Seterusnya kami ke Muzium RAMD ( Rejimen Askar Melayu Di Raja). . Saya pun pertama kali tahu akan kewujudan Muzium ini. Muzium ini di tubuhkan bagi memperingati segala jasa Rejimen Askar Melayu Diraja, yang merupakan rejimen tertua yang ditubuhkan iaitu 1 Mac 1933. Muzium ini banyak mempamerkan barangan sejarah peninggalan askar melayu dan artifak-artifak pengganas komunis.
Muzium ni kecil sangat dan memang tidak disangka yang di dalamnya terdapat segala nostalgia dan khazanah yang berharga.
Daripada luar sudah kelihatan beberapa kereta kebal di pamerkan di luar. Barulah kita tahu begini rupanya kereta kabel luar dan dalam. Selalunya tengok kat tv aje. Sempat kami explore kereta kebal luar dan dalam. Almaklumlah pertama kali tengok.
|
Kereta kebal menyambut kedatangan kami |
|
Explore luar dan dalam kereta kebal. Buatannya sangat kukuh |
|
Di pintu masuk Muzium RAMD.. |
|
Peralatan payung terjun statik |
|
Ilustrasi pertempuran di Somalia |
|
Radio yang mereka gunakan |
|
Barang-barang yang di tinggalkan komunis semasa perang, termasuklah coli wanita dan pad. |
|
Dokumen-dokumen |
|
Alat pengesan periuk api |
|
Tin yang digunakan komunis |
Itu adalah antara khazanah-khazanah yang di pamerkan di sini. Kalau nak tahu banyak lagi sejarah yang tak pernah kita tahu, berkunjunglah ke sini, kerana masuk adalah PERCUMA. Hargai sejarah dan belajarlah daripadanya, InsyaAllah kita tidak akan rugi.
Ketahui perjalanan kami di entri yang seterusnya.
No comments:
Post a Comment