Commercial Break

Monday, November 19, 2012

Day 41 (3 Disember 2011) - Nikmatnya susu segar unta, part 3

Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).

Surah Hud Ayat 6


Destinasi seterusnya kami dibawa ke ladang unta, tempatnya adalah tidak jauh dari Bukit Magnet. Sebenarnya, dalam perjalanan tadi memang sudah kelihatan banyak unta-unta yang dibela di ladang-ladang ini.

Kali pertama kami mengalami pengalaman yang menarik, kerana kami di benarkan masuk ke dalam ladang unta itu sendiri, berdiri di celah-celah unta dan dibenarkan menyentuh unta sekiranya berani. Bau semerbak tahi unta terawang-awang menyambut kami.

Saya tidak berani menyentuh badan unta, tetapi pendapat saya unta sememangnya binatang yang 'pemalu'. 

Dan apa yang paling menarik, kami juga di beri peluang menyaksikan susu unta di perah, dan akhirnya kami di jamu dengan susu yang segar, yang baru di perah di hadapan mata kami sebentar tadi!


Harganya 5 riyal semangkuk. Walaupun melihat cara penyediaan (i.e. memerah, menapis dan etc) susu unta tersebut agak kurang bersih disamping harganya agak mahal juga kami memutuskan untuk tetap mencuba kerana memikirkan inilah mungkin peluang hendak merasa susu unta yang segar. Rasanya memang lazat berkrim dan kelemakannya agak lebih berbanding susu lembu atau kambing segar yang mudah kita perolehi di Malaysia. Syukur juga tiada sebarang kemudharatan menimpa selepas itu!

Telah berkurun lamanya susu unta dipercayai mempunyai khasiat yang banyak. Antaranya ialah dapat mengubati sakit perut, edema (bengkak), masalah hati, asma, sesak nafas , kencing manis, menguatkan gigi dan menjaga gusi .

Saya rasa tak sampai hati nak sebut ini tetapi AIR KENCING UNTA juga dipercayai mampu di jadikan ubat! Dr. Fatin Abdurrahman Khursyid, ilmuwan Saudi yang juga pekerja King Abdul Aziz University (KAAU) dan Presiden Tissues Culture Unit di Pusat Penelitian Medik King Fahd, setelah melakukan penelitian selama lima tahun menemukan bahwa air kencing unta dapat melawan sel kanser dengan baik.  Wallahualam.





Di kelilingi oleh unta, ia suatu pengalaman yang menarik



Pertunjukan 'live' cara-cara perah susu



Susu Unta



Cuba lihat mengapa unta kat bawah ni makin lama makin mendekat?








Patutla...rupa-rupanya suami ‘mengumpan’ unta dengan menunjukkan susu yang telah di perah tadi.


Sudah puas 'bermain-main' dengan unta, kami berehat dan menikmati pemandangan di sini. Kawasan ini memang santai, ada juga tempat melepaskan lenguh kaki disediakan sementara menunggu susu diperah, ditapis dan diagihkan. Dan kesempatan inilah yang di ambil untuk mencuci mata dan memuji keindahan alam sekeliling.






Ia sememangnya kenangan yang tidak dapat saya lupakan.

No comments:

Post a Comment