Setelah lebih kurang satu
jam bertolak daripada Port Dickson, akhirnya kami sampai di Klana Resort,
Seremban. Klana Resort yang dahulunya di kenali sebagai Allson Klana Resort
terletak di tengah-tengah pekan Seremban, tetapi kita masih terasa seolah-olah
berada di pinggir bandar dan di kelilingi udara segar kerana hotel yang
terletak agak jauh ke dalam kawasan Taman Tasik Seremban dan
di kelilingi pokok-pokok merimbun.
Mengapa kami pilih hotel
ini? Ianya kerana swimmng pool yang di khaskan
untuk kanak-kanak (dipping pool) sangat besar dan luas. Kira kalau
tujuan utama nak bagi budak-budak berendam dan bermain sepuas hati di swimming
pool di sinilah tempatnya. Ia pilihan yang tepat.
Selain dari swimming
poolnya yang best, banyak lagi kemudahan yang di sediakan di sini, contohnya
ada SPA, Gym dan Public WiFi Internet Access secara percuma.
Jika mahu mengakses internet berkelajuan tinggi melalui WiFi juga ada pakej
disediakan dengan bayaran tambahan.
Kami telah menempah bilik
jenis Garden View untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak
yang harganya sepatutnya RM220. Tapi oleh kerana kami telah menempah dengan menggunakan promosi
cuti sekolah, jadi harganya hanya RM200 termasuk
sarapan.
Alhamdulillah semasa kami menginap di
hotel ini orang tidak terlalu ramai, jadi ini tidak terlalu sesak dan amat
privasi. Anak-anak yang telah tertidur selama 1 jam terus hilang letih
kerana kagum dengan keluasan hotel. Tambahan pula hotel telah di hias
sempena menyambut krismas. Mulalah mereka berlari sana dan sini sesuka hati. Selamat takde
orang.
Di hadapan Klana Resort. |
Sangat excited apabila dah sampai, tak sabar-sabar nak masuk. |
Berlari sana dan sini, hilang terus keletihan tertidur dalam kereta selama 1 jam perjalanan. |
Rania muka penyek kerana baru bangun tidur. |
Bilik yang agak luas. Hmm..sudah tak tentu arah budak-budak ini, usik sana dan sini |
Rania merasmikan katil yang selesa.
Kami berehat sebentar sebelum pergi makan malam.
|
No comments:
Post a Comment