Commercial Break

Thursday, December 6, 2012

5 Disember 2011 - Hari terakhir di Madinah

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

Surah Al Ankabuut Ayat 2

Saya antara yang lewat mengemaskan barang. Merenung sayu, tembus. Sebak dan pilu. Tersepit antara kerinduan kepada yang tersayang di Malaysia dan juga hati yang sudah terpaut pada tanah suci ini. Cuba menghirup udara ini sedalamnya. Cuba mengingati setiap detik ini. Meninggalkan jejak-jejak di sini. Menguatkan lagi azam untuk menulis segalanya yang terindah, suka dan duka di sini. Secebis harapan terselit kepada yang belum sedar agar ada yang mengerti, betapa indahnya perjalanan haji! Dan ia tidak harus ditakuti. Dan juga moga apa yang tercatit nanti mengimbau kembali kenangan manis bagi mereka yang telah menunaikan haji.

Kami dijangka akan bertolak selepas Isya ke lapangan terbang Madinah. Dari Madinah kami akan terus berlepas pulang ke Malaysia. Isya terakhir di masjid Nabawi terasa amat pantas. Perjalanan pulang ke hotel terasa lebih cepat dari biasa. Angin sejuk mendakap diri, seakan tidak mahu dilepaskan.

Ya Allah..semoga hari esok akan lebih baik daripada semalam.

Kini, pemandangan di bawah akan sentiasa berada di ingatan..








 





No comments:

Post a Comment