Rasa macam tak best nak pergi bercuti ke luar negara jadi kali ni kami mengambil keputusan nak cuti-cuti Malaysia pula, sempena menyahut seruan kerajaan agar kenali negara sendiri sebelum mengenal negara orang lain. Eceh, banyak pulak alasan, yang sebenarnya kedekut nak buat passport untuk 3 orang bebudak kecik plus malas nak mengangkut mereka yang lasak ini merata-rata. Kalau seorang dah kena bayar RM100 untuk passport, kalau tiga orang sekali tak ke kena keluarkan sampai RM300. Jadi si kecik-si kecik sekalian kalau nak berjalan-jalan ke luar negara nanti bila dah besar guna duit sendiri ye hihi.
Destinasi kita kali ini?? Yeah...Seremban here we go!!
Erk? Seremban je?Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa Seremban? Ada apa kat Seremban? dan mungkin ada tak kurang juga yang berkata dalam hati.. ish ish kedekutnya parents budak-budak ni, dalam banyak-banyak tempat Seremban yang di pilihnya.
Opps nanti dulu. Early judgement is prohibited here.
Ada beberapa sebab kenapa kami pilih Seremban sebagai destinasi percutian kali ini. Antaranya ialah:-
1) Cuti sekolah mana-mana tempat pun orang sesak dan merata-merata. Bagi budak-budak yang tak cukup besar destinasi seperti ini amatlah kurang sesuai kerana mereka cepat letih apabila di kelilingi oleh suasana yang sesak. Jadi kena pilih tempat yang kurang orang datang masa cuti sekolah. Tambahan pula, Seremban amatlah dekat dengan rumah kami, tak lebih 2 jam perjalanan jadi kurang sikit masa mereka dalam kereta, bermaksud kurangla kena 'berperang' dengan kerimasan mereka kerana duduk terlalu lama di dalam mesin empat segi keluasan terhad yang bernama kereta.
2) Tempat menarik yang berdekatan Seremban adalah Port Dickson. Kalau sebut Port Dickson mungkin ada yang kata, alamak boringlah. Port Dickson tak secantik pantai yang lain.Air laut PD tak sejernih Pulau Redang. Udara PD tak sesegar udara di Redang. Ketenangan di PD tak setenang di Perhentian. Tapi bagi budak-budak yang berumur 7, 5 dan 2 tahun ini, mereka amat teruja sekali dengan laut. Mereka tidak ambil peduli akan faktor lain.
3) Sesekali bercuti asyik pergi melawat tempat menarik, bershopping, bersejarah, apa kata kali ini kita tukar tujuan bercuti iaitu berehat dan menikmati kemudahan di hotel pula. Hotel Klana Resort yang dipilih kali ini amat sesuai dengan kanak-kanak kerana swimming pool nya yang 'child frieindly'.
Sebelum sampai ke Seremban, kami pergi ke PD dahulu. Spesifiknya ke Teluk Kemang dan melawati pantai PD yang terletak di belakang Sri Intan Resort, PD. Mungkin kerana ianya cuti sekolah, jadi orang agak ramai, namun tidak terlalu sesak.
Debaran kerana memilih tempat ini sebagai destinai percutian terubat kerana melihat senyuman anak-anak. Hari pertama sampai kami tidak benarkan mereka mandi kerana ia lari dari perancangan, tetapi hari kedua bukan main seronok lagi mereka dapat main air!!
Mula-mula agak takut-takut nak ke tengah, kena pegang tangan
Lepas tu dah berani lepas tangan...
Makin lama makin dekat
Dan akhirnya lepas,,
Bermain pasir..
Termenung panjang setelah di paksa balik..tak puas main air laut lagi..
Mngkin bagi kita laut biasa-biasa sahaja, tetapi bagi budak kecik, ianya sangat menakjubkan. Afiq bertanya, 'Ibu, siapa yang buat air laut ni?Macammana orang tu buat air laut yang sebesar ini? Pandainya dia..'. Saya tidak dapat lupa wajahnya apabila mengatakan kepadanya bahawa laut adalah ciptaan Allah. Ia adalah sesuatu yang biasa bagi orang dewasa, tetapi bagi kanak-kanak yang berusia 7 tahun, dia telah menyaksikan antara kebesaran Allah yang paling luar biasa. Dia telah belajar sesuatu yang baru baginya.
Ada lagi yang menarik di PD. Bersambung ke entri yang seterusnya.