di Arafah, boleh juga di baca dimana-mana atau bila-bila masa yang mana yang di fikirkan sesuai.



   

Friday, January 18, 2013

Sheikh Sudais at Masjid Wilayah Malaysia

Video ni sudah agak lama. Just nak share, suasana ini ialah ketika Imam       Masjidil Haram, iaitu Sheiks Sudais berada di Malaysia dan mendapat sambutan hangat. Ini adalah saat-saat ketika beliau di serbu ramai. Beliau adalah antara Imam yang bacaannya sangat memukau dan menusuk jutaan jiwa.




sumber: Youtube


Friday, January 11, 2013

Doa di permudahkan segala urusan dan di beri perlindungan Haji dan Umrah

Kepada bakal jemaah Haji yang telah menerima surat tawaran untuk menunaikan haji, mari perbanyakkan membaca selawat Haji ini setiap kali selepas solat, terutama 2, 3 bulan sebelum berangkat pergi ke tanah suci.  Selawat ini bukan sahaja sesuai untuk di baca sebelum haji, malah di gunakan untuk umrah atau ke mana-mana tempat sahaja. Hanya tukarkan perkataan 'haji' kepada 'umrah' atau tempat-tempat lain.

Daripada testimonial mereka yang telah mengamalkan selawat ini, doa ini sangat mustajab InsyaAllah.

InsyaAllah segala urusan akan di permudahkan dan di beri perlindungan olehNya.


Muzium Tentera Darat, Port Dickson

Masa amat mencemburui kami, sedar tak sedar sudah tiba masa untuk check-out hotel. Yes, back to reality from cuti-cuti, but before tu ada satu lagi tempat yang akan kami tujui di Port Dicson sebelum pulang ke rumah yang terchenta iaitu Muzium Tentera Darat. Kalau sebelum ni kami mengunjungi Muzium Rejimen Askar Diraja, kali ini muzium tentera pula. Kira cuti-cuti Malaysia kali ini kami menyuntik semangat patriotik di dalam diri anak-anak dan menyuburkan kembali semangat cintakan tanahair dan menghayati sejarah dalam diri kami sendiri. 

Apakah itu Muzium Tentera Darat?

Muzium Tentera Darat ataupun Army Muzium yang terletak di Batu 4 berdekatan dengan Pusat Latihan Asas Tentera Darat amat mudah di kunjungi kerana ianya terletak di jalan susur keluar lebuhraya Seremban-PD ke pekan Port Dickson. Hmm..mudah sangat kalau nak pergi. Ianya merupakan muzium tentera yang terbesar di Malaysia dan dikatakan setanding dengan muzium-muzium tentera dari luar negara berdasarkan kelengkapan infrastruktur dan bahan pengisian di dalam muzium ini. Masuk adalah percuma.

Sebelum check-out dari Klana Resort, sesuka hati kanak-kanak riang bermain bersama-sama Snowman dan berlari ke sana dan ke sini.



Selepas satu jam perjalanan, akhirnya kami sampai di Muzium Tentera Darat. 3 bebudak sangat gembira apabila melihat kapal terbang yang besar menyambut kedatangan kami.










Deretan meriam


Segala jenis senjata di cubanya. Untuk budak-budak pengalaman ini memang seronok.





Dalam kereta kebal. 

Ini kereta kebal yang kecil sedikit






Keretapi sebenar yang sekarang di jadikan pameran






















Cak!!






Irfan yang sama tinggi dengan tayar








Kelam kabut mahu mencuba segala

Setelah puas mencuba segala yang di luar, kami ke dalam bangunan pula. Dalam ini pun banyak lagi bahan pengisian yang tak pernah kita tahu selama ini.










Pengesan periuk api






Sijil dulu-dulu


Cawan yang di gunakan oleh  tentera


Yang seronoknya di sini, pameran dan pengisian di bahagi mengikut zaman, jadi kita dapat lihat perkembangan tentera dari zaman awal Kesultanan Melaka sehingga ke masa kini.




Motosikal yang digunakan suatu ketika dahulu




Mesin taip. Mengimbau nostalgia lama dahulu








Kipas dulu-dulu








Motosikal




Yang paling menyeronokkan ialah apabila kami masuk ke terowong Parti Komunis Malaya(PKM).Lebih kurang 15 minit melalui jalan terowong yang panjang. Keadaan dalam ni tak secerah di dalam gambar. Ianya gelap. So agak rasa seram-seram sikit. Pelbagai sejarah mengenai PKM di paparkan di sini, termasuk senjata dan ubat-ubatan yang di gunakan oleh PKM.










Memanjat kapal terbang








Bermain air pancut








Seronok





Jangan risau jika kita berada lama-lama di sini, kerana pelbagai kemudahan asas banyak terdapat di sini contohnya surau, kafe, tandas awam dan sebangainya. 

Akhirnya sebelum pulang, kami ke Teluk Kemang sekali lagi.






















Thursday, January 10, 2013

Surat Tawaran Haji 1434 Hijriah

Sedar tak sedar dah hampir setahun lebih kami menunaikan Fardhu Haji tetapi perasaannya baru seperti semalam. Memang sukar untuk mengejar istiqamah tetapi itu semua perlu di lakukan untuk menjadi insan terbaik dunia dan akhirat, dan di sisi Tuhan Yang Esa. Syukur adanya blog haji ini, ianya sentiasa mengingatkan, sentiasa menyegarkan ingatan. Menggigit kerinduan untuk ke tanah suci lagi.

Cepatnya masa berlalu dan sekarang Tabung Haji sudah mula mengedar dan menghantar surat panggilan haji kepada bakal haji 1434 Hijriah secara sedikit demi sedikit. Pasti pelbagai perasaan muncul apabila surat tawaran di terima. Berdebar, gembira, takut dan sebagainya tetapi buatlah yang terbaik. Terbaik dan termampu untuk segala-galanya. 


Apabila menerima surat kelak, bakal Haji 1434 Hijriah hendak menjawab dengan segera agar tidak terlupa.Begitu juga bagi mereka yang tidak bersedia untu menunaikan Haji pada 1434. Surat itu perlu di jawab. Jika tidak jawab dan buat sambil lewa, alamatnya mereka ini tidak akan ditawarkan pada tahun berikutnya. Hmm tentu tak mahu itu terjadi bukan?

Untuk mereka yang berkata ya, pastikan jumlah wang di cukupkan dalam Akaun Tabung Haji masing-masing iaitu  RM9,980.00 bagi mereka yang pertama kali menunaikan Haji dan RM15,555.00 bagi meraka kali kedua dan seterusnya.

Buat semua yang terpilih, jangan di tangguh pemergian pada tahun ini. Perjalanan haji adalah perjalanan yang sangat manis. Di dalamnya terhimpun 1001 kisah yang tidak mungkin akan di lupakan selama-lamanya. Sehingga sekarang ini, saya sering berasa sebak di sejadah kerana sangat rindu dengan pengalaman dan kenangan yang satu ini. Lagipun, sekiranya kita menolak pada tahun ini, hanya Allah yang Maha Mengetahui, adakah kita berkemampuan untuk menunaikan Haji lagi kerana banyak sebab terutamanya Kesihatan dan Kewangan.

Akhir sekali, bacala segala buku agar ilmu mengenai haji dapat di perolehi secukupnya dan hadirilah Kursus Asas Haji.

Wednesday, January 9, 2013

Orang yang pertama..

Orang yang pertama menulis Bismillah :
Nabi Sulaiman AS


Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS

Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS

Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :
Nabi Ibrahim AS

Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat :
Nabi Adam AS

Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah :
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :
Nabi Muhammad SAW

Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar AsSiddiq RA

Tuesday, January 8, 2013

Doa

Alhamdulillah, ada beberapa orang yang meminta saya berkongsi doa yang di baca di Arafah. InsyaAllah doanya agak panjang dan agak memerlukan masa untuk di taip semula. Nantikan beberapa hari lagi, doa tersebut akan di paparkan di sini. InsyaAllah

Sepagi di Klana Resort

Alhamdulillah, hari kedua kami di Seremban. Pagi yang cerah menyambut kami. Tidak hujan dan ia adalah petanda baik si kecik bertiga boleh bermain di swimming pool dengan gembiranya seluruh pagi di sini. Mungkin agak letih dengan perjalanan semalam, jadi kedua-dua budak lelaki tidur dengan amat nyenyaknya tanpa menghiraukan suasana bilik tidur yang berbeza dengan rutin!. Cuma Rania yang terjaga sekali bersama-sama kami.

Pagi selepas Subuh kami bersarapan dahulu di restoran yang ada di hotel, kerana pakej kami adalah termasuk sarapan. Yang menariknya di sini, restoran hotel ini ada tanda halal JAKIM di pintu masuk! 

Selepas sarapan tanpa berlengah lagi, kami balik ke bilik ungtuk menukar baju dan selepas tu segera bedebushhh!!!! Sudah berada di dalam air!! Ya, swimming pool di sini sangat child-frindly, imagine Rania yang baru berusia 2 tahun juga boleh berdiri dan berjalan-jalan di dalam swimming pool kanak-kanak dengan sangat gembiranya :-). Siap boleh main kejar-kejar dengan abang-abangnya di swimming pool. 


Pintu masuk restoran untuk bersarapan 



Juadah buffet sarapan di sini ada pelbagai







Jalan menghala ke swimming pool


                      Ini pemandangan di swimming pool.        Sumber gambar dari website Klana Resort.

                          Pemandangan di swimming pool.           Sumber gambar dari website Klana Resort.