Commercial Break

Wednesday, November 28, 2012

Day 42 ( 4 Disember 2011 ) -Tips mahu elak di datangi haid di tanah suci?

Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: "Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.


Surah Al Baqarah Ayat 222





Haid. Bagaimana mahu mengelakkan diri agar tidak di datangi haidh semasa berada di tanah suci?

Ini adalah persoalan yang sering berlegar di fikiran hampir setiap jemaah wanita yang mahu menunaikan haji/umrah ke tanah suci.

Memang. Sekiranya di datangi haid banyak faktor yang perlu di ambil kira. Banyak perkara yang seolah-olah terlepas untuk menikmati sepenuhnya waktu di tanah suci.

Alhamdulillah, telah di takdirkan saya tidak di datangi haid sepanjang masa berada di Mekah dan Madinah.

Apa rahsianya? Bagi diri sendiri, saya tiada rahsia yang spesifik.

Beberapa bulan sebelum berangkat ke Mekah semasa pemeriksaan kesihatan untuk para bakal jemaah, saya bertanya doktor wanita yang sedang memeriksa.

"Doktor, bagaimana mahu memastikan saya tidak di datangi haidh? Ada ubat yang selamat?"

"Tidak perlu, lebih baik jangan makan apa-apa ubat. Doa dan tawakal sahaja kepada Allah," Itu nasihat doktor wanita tersebut.

Kesudahannya, itu yang saya lakukan. Setiap malam sebelum tiba saat untuk berangkat ke tanah suci saya berdoa, tidak putus-putus agar tiada hari yang saya tidak mampu beribadat kepadaNya. Dan hasilnya menggembirakan.

Namun begitu, perkara ini ada tipsnya. Mungkin tidak perlu makan ubat kerana kesan ubat ternyata berbeza kepada individu berbeza. Tips yang saya nyatakan dibawah adalah tips yang di perolehi hanya setelah berkongsi maklumat yang bersumberkan uztazah pembimbing selepas hampir tamat masa di tanah suci.

Apa yang perlu dilakukan ialah amalkan surah-surah dibawah dan berdoa sebelum tarikh datang haidh.

Surah-surahnya ialah :

Surah Yassin - ayat 38
Surah Hud - ayat 44

InsyaAllah, boleh cuba dan bertawakal, moga kita semua di permudahkan.

2 comments: